Friday, August 1, 2014

~Dugaan Penghujung Ramadhan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dah sebulan tak update blog ni..
Pasal memang sibuk, bukan perasan sibuk..
Nanti la aku ceritakan kesibukan aku di entry yang lain..

*Pinjam gambar dari gugel..

Lagi seminggu nak raya hari tu..
Aku dilanda demam, batuk dan selsema..
Dah macam penagih dadah pun ada..
Mata berair, hidung berair..
Aku start demam hari Selasa malam..
Mula-mula ingatkan tak la teruk mana..
Tapi menjelang petang hari Rabu, bila segala sakit datang menyerang..
Memang seksa dirasakan..
Incik Hubby suruh aku berbuka saja kalau tak larat..
Ia la, kalau dah tak makan apa atau minum apa-apa masa sahur tu..
Nak buat kerja lagi, nak menyusu anak kembar lagi..
Takut aku pitam je..
Tapi aku tak nak.. Kalau boleh bertahan, aku tahan je la..
Sayang betul nak tinggal puasa, sebab tahun ni dah tahun yang keempat berturut-turut aku puasa penuh..
Satu kerja pun tak jadi, asyik baring je keje aku..
Hari Khamis pagi, aku bawa Iyad untuk cucuk imunisasi..
Malam tu dengan Iyad sekali demam..
Asyik merengek je, tak sedap badan..
Bila Iyad dah tidur, lega la sikit..
Tapi waktu nak tidurkan Imad..
Tiba-tiba rasa badan Imad panas sangat..
Aku check temperature Imad.. 41'C..
Woooo.. Panas !! Tak boleh jadi ni..
Aku mandikan Imad.. Basahkan kepala Imad lama-lama..
Lepas pakai baju, Imad menggigil.. Peluk Imad dalam selimut..
Check balik temperature, dah turun 39.6'C..
Aku call Incik Hubby, nak bawak Imad pergi klinik..
Sampai kat klinik, doktor check temperature Imad.. 39.9'C..
Doktor bagi ubat masuk punggung, kena masukkan setiap 6 jam..
Doktor kata Kalau tak kebah jugak demam Imad hari Sabtu, kena bawak pi spital..
Takut denggi.. Aduiiiiii.. Aku dah risau..
Balik dari klinik, Imad terus tidur.. Iyad pun tak meragam..
Dapat la aku merehatkan kepala yang dah sakit-sakit ni..
Esok pagi, Dhiya pulak demam..
Apa dah jadi ???? Satu rumah dilanda demam..
Pagi tu pulak, Incik Hubby nak balik beraya di Kelantan dengan rombongan Cik Kiah..
Maka keseorangan la aku menjaga diri sendiri dan anak-anak yang tidak sihat..
Memang mencabar la jugak..
Dengan keadaan aku yang tak bermaya..
Nak menghadapi kerenah 3 orang anak yang sakit..
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..
Hari Sabtu, masih lagi semua demam..
Aku tak bawa Imad pergi spital walaupun temperature Imad asyik berlegar antara 38.6'C hingga 38.1'C..
Aku takut kalau Imad kena tahan wad, siapa nak tunggu Imad kat wad ?
Siapa pulak nak tunggu anak kat rumah ??
Takkan la aku nak angkut semua anak duduk wad ??
Maka aku guna cara tradisional je la..
Ambik petua dari mak aku, dari jiran depan rumah dan dari kawan-kawan..
Alhamdulillah.. menjelang petang hari Ahad tu, Iyad dan Dhiya dah hampir sembuh..
Cuma Imad je masih lagi lemah..
Haishhh.. Esoknya nak raya, satu persiapan pun aku tak buat..
Rumah tak sempat nak kemas, ala kadar je..
Baju tak bergosok, juadah tak masak..
Biar la.. Mudah-mudahan ada tenaga aku di pagi raya untuk buat semua tu..
Itu yang aku fikirkan waktu mata aku hampir tertutup..



**Allah menduga kerana DIA sayang.. bukan kerana DIA benci.. Bersangka baik la dengan setiap dugaan yang Allah berikan.. InsyaAllah, kasih sayangNYA melebihi segala-galanya..**

-AkU-
Syurga Addin..
10:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment