Saturday, March 23, 2013

~Pelihara la Aurat Kita~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Semenjak demam ni, terasa berat aku makin kurang..
Mana taknya, makan pun tak selera..
Banyak minum air je..
Haishhh !! Tapi bagus juga.. Tak payah susah-susah nak kuruskan badan..
Bila sakit je, automatik badan pun jadi susut.. Hehe..

Buka fesbuk..
Buka blog..
Buka suratkhabar..
Banyak betul cerita pasal ubat kurus ni..
Tak kira la ubat ke, makanan kesihatan ke, supplement ke..
Tapi yang pentingnya, motif utama ada la untuk kuruskan badan..
Dulu, aku pernah cuba beberapa produk..
Masa tu berat badan aku boleh tahan la jugak..
Saja je nak try kut la boleh dapat cutting model.. Ekekekeke..
Tapi, haraammmmmm... Yang adooooo...
Keluar belanja dah beratus-ratus..
Tapi yang kurusnya beg duit je..
Badan cenggitu la jugak..
Banyak pulak produk kurus ni kata..
Tak payah nak exercise, makan je produk gerenti jadi kurus..
Tapi bila berenti makan je, badan bagai dipam-pam..
Rosak.. Rosak..
Lepas tu aku dah malas nak percaya benda-benda ni..
Baik amalkan diet teratur.. Lagi bagus..
Kurus pun boleh, sihat lagi..

Oppsss !! Jangan salah sangka..
Aku bukan nak jual ubat kurus dalam blog ni..
Cuma nak cerita sikit pasal orang-orang yang mengamalkan ubat kurus ni..
Bukan la semua, tapi kebanyakan..
Betul, siapa yang tak nak kurus, badan cantik, slim melim macam model atau miss world..
Semua tu tak salah..
Yang jadi salah bila badan dari gemuk jadi kurus..
Maka cara pemakaian dan ketrampilan pun berubah..
Kalau masa gemuk dulu..
Kain pun boleh terlebih-lebih pasal tak nak orang nampak lemak-lemak yang bermaharajalela..
Tapi bila dah kurus..
Kalau yang dulu pakai kebarung..
Atau yang pakai baju kurung..
Ramai yang pakat-pakat hantar kat tailor..
Suruh alter jadi kebaya dan kurung moden..
Tak pun masa gemuk dulu, baju pun labuh sampai ke lutut..
Tapi bila dah kurus, saja nak tunjuk punggung yang agak "naik" tu..
Yang pakai tudung pulak, kalau dulu labuh tudung kemas menutup dada..
Bila dah cantik, mula la tudung singkat depan belakang..
Ye la, tudung yang labuh ni mungkin tak trendy.. Heh !
Pakai pulak yang lip lap dan bertingkat..
Dari kaum Adam tak ingin nak pandang..
Terus terjojol biji mata..
Mula la jadi bahan bualan..
Bila orang mula memuji, kata kita cantik bila kurus..
Mula la hati berbunga-bunga..
Kat mulut kata "Eh ! Tak ada la.. Ye ke ? Nampak kurus ke ?"
Tapi kat hati kata "Haaaa.. Baru korang tau siapa aku.. Aku tau la aku ni cantik !"
Hahaha... Riak dan bangga diri mula beraja di hati..
Keesokan dan hari-hari seterusnya, mula la pasang badan lagi..
Maka makin bertambah la saham akhirat kita..
Itu yang memang dah dapat bentuk badan yang diidamkan..
Ada pulak yang perasan kurus..
Pinggang dari 34 turun 32 tapi diri sendiri bajet ukuran 28..
Mula la nak melawa bila rasa diri dah kurus walaupun tidak..
Pakai baju nak tunjuk bentuk tubuh jugak..
Tengok kat cermin, rasa cantik dah..
Tapi orang lain tengok, macam pembalut nangka..
Nak mengata, takut terasa hati..
Jadi terpaksa diamkan..
Kalau ditegur pulak, kata kita yang dengki..
Haishhh ! Macam-macam perangai..
Ini ditujukan pada semua orang..
Baik yang muda atau yang tua..
Baik anak dara atau isteri orang..
Sudah-sudah la mengumpul dosa untuk suami atau sauara lelaki kita..
Tak kesiankah nasib mereka di akhirat kelak ??

*Sila baca cara menutup aurat yang sempurna..

Aku juga dalam proses untuk kuruskan badan..
Bukan la gemuk mana pun..
Nak dapatkan berat badan yang ideal..
Bukan nak kurus untuk menunjuk..
Tapi nak kurus biar sihat dan bertenaga..
Cuma aku tak lagi makan produk-produk kurus yang melambak di pasaran ni..
Tapi aku amalkan pemakanan sihat dan diet yang seimbang..
Itu lebih menjamin..
Pendapat aku..
Daripada keluar duit beratus-ratus untuk produk yang belum tentu berkesan untuk diri sendiri (untuk orang lain mungkin la..)
Lebih baik beli sayur-sayur, buah-buah dan makanan yang sihat..
Bukan kata kita sorang je boleh makan, seisi keluarga boleh menikmati makanan yang sihat dan seimbang..


**Mungkin akan ada yang mengata aku.. "Ah ! Dia dulu pun lebih kurang je.." Betul la tu.. Aku mengaku.. Tapi itu dulu.. Waktu aku masih lagi jahil tentang agama.. Dan InsyaAllah, aku ingin berubah.. Kamu pulak ?? Takkan nak duduk di takuk lama sampai ke mati ?? Tak sayang ke diri tu nanti kena jawab kat "sana" kelak ? Tutup la apa yang perlu ditutup.. Wanita yang memelihara diri akan nampak keindahannya bila yang melihat hanya lelaki yang berhak ke atas mereka.. Fikir-fikirkan la..**


*Yeahhhh ! Jom tutup aurat dengan sempurna.. Saya dah bermula.. Anda bila lagi ???


***Lelaki masih dikira gagal untuk menjadi Muslimin sejati jika dia tidak dapat mempertahankan aurat isteri, aurat anak perempuan, aurat ibunya dan juga aurat saudara-saudara perempuannya daripada dilihat oleh lelaki lain.. Jika anda ada la isterinya, anak perempuannya, ibunya, adik perempuannya dan kakaknya mahupun saudara-saudaranya.. Sila salahkan diri anda apabila dia gagal di Akhirat kelak.. Sesungguhnya tanggungjawab seorang lelaki adalah terlalu berat..***


-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment