Wednesday, April 9, 2014

~Bila "Orang Besar" buat hal..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...



Beberapa hari kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita tentang salah laku seorang "Profesor Selebriti"..
Seseorang yang patut tugasnya mendidik dan membimbing anak-anak muda..
Tiba-tiba menjadi seseorang yang merosakkan masa depan anak-anak itu sendiri..
Kes salah laku yang begini bukan perkara luar biasa dalam masyarakat kita..
Cuma bila ianya melibatkan "Selebriti", maka ianya menjadi satu berita yang besar..
Ramai yang tidak percaya biarpun mangsa sendiri sudah membuat laporan polis dan salinan laporan telah tersebar luas di media sosial..
Aku sendiri pun agak susah untuk percaya..
Ia la, Prof ni bukan calang-calang orang..
Dengan muka bersih dan suara yang ceria..
Motivasinya dalam banyak rancangan cukup menyemarakkan semangat..
Kata-kata yang dilontarkan memberi satu idea untuk lebih memajukan diri sendiri..
Bukan satu dua rancangan sahaja yang menonjolkan wajah Prof ini..
Banyak rancangan, malah boleh kata setiap media, ada kata-kata motivasi yang dikongsikannya..
Mana mungkin orang yang seperti ini berkelakuan tak senonoh seperti itu ?!
Ya ! Ramai yang mempersoalkan kesahihan berita tersebut..
Tapi yang kita lupa, Prof itu juga manusia..
Dan dia sendiri punya akal dan nafsu..
Selagi dia bernama manusia, maka tidak akan terlepas dia dari perangkap nafsu dan tipu daya dunia..
Biar la pihak berkuasa menjalankan kerja mereka..
Yang baik kita jadikan tauladan..
Yang buruk kita jadikan pengajaran..

Pengalaman bekerja dengan "Orang-orang Besar" buatkan aku kenal dunia mereka..
Mungkin mereka gah dengan harta dunia mereka..
Mungkin mereka bangga dengan nama besar mereka..
Mungkin mereka riak dengan gaya hidup mereka..
Mungkin mereka takbur dengan pangkat darjat mereka..
Tapi mereka lupa adab dan santun agama mereka..
Mereka umpama syaitan yang bertopengkan malaikat untuk memperdaya dunia dengan sifat islamik yang ditonjolkan..
Bagi yang mengenali mereka hanya dari paras wajah dan gaya..
Mungkin akan bangga bila dapat berdampingan dengan orang sebegini..
Namun niat dan hasrat yang di dalam jiwa mereka itu sebenarnya boleh bertukar rupa bila-bila masa sahaja..
Ramai "Nama-nama Besar" yang menggunakan agama untuk menyembunyikan perangai kotor mereka..
Ahhh.. Tak perlu dipersoalkan tentang mereka..
Kita yang tidak punya nama besar ni pun terlalu ramai yang begitu..
Bezanya cuma mereka dikenali dan kita tidak dikenali..
Mudahnya agama dipersendakan untuk memuaskan nafsu sendiri..
Astaghfirullahal'azim..

*Ada nama-nama yang kalau aku sebutkan pun pasti akan buat orang yang melihat gaya islamik mereka akan terkejut.. Tak siapa akan sangka mereka-mereka ini menjadi duri dalam daging.. Perosak anak-anak bangsa dan agama sendiri.. Dunia.. Dunia.. Moga kita semua akan terselamat dari fitnah dunia.. InsyaAllah, ameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
15:07 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment