Sunday, September 15, 2013

~Ronda-ronda Hari la raya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Memang terasa macam siput sedut je upload blog..
Sebulan tu kalau dapat satu entry, kira nasib baik la..
Menjak-menjak berbadan tiga ni..
Makin tak ada masa..
Berbadan tiga ? Mengandung ? Kembar ?? Huhhh ??
Tak ada makna !! Ada yang meroyan kalau aku ngandung kembar nanti..
Tak la.. Betul la berbadan tiga..
Badan aku, Imad dan Dhiya..
Ye la, aku buat kerja untuk tiga orang..
Kalau ada Incik Hubby, tambah la satu badan lagi.. Hehe..
Incik Hubby kalau balik rumah aku, dia memang jadi raja la..
Tak ada kerja yang dia buat..
Semua aku yang buat.. Isteri mithali la katakan.. Muahahahha...
Entry yang akan datang ni semuanya back dated punya entry..
Plot dah ada, klimaks dah ada, material dah ada..
Cuma tinggal nak make up sikit-sikit je sebelum publish..
Tapi tu la, masa tak mengizinkan..
Oke ! Back to the story..

17 Ogos hari tu..


*Gambar ihsan Facebook Page Huggies Facebook page Huggies..

Nampak tak gambar kat atas tu..
Aku tertengok poster tu kat page Huggies kat Fesbuk..
Saja la mendaftar untuk Dhiya..
2 hari lepas daftar tu, pihak Huggies call nak confirmkan kehadiran..
Bila fikir Incik Hubby ada, maka confident la aku nak ke One Utama nanti..
Aku bukannya reti jalan-jalan kat KL ni, sebab aku bukan kaki merambu..
Bila sampai la masa nak pergi tu, Incik Hubby cakap dia terpaksa meronda kawasan dekat Pahang dan Kelantan..
Aku yang teruja nak pergi event Huggies tu memang tak ada hati la nak ikut Incik Hubby..
Maka aku ajak Incik Hubby untuk tunjuk jalan nak ke One Utama..
Bila fikirkan senang je jalan tu, aku pun tak teragak-agak ajak jiran depan rumah ni teman aku pergi hari Sabtu tu..
Dipendekkan cerita, lepas dah berurusan dengan pihak Huggies kat One Utama tu..
Dapat la aku bawa balik satu bag hadiah dari Huggies..


*Ni la beg nya.. Dalam beg tu ada barang-barang yang macam dalam gambar tu.. Ada sijil Malaysian Book Of Record, tapi aku malas nak scan..

Menanti Incik Hubby balik hari Selasa tu, aku siap pesan kalau ada buah durian barang sebiji dua, sila la bawa balik..
Dah dipesan sebiji dua, dibawa balik pun dua biji je..
Cukup la, Alhamdulillah..
Ingat juga Incik Hubby pesanan aku..

*Isinya cantik dan sedap.. Aku spare kan sikit untuk campur dengan bubur kacang hijau.. Perrggghhh ! Memang heaven la..

**Tak sempat berhari raya lama dengan Incik Hubby.. Tapi tak sedih pun sebab ada perkara yang lebih mendukacitakan hati aku.. Hingga sekarang pun masih terasa kepedihannya.. Hai, sabar la duhai hati..**

-AkU-
Syurga Addin..
12:07 tengah hari..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment