Friday, February 28, 2014

~Selamat Datang Ke Dunia Baru..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Hari ni cukup 17 hari aku selamat melahirkan seorang lagi permata hati hasil cinta antara kami suami isteri..
Biarpun menempuh pelbagai kesukaran sewaktu mengandung dan saat hampir bersalin..
Alhamdulillah, Allah selamatkan semuanya..



Muhammad Iyad Addin Bin Mohamad Azhan..
Dilahirkan pada 11 February 2014..
Pada pukul 09:15 pagi..
Dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur..
Walaupun berat sekadar 1.315 kg, Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang sempurna..
Saat ini, Iyad masih lagi ditempatkan di wad KK9, Institut Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur..
Sepanjang tempoh dari hari pertama hingga la hari ke 16, Iyad berada dalam incubator..
Petang hari ke 16, Iyad selamat di tempatkan di dalam baby coat..
Berat Iyad naik 1.416 pada hari ke 7..
Berat naik lagi 1.510 masa Ibu melawat Iyad untuk bagi susu pada hari ke 13..
InsyaAllah, Iyad akan dapat balik rumah dan jumpa Ayah, Abang Imad dan Kak Dhiya bila berat Iyad cecah 1.80kg..
Tak sabar rasanya untuk tunggu saat itu..
Mudah-mudahan Iyad akan cepat besar bila dah duduk kat rumah kita..
Opah dan Atuk kat depan rumah ni pun selalu tanya bila Iyad nak balik rumah..
Mak, Abah, abang-abang dan kakak-kakak kat Kg. Dusun pun tak sabar nak jumpa Iyad..
Tuk De dengan Nek De lagi la selalu tanya khabar Iyad..
Ramai orang sayang Iyad..
Moga Allah swt akan permudahkan segalanya untuk kita ya Iyad..
InsyaAllah, ameen..

*Selamat datang ke dunia baru Muhammad Iyad Addin.. Dunia yang penuh dugaan dan pancaroba.. InsyaAllah Ibu dan Ayah akan cuba menjadi yang terbaik buat anak-anak.. Mendidik dan membimbing Iyad mengikut jalan yang Allah redhai.. Moga perjalanan kita akan sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah swt.. InsyaAllah.. Ameen..*

**Genggam la tanganku hai anak.. Ikut la langkahku hai anak.. Jangan berputus asa bila tersungkur.. Kerana itu ada la asam garam dalam kehidupan.. Untuk berjaya, kita perlu menempuh pelbagai rintangan.. Allah menduga kerana kasih sayangNYA buat kita.. Jangan mengeluh atas setiap ujian yang datang.. Kerana di situ la terletak keimanan kita..**

-AkU-
Syurga Addin..
14:17 petang..

8 comments:

  1. Welcome ke syurga addin sayanggg....semoga jd anak yg soleh...

    ReplyDelete
  2. @Anonymous
    InsyaAllah, mudah-mudahan.. Ameen..
    Terima kasih.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nama.. nak satu boleh? untuk masa depan..hehehe

    ReplyDelete
  4. In Sha Allah klau Iyad dh balik umah, ibu Akma nak mari umah lah... roger2lah yer...hehe

    ReplyDelete
  5. @amir zahari
    hahaha.. boleh je.. nanti bagi tau nak berapa perkataan dan mula huruf apa.. ^_^

    ReplyDelete
  6. @Ibu Aqmar
    InsyaAllah, kalau Iyad keluar hospital, kita pulak pergi melawat Ibu Akma.. Hehe..

    ReplyDelete
  7. Tahniah n selamat berpantang sis...anyway Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  8. @Rose Azadir
    Wa'alaikumsalam sis Rose..
    Terima kasih..
    InsyaAllah, saya follow blog sis.. Terima kasih sudi follow blog saya.. ^_^

    ReplyDelete