Monday, February 11, 2013

~Traffic oh Traffic..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Ini cerita hari Sabtu lepas..
Oke.. Aku mengaku tak berapa nak tengok sangat cerita Melayu..
Sebab kebanyakan cerita Melayu ni lebih menjanjikan sesuatu yang susah nak capai dengan semudahnya..
Betul.. Mencipta cerita tak semudah untuk mengharunginya di alam nyata..
Maka lebih baik aku cari cerita yang lain.. Walaupun cerita tu pun tipu, tapi penipuannya tak la begitu ketara dan klise.. Haha..
Tapi disebabkan cerita yang lain pun lebih kurang tak menepati citarasa aku..
Maka aku ringankan tangan ni menekan nombor 103 pada remote..
Terpaksa la jugak aku menonton cerekarama waktu tu..
Sambil menonton, mata aku sempat jugak berlari-lari di dada skrin laptop..
Waktu iklan di tv, aku terasa nak tengok traffic blog..
Uikkss !! Dalam setengah jam, traffic naik laju..
Oke.. Bagi setengah orang, setakat traffic naik tu perkara biasa..
Tapi bagi owner blog macam aku..
Blog aku tak la se-famous blog orang lain..
Jadi, bila tiba-tiba traffic naik, mesti la terkejut..
Aku check traffic sampai pukul 12 lebih, kira sampai habis cerekarama..
Memang ramai yang singgah kat blog..

*Ini waktu Cerekarama baru nak mula..

*Mula pukul 11 traffic mula ramai.. ( tak la ramai macam ni hari biasa )

*Masih lagi ada traffic..

*Dah pukul 12 pun tak berenti lagi..

*Pukul 12 lebih pun traffic masih ada..

*Aku berenti setakat ni je.. Malas nak tengok lagi..

 *Esoknya bila tengok total yang jenguk blog aku.. Boleh tahan....

 *Graf tu pun mencanak tingginya berbanding hari biasa..

 *Dan semuanya atas satu tajuk..

 *Ini la tajuk yang paling ramai dibuka malam tu..

*Bila aku search google.. Blog aku di ranking yang kedua..

Aku tak tau sama ada orang buka blog aku untuk cari cerita tu untuk tengok online..
Atau orang cari makna "Syurga Seorang Isteri"..
Ya la, mana nak tau..
Orang sekarang lebih ramai faham Syurga Dunia berbanding Syurga Akhirat..

Tak kisah la orang nak kata aku poyo ke apa.. Ada aku kesah ?? Hahahaha..
Bukan selalu blog aku dapat traffic semacam ini..
Ini antara julung kalinya.. Hehe..
Actually hingga ke hari ini masih lagi ramai yang pelawat yang mencari tajuk "Syurga Seorang Isteri"..

**Aku boleh tau orang buka blog aku dari mana.. IP address pun aku boleh tau.. Stalker-stalker yang sibuk duk stalk blog aku pun aku tau bila korang menyibuk baca blog aku.. Orang sibuk memang selalu menyibuk.. Haha.. Tak payah nak sorok la.. Yang buka pakai phone pun aku boleh tau.. Seronok sebenarnya tengok traffic ni.. Kadang-kadang jadi khayal pulak.. Nak pulak bila ada entry baru.. Hehe**

***Tadi petang aku menonton Filem Cinta.. Alaa.. kisah cinta yang banyak pasangan tu.. Pelakon pun not bad.. Bila tengok cerita tu, seakan menonton cermin diri sendiri.. Segala kisah yang ada dalam cerita tu, ada dalam diri aku.. Cuma pengakhirannya berbeza.. Atas pentas fantasi, memang kita boleh create pengakhiran yang kita inginkan, tapi atas pentas realiti.. Kita hanya pelakon yang mengikut skrip yang telah ditetapkan olehNYA, tanpa tau apakah pengakhirannya..***

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment