Sunday, February 23, 2014

~Pengalaman pertama..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah..
Hari ini genap 13 hari aku berpantang selepas melahirkan anak yang ketiga..
Seorang putera..
Belum diberi nama lagi walaupun sudah ada beberapa nama pilihan..
InsyaAllah satu dua hari lagi akan memilih nama yang paling sesuai..

Catatan kali ini, aku sekadar ingin berkongsi pengalaman bersalin secara caesarean untuk kali pertama..
Kita merancang dan Allah juga merancang..
Namun perancangan Allah ada la yang sebaik-baiknya..

Aku positif mengandung sewaktu check menggunakan upt pada 10 Julai 2013..
Kemudian mengesahkannya di Klinik Kesihatan Ibu dan anak Gombak Setia pada 23 Julai 2013..
Sepanjang mengandung, tiada perkara yang tidak normal kecuali aku disahkan Anemia..
Ini perkara biasa bila setiap kali aku mengandung..
Hari-hari aku diteruskan seperti biasa..
Alhamdulillah, tiada alahan dan mengidam perkara yang bukan-bukan..
Cuma , entah la.. Kali ini aku lebih suka makan cempedak dan talam keladi..
Ingat lagi waktu balik ke Kuala Lumpur dari Kelantan..
Singgah sebentar di rumah keluarga angkat di Slow Temiang, Gua Musang..
Waktu tu dah nak maghrib..
Aku luahkan pada mak angkat yang aku panggil Mak De..
"Teringin nak makan cempedak la Mak De.."
Laju je Mak De keluar rumah pergi rumah jiran untuk ambik cempedak..
3 biji cempedak berbalut surat khabar diserahkan kepada aku..
Dalam hati gembira dan terharu..
Ye la, terharu la, bila Mak De susah-susah nak ambik cempedak waktu maghrib tu sebab aku teringin..
Aku boleh habiskan satu biji cempedak tu seorang je.. Hahahaha..
Teringin sangat la tu..
Talam keladi tu aku akan beli bila ada pasar malam setiap hari Khamis kat rumah..

Masuk minggu ke 21 usia kandungan..
Doktor mula mengesan satu masalah pada anak..
Dua kali imbasan dilakukan sebelum aku dirujuk ke Maternal Fetal Medicine (MFM) di HKL pada 18 November 2013..
Doktor Shari Bin Nor, Pakar OnG di HKL mengesahkan pertumbuhan anak tidak mengikut minggu kandungan..
Perbezaan dalam 3 minggu dan itu agak membimbangkan..
Rujukan kedua pada 24 December sekali lagi memberikan keputusan yang sama..
Pada pertemuan ketiga, 5 Februari 2014..
Doktor mengesan kekurangan air ketuban pada kandungan..
Aku dinasihati untuk ditahan dalam wad untuk monitor jantung anak..
Dalam keadaan tak bersedia begitu, aku minta tempoh seminggu untuk selesaikan urusan lain sebelum aku masuk wad..
Ya, aku perlu memikirkan keadaan Imad dan Dhiya bila ditinggalkan secara drastik begitu..
Bukan tak percaya pada Incik Hubby, tapi sekadar persediaan..
Belum pernah lagi aku tinggalkan anak-anak..
Pada pagi hari Ahad 9 February 2014, sewaktu bangun dari tidur..
Aku perasan tilam agak basah sedikit..
Risau dengan keadaan diri, maka aku hadirkan diri ke HKL pada petang Ahad..
Setelah diperiksa oleh doktor bertugas, maka aku dimasukkan ke wad pada pukul 8.40 malam..
Berpisah la sementara aku dan anak-anak.. Sedih.. Sebab anak-anak boleh hantar kat pintu je..

