Wednesday, April 9, 2014

~Permata Untuk Isteri..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

"...Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..."



Masa minggu kedua dalam pantang..
Aku hanya terbaring kat bilik atas sementara Incik Hubby siapkan kerja-kerja rumah..
Masa tu petang..
Anak-anak semua tengah tidur..
Disebabkan dilanda kebosanan..
Maka aku pun perlahan-lahan turun ketingkat bawah dengan niat untuk berborak dengan Incik Hubby..
Sampai kat hujung tangga, aku jenguk kepala sikit kat ruang tamu..
Nampak Incik Hubby tengah duduk termenung sambil merenung di luar tingkap..
Telinga aku sayup-sayup menangkap bait-bait lirik lagu kat atas tu dendangan Kopratasa..
Waktu petang yang mendung, senyap sunyi, berseorangan..
Mendatangkan perasaan sayu, sedih, damai dan bermacam perasaan lagi..
Aku terus terpaku kat tepi dinding tangga sambil mata terpaku pada Incik Hubby dan telinga terus menadah alunan lembut suara penyanyi..
Ruang tangga yang tertutup, membolehkan aku terus menikmati suasana itu..
Seketika aku nampak Incik Hubby kesat kedua belah mata..
Suamiku menangis ???
Ke aku yang salah pandang..
Dan terdengar keluhan kecil..
Bila lagu hampir ke penghujung..
Perlahan-lahan pula aku naik tangga semula menuju ke bilik atas tanpa menganggu suasana yang dinikmati Incik Hubby..
Langkah yang aku bawa meninggalkan jawapan demi jawapan akan apa yang berlaku tadi..

*Teringat satu "peristiwa besar" tahun 2007 dulu dan lagu Pada Syurga Di Wajahmu nyanyian Nash.. Dan teringat pula bait-bait ayat sinopsis muka belakang novel Cemburu Seorang Perempuan...*

**Sudah takdir mu Suami, dijodohkan dengan diri ini yang tak pandai menjaga hati suami, yang tak tahu menyenangkan hati suami, yang tak mampu menjadi penyejuk jiwa di kala bahang kemarahan melanda, yang mungkin tak selayaknya menjadi bidadari di syurga mu.. Ampuni la Isterimu ini.. Namun sejauh mana pun kekurangan aku, tiada yang dapat menandingi takhta dirimu dalam hidupku.. Apa pun yang jadi kau tetap yang utama, kerana kau Syurgaku..**



-AkU-
Syurga Addin..
21:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment