Monday, April 14, 2014

~Terima Kasih semua..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Iyad dah dua bulan hari Jumaat minggu sudah..
Tapi berat Iyad macam budak baru lahir..
Aku agak je la, pasal tak pi timbang kat klinik lagi..
Tapi Alhamdulillah, Iyad sihat..
Kuat menyusu pulak tu.. Dah la Dhiya pun menyusu..
Tinggal rangka je aku ni nanti..
Makan pun tak berapa selera.. Haishhh..

Oh ! Hari Jumaat minggu lepas..
My BFF.. Cewahhhh.. Nak jugak BFF tu..
Diorang datang rumah melawat Iyad..
Anna dengan Angah Aine..
Actually, diorang ni member waktu di Sekolah Rendah Taman Tasek, Ampang dulu..
Walaupun aku hanya tak sampai setahun kat sana..
Tapi sempat la buat kawan..
Terputus sekejap persahabatan, bersambung di muka buku dan whatsapp group..
Alhamdulillah, silaturrahim bersambung kembali..
Diorang sampai pukul 3 petang..
Cadangnya nak bawak satay.. Konon la satay Kajang Hj. Samuri tu..
Tapi bila sampai, aku tengok dengan KFCnya, dengan Pizzanya, dengan Donut Big Applenya..
Haishhh.. Macam nak buat party.. Hahaha..
Macam-macam yang kitorang ngumpatkan..
Hahaha.. sesi "membuat ketupat" la katakan..
Walaupun hari-hari duk ber"whatsapp"..
Tapi bila jumpa, ada jugak cerita..
Layan je la gambar-gambar ni..

*Ni Anna.. Jauh dia datang.. Dari Putrajaya..

*Angah dari Ampang.. Nampak tak siapa yang bersusah payah pasal bab makan.. Hahaha.. Sebab tu dapat hadiah tudung ala Fareeda..

*Ni la Ibu dan Mama Iyad yang baru.. Hehe..

*Oke.. Ini gambar terpaksa.. Haha..

Pukul 6 lebih baru diorang balik..
Seronok betul rasanya..
Lama dah tak jumpa kawan-kawan bergelak ketawa macam ni..
Rasa terlepas jugak la perasaan..
Terima kasih sahabat sebab sudi datang menjenguk walaupun jauh..
InsyaAllah, nanti kita jumpa dalam kumpulan yang lebih besar..
Moga silaturrahim antara kita akan kekal hingga hujung nyawa..
InsyaAllah, ameen..


Hari Sabtu lepas pulak, Papa dan adik-adik datang melawat..
Kebetulan Papa tak ada shooting dan adik-adik bercuti..
Wai baru habis exam untuk final year..
Jijie cuti seminggu..

*Mencuba menjadi mak cik yang terbaik.. Haha.. Sila cuba lagi..

*Atuk saya pelakon ! Haha.. Macam tajuk drama pulak.. 

Diorang tak lama..
Tapi tak apa la, janji dah datang..
Terima kasih banyak-banyak Papa, Wai dan jijie..
Lain kali datang lagi ya ! Hehe..

**Oh ya.. Terima kasih jugak buat sahabat Lynn dan Lia.. Walaupun tak dapat jumpa tapi sempat menitipkan kiriman buat Iyad.. Terima kasih banyak-banyak.. InsyaAllah, ada kesempatan berjumpa la kita nanti.. Untuk Wai pulak.. Tahniah sebab pass exam minggu sudah.. Dah jadi Doktor Putri la ya ? Hehe.. Alhamdulillah.. Dah ada dua orang Doktor dalam adik beradik kita.. Semoga sentiasa berkhidmat dengan ikhlas dan jujur untuk masyarakat.. Jangan lupa jemput ai waktu yu punya convo tau ! Dah janji hari tu kan ???! Hehe..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

7 comments:

  1. @amir zahari
    Mai la Uncle Amir dukung Iyad.. Jangan peluk kuat sangat sudah.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peluk kuat? nak pegang tu takut..hehehe

      Delete
  2. Best2...nnt kita wat ketupat lg

    ReplyDelete
  3. @kOTaK HaTI
    Kena kumpul ramai-ramai Ngah, baru best buat ketupat... hahahaha...

    ReplyDelete
  4. hahahah!!! next week, wa baru nak amek lesen kete. hehehee.. mesti pass dalm sebulan, baru leh ronda2. HAHAHAHAHA!!! bile2 cuti nak mai la rumah anda. as usual, sila masak sedap2. benci! puih!

    ReplyDelete
  5. @shahdattul mawarni indahwan shahputri
    Dah alang-alang tu ambik la lesen lori sekali.. nanti buleh angkut reramai.. kuikui..
    kau datang, kau la masak..
    P/s : Eh ! nanti datang bawak goreng-gorengan tau.. puihhhh !

    ReplyDelete