Monday, February 17, 2014

~Orang Ketiga..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"Bak kata pepatah..
Bumi mana yang tak ditimpa hujan..
Laut mana yang tak bergelora..
Pantai mana yang tak dihempas ombak..
Sedangkan lidah lagi tergigit..
Apatah lagi suami dan isteri.."

Dalam setiap hubungan suami dan isteri.
Kalau tak banyak, pasti ada sedikit pertelingkahan yang berlaku..
Ya, kita manusia biasa yang tidak sempurna..
Sebanyak mana kita bertahan, adakala kita gagal juga dengan emosi..
Dan selalunya, jika berlaku perkara begini..
Kita akan cuba mencari orang ketiga atau orang tengah untuk mengadu, mencari nasihat dan pandangan ataupun mencari jalan penyelesaian..
Mencari orang ketiga sebenarnya tak semudah mencari seorang kenalan..
Kerana..
Adakala, orang ketiga ini la yang menyebabkan kehidupan rumahtangga kita menjadi lebih berantakan..
Kebiasannya, kita akan memilih dari kaum keluarga yang terdekat ataupun teman rapat..
Tapi jangan sangka semua kaum keluarga atau teman rapat ini boleh dijadikan tempat rujukan..
Lebih ramai yang berfikir mengikut hawa nafsu tanpa membuat pertimbangan menurut akal fikiran..
Disini kita harus lebih bijak memilih..
Tersalah pilihan, silap-silap rumahtangga kita menjadi taruhan..

Rumahtangga aku juga kadang-kala berlaku situasi begini..
Dan aku juga antara yang memilih mencari orang tengah untuk nasihat dan pandangan..
Dalam ramai-ramai antara mereka yang memberi pandangan..
Hanya seorang yang lebih ke arah positif..
Yang lain kebanyakannya lebih bersifat sebagai penyokong..
Penyokong ini adakala yang membawa rebah..
Benar, kita perlukan sokongan untuk terus bersemangat dan berkeyakinan menempuh dugaan dan ujian berumahtangga..
Cuma, seorang penyokong adakalanya takut (tidak mahu) untuk menyuarakan kebenaran..
Mereka cenderung untuk terus menyokong segala tingkah laku kita biarpun ianya bertentangan dengan realiti kehidupan..
Penyokong yang cuba menjadi pari-pari untuk merealisasikan impian si pemilik mimpi..
Ahhhh.. penyokong sebegini yang paling ramai..

Pendapat aku..
Orang ketiga yang kita perlukan dalam situasi bermasalah begini..
Ialah, mereka yang berfikir guna akal fikiran bukannya nafsu..
Mereka yang memberi pendapat dan pandangan mengikut kesesuaian keadaan..
Mereka yang berani meluahkan yang bathil dan yang hak..
Mereka yang tidak segan silu menegur ksalahan kita..
Mereka yang tidak bersikap "Yes Boss!"..
Mereka yang memberi nasihat dan pandangan dengan niat yang ikhlas..
Ahhhh... Banyak lagi kriteria sebenarnya..
Tapi ini antara ciri-ciri orang ketiga yang kita kena cari..

Yang paling penting..
Pertelingkahan atau salah faham dalam rumahtangga bukan la perkara biasa yang boleh kita hebahkan kepada umum..
Bukan semua masalah rumahtangga kita boleh cerita kepada sesiapa pun..
Jangan mudah bercerita masalah rumahtangga dengan kenalan..
Apatah lagi orang yang kita belum kenal lama..
Berhati-hati la dalam membuka bicara dengan orang sekeliling..
Takut, cerita keaiban rumahtangga kita menjadi berita untuk dijaja..

Yang terakhir..
Sebaik-baiknya, mengadu la pada Yang Maha Esa..
Sujud la padaNYA memohon petunjuk dan hidayah..
Moga dengan air mata dan doa kita padaNYA mampu memberi ketenangan hati dan kedamaian jiwa..
InsyaAllah, mudah-mudahan..

*Ramai isteri menyalahkan orang ketiga (kekasih / isteri muda) ini sebagai peruntuh rumahtangga.. Tanpa mereka sedar orang ketiga (penasihat / orang tengah) lebih lagi memainkan peranan.. Dan satu lagi "orang ketiga" yang kita seringkali lupa.. Iaitu hati kita.. Ini la "orang ketiga" yang seringkali dihasut nafsu untuk merosakkan kebahagiaan kita dalam rumahtangga.. Berhati-hati la wahai insan..*

**Aku menulis dari pengalaman dan perjalanan yang panjang.......**

-AkU-
Syurga Addin..
17:27 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment