Thursday, March 14, 2013

~Mrs. Boss VS Mr. Househubby..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Seminggu yang agak memenatkan..
Tidur tak cukup, makan tak menentu..
Badan dah makin susut..
Oh ! Takpe..
Alhamdulillah.. Dugaan Allah..
Oke.. Lupakan dulu..

Bila peranan bertukar..
Suami menjadi isteri dan isteri menjadi suami..
Ini bukan cerita rekaan..
Banyak terjadi di luar kehidupan kita..
Atau untuk kehidupan kita sendiri..



Isteri yang bekerja..
Mencari nafkah untuk keluarga..
Pergi pagi balik lewat malam..
Dan adakala membawa beban kerja hingga ke rumah..
Hingga tiada masa menjadi "isteri"..
Tension, stress yang diperoleh di tempat kerja..
Menjadi bekal hingga sampai ke rumah..
Hasilnya, muka masam dan keluhan yang kerap kedengaran..
Riuh anak-anak dah menjadi semacam satu pekikan di telinga..
Hasilnya anak-anak ditengking, diherdik, dimarah..
Bukan dipeluk, dinasihat atau ditegur secara baik..
Dan hubungan antara suami isteri menjadi suram..
Mungkin kerana isteri yang stress hanya lebih memikirkan diri sendiri dari orang di sekeliling..
Dan dalam banyak keadaan, isteri yang menjadi pencari nafkah..
Lebih ramai yang bertindak menjadi bos dalam keluarga..
Atau dalam erti kata lain..
Egonya lebih tinggi dari seorang suami..
Mereka cenderung untuk menjadi pemimpin hanya kerana menjadi penanggung nafkah..

Bukan semua begitu..
Tapi kebanyakannya begitu..




Maka, apa peranan suami ?
Suami menjadi surarumah..
Mengemas rumah..
Mengasuh anak-anak..
Mencuci baju..
Memasak juga..
Jangan tak tahu..
Pada saat ini lebih ramai lelaki yang tahu masak berbanding wanita..
Kerana masa mereka di dapur lebih lagi berbanding wanita..
Dan mungkin kerja-kerja isteri yang lain..



Suami yang "menggantikan" kerja isteri di rumah..
Lebih sempurna sebenarnya..
Kerja mereka lebih kemas dan teratur berbanding isteri..
Dan citarasa mereka juga lebih baik berbanding isteri..
Itu apa yang aku nampak pada kebanyakan teman-teman lelaki yang sama ada menjadi surarumah atau yang lebih suka membuat kerja-kerja rumah berbanding isteri..
Dan satu lagi fakta..
Kebanyakan suami yang sebegini lebih mudah merendah diri..
Mungkin kerana malu atau berasa kurang senang dengan keadaan yang demikian..
Adakala bukan kerana pandangan orang-orang sekeliling saja..
Tapi kerana isteri yang yang suka merendah-rendahkan suaminya sendiri..

Mengapa terjadinya begini ?
Hmm.. Mungkin kerana kelayakan..
Atau lebih mudah untuk kita sebutkan..
Tiada rezeki..
Rezeki itu di tangan Allah swt..
Siapa la kita untuk berkeluh kesah sekiranya rezeki itu belum ditakdirkan milik kita..
Berusaha la hingga Allah benar-benar menjawab segala doa kita..
Tapi ada juga suami yang memang malas untuk bekerja..
Lebih suka ditanggung segala makan pakai..
Yang ini memang dah tak boleh nak cakap apa la..

Kata Ustaz Azhar Idrus :: Pesanan Buat Para Isteri :-

"Biarpun suamimu tidak berpelajaran tinggi, tidak kaya, tidak pandai, tidak punya pekerjaan gaji besar..
Suami itu tetap WAJIB DIHORMATI dan DITAATI selagimana ia masih bergelar suami..
Redha Allah adalah selepas redha Suami..
Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga kamu..
Dialah juga yang bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti..
Jodoh kamu dengannya telah Allah tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi.."



**Ramai wanita yang boleh menjadi isteri, namun hampir seramai itu juga hanya layak menjadi isteri atas kertas sahaja.. Isteri.. Setinggi manapun kedudukan kamu di luar rumah.. Namun tak akan lebih tinggi dari kedudukan suami di dalam rumahtangga.. Sedari la itu.. **

-AkU-
Syurga Addin..
21:37 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment