Sunday, February 24, 2013

~Apa ada pada umur ??~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setiap hari ada la hari yang baru untuk kita..
Kerana itu la, setiap hari perlu dilalui dengan semangat baru..
Kenangan semalam biarkan berlalu pergi..
Biarpun begitu, sesekali perlu untuk kita melalui kenangan itu sekadar mempelajari sesuatu..
Hari ini bertambah satu lagi fasa baru untuk aku..
Berkurang satu lagi kiraan usia akhir aku..
Entah panjang atau tidak lagi nafas yang dapat aku hirup di atas muka bumi ini..
Ahhhh... Menghitung hari demi hari, membuatkan aku insaf tentang erti hidup..
Kesempurnaan hidup yang aku cari..
Jangan kata 100%, suku daripadanya pun belum dapat aku jumpa..
Entahkan 1% ada ataupun tidak..
Hidup ini pencarian yang takkan berhenti..
Selagi kita bernyawa, selagi itu kita perlu mencari..

17 Februari 2013..
Setingkat lagi usia aku bertambah..
32 tahun mengharungi liku-liku hidup ini..
Bukan sedikit pengalaman yang dapat aku kutip..
Entah selautan air mata yang aku titiskan demi sebuah pengertian hidup..
Tak kurang juga keringat dan darah yang mengalir buat menelah nilai kemanusiaan..
Ah ! Hidup ini satu pencarian..
Tak akan habis hingga kita menutup mata..
Alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi..
Kerana mengurniakan aku usia hingga ke hari ini..
Sejauh ini Allah pinjamkan nyawa untuk aku..
Entah apa la yang dapat aku balas..
Sesungguhnya aku ada la hambaNYA yang lalai..
Beri la aku hidayahmu Ya Allah.......

Apa ada pada umur ??
Ada....... Menjadi reminder untuk kita sedar..
Kita bukan semakin muda, tapi semakin berusia..
Kita bukan selamanya hidup menongkat langit..
Entah bila-bila masa malaikat maut akan datang menjemput kita..
Dan kita tak akan pernah bersedia..
Peringatan untuk aku yang utama..

Ucapan pertama yang aku terima ada la dari teman sejiwa aku..
Siapa lagi kalau bukan Incik Hubby..
Pukul 1.15 pagi ucapannya bergema di telinga..
Semoga ucapan dan doanya dimakbulkan Allah swt.. InsyaAllah, Ameen..

Cuma sambutan kali ini agak berlainan daripada biasa..
Menyambutnya di Kampung Dusun, Felda Kechau, rumah Ijah dan Angah..
Kedamaian dan kebahagiaan yang aku nikmati cukup indah..
Bersama suami, anak-anak dan teman yang sudah dianggap seperti saudara sendiri..
Kek yang kebiasaannya menjadi menu utama sambutan hari lahir telah bertukar wajah..
Kali ini menu yang menjadi watak utama ada la..


Burger ?? Yeahhhh.. Sesekali ubah kebiasaan..
Asyik makan kek je tiap-tiap tahun, jemu jugak..
Ini semua tak dirancang sebenarnya..
Kebetulan, Ijah pun berniaga burger depan rumah dia..
Jadi tak payah susah-susah nak cari kek bagai..
Keesokannya (hari Isnin), waktu bersiap-siap nak balik ke Kuala Lumpur..
Mereka beri hadiah pulak..
Aduhhhh... Tak tau nak cakap apa lagi..
Dah la saban minggu asyik ke rumah mereka..
Sambut harijadi lagi, ini pulak beri hadiah..
InsyaAllah aku jaga apa yang mereka beri ini sebaiknya..
Hadiah apa ??
Jeng.. Jeng.. Jeng.. Rahsia !! Hahaha..

Terima kasih yang tak terhingga buat teman-teman yang sudi memberi ucapan serta doa baik di Fesbuk, Message, SMS, Call atau secara lisan..
Doa aku juga buat kalian..
Sebagaimana sayangnya kalian pada aku, begitu juga sayang aku pada kalian semua..
Semoga Allah swt merahmati dan melindungi kita semua di bawah rahmat dan kasih sayangNYA..
InsyaAllah, Ameen..

*Ini keluarga baru saya.. Hehe.. Bertambah dah anak-anak saya lagi lima.. Imad dan Dhiya pun ada kakak, abang, mak dan abah baru..

**Hadiah dari Incik Hubby aku terima setelah kami sampai di Syurga Addin kami.. Suami dan anak-anak merupakan hadiah yang tak ternilai dari Allah swt buat aku sepanjang usia ini.. Terima kasih ya Allah..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:17 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment