Monday, February 17, 2014

~Usia Baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Setelah berlalu 9 bulan lebih..
Maka terlahirnya aku dari rahim seorang ibu..
Hasil "terakhir" kasih sayang antara dua insan..
Hari ini setelah 33 tahun..
Aku membesar menjadi seorang wanita yang telah menempuh sekalian ranjau kehidupan..
Suka duka kehidupan yang membentuk aku menjadi seorang manusia yang hampir sempurna..
Pengalaman demi pengalaman yang mematangkan diri dan fikiran..
Maka bukan sedikit air mata, keringat dan darah yang mengalir..
Segalanya aku harung demi sebuah kehidupan..

Pertama sekali..
Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih lagi meminjamkan nyawa ini kepada aku..
Meminjamkan kehidupan di dunia ini..
Memberi peluang untuk aku memperbaiki amalan serta memperkukuhkan iman di dada..
Mengingatkan aku selangkah lagi usia aku menghampiri hari akhir..
Menyedarkan aku akan kekurangan masa silam..
Semoga aku terus istiqomah untuk melangkah menuju ke arah satu penghijrahan yang kekal..

Seterusnya..
Diusia baru ini Allah telah menganugerahi aku seorang lagi permata hati..
Biarpun kepayahan yang aku tempuhi berbeza dengan yang sebelumnya..
Namun, ini satu pengalaman yang akan terus terpahat kukuh di ingatan..
Pengalaman ini memberi aku peluang untuk lebih menghargai insan-insan di sekeliling..
Yang sama-sama mengharungi susah payah dan suka duka sepanjang kehidupan ini..
Mereka-mereka ini akan terus kekal dalam lipatan kenangan hingga akhir nafas aku..

Apa lagi yang aku inginkan..
Entah la..
Tak terfikir rasanya..
Tak akan habis satu senarai kalau aku berfikir ikut nafsu..
Apa lagi yang kurang dalam hidup aku..
Ya.. ada sesuatu yang kurang..
Kemanisan Iman dan Islam..
Itu yang akan cuba aku cari untuk kehidupan yang seterusnya..
Doakan moga aku menemui "mereka"..
InsyaAllah.. Ameen..



-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment