Monday, February 11, 2013

~Cinta tak semestinya bersatu..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"Lagi beberapa hari je..
Hati rasa berdebar dan sebak..."

-Ini pesanan yang dikirim seorang teman beberapa minggu yang lalu-

Ahhh..
Damai la hati..
Tenang la jiwa..
Cinta itu bukan milik kita..

Apa la rasa hati bila cinta yang disemai tak menjadi..
Dia yang mengkhianati, atau kita yang tak mengerti..
Jodoh dan pertemuan itu bukan ketentuan kita..
Sudah kehendak DIA begitu..
Redha la meniti hari-hari tanpa cinta yang kita dambakan..

Apa yang awak rasa tu, saya dah rasa dulu..
Menyakitkan, tapi sakit itu yang mengajar saya untuk terus gagah berjalan meniti hari-hari yang mendatang..

Kenangan menggamit kembali.......

Peristiwa itu sudah lama berlalu..
Namun masih segar diingatan..
Aku faham apa rasa sakit itu..
Namun tahun yang bertukar ganti..
Merawat kembali jiwa yang parah..

Aku juga seperti remaja yang lain..
Ingin merasa apa itu cinta..
Aku cuba meletakkan sebelah kaki ke dalam alam itu..
Tanpa sedar kasut yang aku harapkan untuk menjadi pelindung bagi kaki yang sebelah lagi..
Rupanya tak menepati ukuran kaki aku..
Waktu itu aku memang buta untuk membaca hati dan perasaan orang lain..
Sangka aku layanan istimewa yang diberikan hanya la untuk aku seorang..
Sekian waktu umpama dia memberi harapan untuk "kami" ke arah itu..
Sehingga la satu ketika, dia mula berubah..

Kalau dulu, aku la tempatnya meluah rasa..
Aku la tempatnya bercerita..
Aku la tempatnya mengadu duka..
Aku la tempatnya berkongsi ceria..
Kini..

Tiada lagi panggilan untuk aku walau untuk bertanya khabar..
Tiada lagi nyanyian kala malam bertamu biarpun untuk melenakan tidur..
Tiada lagi gurau senda untuk menghibur hati duka..
Tiada lagi bersua muka waima bertentang mata..
Hinggakan aku menjadi seorang perindu..
Merindu pada yang tak sudi.. Apa la malangnya..
Musim bunga berkembang bertukar menjadi musim luruh yang menyerakkan hati aku dengan bermacam persoalan..
Musim dingin mengambil alih.. Sedingin hubungan antara kami..
Dan tatkala musim panas mula menjenguk rupa..
Berita pertunangannya menghancur luluhkan hati yang sediakala parah..
Aku mencarinya untuk mendapatkan kepastian..
Tapi yang aku terima hanya la undangan perkahwinan..
Aduhhhh.. Tabah la duhai hati..
Tika itu juga kereta ku pandu laju tanpa menghiraukan keadaan diri yang sangat lemah..
Luka di hati ini ibarat ditikam dan diratah hidup-hidup tubuh aku..
Setibanya aku dirumah.. Terasa seperti satu perasaan yang lain mengambil tempat..
Kenapa aku terlalu lemah ?? Baru diduga dengan ujian sekecil ini, aku menjadi manusia yang tak sedar diri..
Alangkah bagusnya nyawa aku tidak ditarik dalam keadaan aku lupa diri sebentar tadi..
Allah.. Allah.. Allah.. Nama itu meniti di bibirku..
Aku terlena dalam sendu yang berpanjangan..
Hari demi hari aku menjadi pencinta setia..
Ibarat Kasyah yang setia menanti cinta Ayu dalam kisah Lagenda Budak Setan..
Bagi aku tiada siapa yang mampu menjadi pengganti si dia..
Sedang aku lupa, jodoh itu rahsia Allah swt..
Siapa la aku untuk melawan takdir yang telah tercipta..
Hati yang dahulunya hancur, aku cantum kembali..
Kurawat dengan satu niat.. Kerana Allah swt..
Setiap ketika aku pohon kepada Allah moga jauhkan hati aku dengan hatinya..
Dan alangkah bersyukurnya aku kerana doa aku termakbul..
Benar, Allah mengambil perasaan cinta aku daripadanya dan memberikan kepada yang lebih baik daripadanya..
Bermula dari saat itu..
Faham la aku, dirinya tidak layak memiliki aku bukan kerana kekurangan aku..
Tetapi kerana kelebihan aku..
Juga kerana dia bukan yang terbaik untuk aku..
Ada yang lebih baik lagi menanti untuk menjaga hati dan cinta aku..
Aku kembali bangkit untuk membina kembali hati yang telah hancur..
Dengan izin Allah, kepingan hati ini bercantum kembali tanpa ada kecacatan sedikit pun..
Umpama hati baru yang belum pernah dimiliki oleh sesiapa pun..
Setelah itu aku serahkan kepada yang berhak..
Maka terbinanya sebuah syurga indah yang kuharap akan kekal hingga saat bertemuNYA semula..
Kegagalan "cinta" semalam memberikan aku satu gambaran..
Aku belum cukup dewasa tika itu untuk mentafsir makna cinta yang sebenar..
Aku mula mengerti..
Jangan mencintai seseorang secara keterlaluan..
Kerana dia juga seperti kita yang tidak akan kekal di bumi yang fana ini..
Cintai la mereka seadanya, secukupnya, seperlunya..
Dan beri la cinta kita kepada seseorang yang bakal memimpin tangan kita ke Syurga Akhirat..
Itu yang lebih penting..

Aku belajar dari pengalaman semalam..
Dari situ aku bertatih untuk meneruskan kesinambungan hidup..
Dan pengalaman itu mengajar aku..
Tiada bahagia untuk insan yang tidak mahu menghargai diri sendiri..
Kebahagiaan dalam diri bukan datang dari orang lain..
Tapi datangnya dari hati kita sendiri..
Bahagiakan la hati kita.. Nescaya hidup kita akan lebih bahagia..

*Kini baru aku tau mengapa hati aku dan dia tidak bersatu.. Dan alangkah bersyukurnya aku kami tidak bersama.. Kerana hari demi hari, perkara yang berlaku membuatkan aku terasa.. Sememangnya aku tak akan mampu bersamanya.. Dan alangkah lebih deritanya diri sekiranya jodoh kami bersama..*

**Buat teman itu.. Kehancuran cinta yang lalu itu bukan la bermakna, kehidupan kita sudah berakhir.. Atau cinta kita sudah berakhir.. Benar, hati kita satu.. Dan yang satu itu perlu kita pelihara sebaiknya.. Serahkan la kepada yang lebih berhak.. Jangan menzalimi diri sendiri hanya kerana kegagalan cinta semalam.. Dia telah bertemu bahagianya.. Mengapa perlu kita menyiksa hati dan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaannya yang terbina atas air mata kita.. Qada dan Qadar Allah swt begitu.. Buka la hati untuk insan lain.. Ada yang lebih baik menanti untuk menjaga hatimu.. Percaya la.. "Si Dia" bukan la yang terbaik untuk dirimu..**



-AkU-
Syurga Addin..
00:47 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment