Tuesday, January 14, 2014

~Dhiya di usia baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah lebih seminggu berlalu..
Baru nak update pasal Hari Ulang Tahun Yang Kedua untuk anak dara aku ni..
Memang tak ada masa..
Melayan anak-anak yang tak sihat lagi..
Diri sendiri pun tak berapa nak sihat..
Berjangkit dengan demam Cik Qila dan Uwais la ni..

Tahun ni genap usia Dhiya 2 tahun.. 2 January yang lalu..
Rasa macam sekejap sangat masa berlalu..
Dah 2 tahun Dhiya..
Makin besar, comel dan nakal.. Hehe..
Masih terbayang-bayang saat-saat nak melahirkan Dhiya..
Dhiya anak yang baik.. Tak susahkan ibu waktu dalam rahim..
(Yang susahkan Ibu orang lain.. huhu..)

*Kali pertama mengetahui aku mengandungkan Dhiya ada la pada 10 May 2011.. Kali pertama check up di Klinik Kerajaan.. Kali pertama buat ujian HIV untuk kehamilan, dan kali pertama ambil darah.. (setiap kali ujian darah, aku disahkan anemia)

Bulan kedua mengandungkan Dhiya..
Aku tiba-tiba turun darah..
Masa tu aku dan Incik Hubby tak berharap akan kandungan ini selamat..
Check up di Hospital, doktor kata Alhamdulillah tak ada apa yang perlu dirisaukan..
Aku diberi suntikan di punggung dan ubat untuk kuatkan rahim..
Masa tu memang aku kerja tak berhenti..
(Sibuk kemas satu rumah untuk berpindah.. Satu rumah aku kemas sorang okayyyyy.. Huhu..)

*Atas sebelah kanan tu gambar Dhiya beberapa jam selepas dilahirkan.. Bawah kanan, gambar Dhiya usia satu hari.. Dan sebelah kiri tu gambar Dhiya waktu berusia satu tahun.. Semua gambar ada kenangan tersendiri..

Dhiya berubah seiring dengan perubahan masa..
Ini kali pertama aku merasai dan mengalami setiap satu perubahan dan perkembangan anak..
Dan InsyaAllah akan aku pastikan setiap satu itu takkan terlepas dari pandangan mata..
Seronok tengok anak membesar depan mata ni..
Kadang-kadang rasa nak rakam setiap saat anak membesar..
Oh ! Aku tak la sefanatik itu tentang pembesaran anak..
Cukup la aku nampak dan boleh ingat segala yang berlaku..

*02 January 2014.. Dhiya nak tengok tv, Ibu sibuk nak ambik gambar.. Memang tak layan laa..

Diusia 2 tahun Dhiya anak yang bijak..
Dhiya lambat bercakap..
Tapi Dhiya cepat tangkap apa yang dia tengok..
Dhiya suka ajuk apa yang Ayah buat..
Kalau Dhiya nakal, nak marah pun tak sampai hati sebab Dhiya pandai buat muka kesian..
Atuk Taib kata muka Dhiya muka lembut..
Tak ikut panas Ayah.. Tapi ikut lembut Ibu..
Hahahaha.. Bukan Ibu yang perasan, tapi Atuk Taib yang kata..
Dhiya dah pandai ikut orang bersolat..
Dhiya dah pandai makan sendiri..
Dhiya dah pandai conteng kertas..
Dhiya dah pandai susun barang..
Dhiya dah pandai pilih baju ikut suka dia..
Dhiya dah pandai melawa..
Dhiya pandai pujuk orang..
Dhiya pujuk Abang Imad kalau Ibu marah, Dhiya pujuk Ibu bila Ibu menangis..
Dhiya suka berkawan walau dengan siapa pun..
Banyak sebenarnya kalau aku nak cerita "Tentang Dhiya"..
Tak apa la, cukup setakat ini..
Nanti lain entry kita sambung lagi..

*Muka sebelum dan selepas dapat makan kek.. Hehe.. Sekarang susah nak ambik gambar Dhiya tersenyum.. Mahal betul nak senyum.. Heh !

*Cantik tak Dhiya ?? Baju ni Uncle yang belikan.. Dah dapat pakai baju ni, memang Dhiya tak nak buka.. Jenuh nak pujuk..

**Selamat Ulang Tahun Yang Baru, Sayang.. Ibu sentiasa doakan moga Dhiya membesar menjadi anak yang solehah.. Moga Allah swt senantiasa mengasihi dan melindungi Dhiya di bawah payung rahmatNYA.. Dan tetaplah fisabilillah.. InsyaAllah, Ibu sentiasa ada disisi Dhiya sepanjang usia yang Allah izinkan..**

-AkU-
Syurga Addin..
17:27 petang..

2 comments:

  1. dhia daaa besarr... nt mkn byk2 jd budak gemok yee... hahah

    ReplyDelete