Pada hari Isnin, 10 Februari 2014..
Pemeriksaan dilakukan oleh doktor pakar..
Keputusan dibuat, aku akan di"induce" untuk dipaksa bersalin pada keesokan harinya..
Pada hari Selasa, 11 February 2014..
Pukul 6.30 subuh, doktor yang bertugas memasukkan ubat ke dalam rahim..
Aku dsuruh berbaring untuk tempoh satu jam..
Pada pukul 7.30 pagi CTG dilakukan pada anak..
Bacaan pada 10 minit pertama agak tidak normal..
Keadaan berterusan hingga 45 minit lamanya..
Setelah diperiksa oleh doktor bertugas..
Aku diberitahu pembedahan segera perlu dibuat memandangkan bacaan degupan jantung anak yang tidak normal..
Terkejut , tergamam sekejap..
Terjerit aku kat sister yang ada..
"Kenapa pulak kena operate ?"
Sister tu pujuk aku sambil menerangkan perkara sebenar..
Aku diminta hubungi Incik Hubby untuk memberitahu perkara itu..
Dalam linangan air mata, aku call Incik Hubby kat rumah..
Sambil bercakap, aku ditukarkan pakaian, dipakaikan urine catheter, sampai la aku habis bercakap dengan Incik Hubby..
Aku diterangkan tentang risiko sewaktu pembedahan pada aku dan anak..
Setelah faham, aku diminta menandatangani 2 kertas..
Sewaktu ditolak ke dewan bedah..
Pelbagai perasaan menerpa..
Takut, sedih, rindu anak-anak, bimbang, terkejut.. Macam- macam la..
Takut sebab ini kali pertama akan dibedah..
Sedih sebab aku keseorangan tanpa sesiapa disisi..
Di bilik bedah pukul 9.10 pagi, 11 February 2014..
Doktor Salwani, pakar Anestatik menerangkan kepada aku tentang bius..
Aku akan dibius dari paras pinggang hingga ke hujung kaki..
Aku diminta duduk dan membongkokkan badan sebelum disuntik bius di bahagian tengah pinggang..
2 suntikan, sebelum aku dibaringkan semula..
Apabila bius sudah mula berkesan..
Pemandangan dari leher hingga ke kaki aku ditutup dengan kain..
Aku hanya terasa sentuhan-sentuhan mereka di bahagian perut..
Terasa perut di"belah" namun tiada rasa sakitnya..
Cuma sewaktu doktor cuba mengeluarkan anak dari kandungan..
Terasa sesuatu yang sangat tidak selesa hingga terjerit aku kalimah..
"Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !"
Terkejut Dokktor Salwani dengan jeritan aku..
"Kenapa Puan ? Rasa apa-apa sakit ke ?" cemas suaranya..
"Tak sakit, saya rasa sangat tak selesa.."
Tangan aku berpaut kuat pada besi yang ada..
Bayangkan la, boleh rasa orang korek perut kita hidup-hidup..
Cuma tak ada rasa sakit je..
Lebih kurang 5 minit, terdengar tangisan pertama putera hati kami..
Aku nampak anak yang sangat kecil bersalut dengan kotoran, dibalut dengan kain biru dan diletakkan di atas tilam bayi..
Memandang dari jauh dengan kalimah Alhamdulillah..
Senior Nurse Low datang membawa anak itu kepada aku..
Aku disuruh tengok jantina anak dan diberi peluang mencium anak buat kali pertama sebelum mereka membersihkan anak..
Aku hanya terasa sentuhan-sentuhan doktor-doktor pada perut dan kaki..
Anak yang sudah bersih dibalut dengan kain hijau dan diletakkan di sisi aku..
Selang 5 minit, anak itu diletakkan dalam incubator dan dibawa pergi..
Aku sendiri siap dibedah pada pukul 9.50 pagi..





*Gambar-gambar kat atas ni lebih kurang la menggambarkan keadaan aku masa di bilik bedah tu..


Diletakkan sementara di "Recovery Room" selama satu jam..
Sebelum aku dibawa ke wad biasa pada pukul 12 tengah hari..
Orang pertama yang datang melawat aku pada pukul 12.30 tengah hari ada la Papa, Mama dan Jijie..
Tak boleh nak bercakap banyak, sebab ada ketika datang rasa mual dan loya..
Tapi Alhamdulillah, alahan pada ubat bius tu tidak teruk sangat..
Cuma aku tak boleh nak telan nasi lagi sampai malam..
Perut aku hanya diisi sebiji buah epal dan beberapa gelas air masak selepas 6 jam pembedahan..
Incik hubby datang kemudiannya untuk mengambil uri anak..
Sempat berjumpa dan bercerita lebih kurang dalam setengah jam saja..
Memandangkan anak-anak tak ada orang nak tolong tengokkan..

Hari ini, bila teringat balik keadaan dalam bilik bedah tu..
Aku tersenyum sendirian..
Alhamdulillah, Allah sentiasa membantu aku ketika itu..
Sekarang ini kami hanya menanti anak kecil itu untuk pulang ke rumah..
Bersama-sama menjalani kehidupan sebagai satu keluarga..
Moga Allah swt merahmati kami dan melindungi kami dengan kasih sayangNYA..
InsyaAllah.. Ameen..

-AkU-
Syurga Addin..
11:27 pagi..

2 comments:

  1. ishh.. ingat gambar betul.. ngeri..

    ReplyDelete
  2. @amir zahari
    Hahahaha.. Tengok gambar pun dah ngeri kan.. Yang alami sendiri ni, tak tau nak cakap la..

    ReplyDelete