Monday, September 8, 2014

~Fakta Lelaki Seksi..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Masa aku kerja dulu..
Aku ada sorang member perempuan..
Kebiasaannya hujung minggu memang kami akan keluar berdua..
Tak kira la..
Dari shopping, ukur jalan sekitar Kuala Lumpur, makan-makan atau pun sekadar lepak untuk minum dan memerhati sekeliling..
Dan biasanya satu perkara yang tak lepas dari pandangan kami..
Ada la memberi markah untuk setiap lelaki yang kami persetujui bersama..
Kami akan memilih seorang lelaki dari jauh..
Dan mula memberi markah dari gaya pakaian, cara jalan, bercakap, senyum dan sebagainya..
At the end, total markah akan diberikan..
Dan keputusannya menunjukkan sama ada lelaki itu cukup sexy ataupun tidak..
Hahahaha.. Itu satu perkara suka-suka..
Bukan serius pun.. Saja buang masa..
Bila bercakap pasal sexy ni..
Masing-masing ada pendapat masing-masing..
Cuba baca statement kat bawah ni..

*Gambar ni rembat dari page Grafik Mimpi kat fesbuk dimiliki oleh Encik Amir yang ensem.. Ekekeke..

Yessssssssssss !!!
Saya bersetuju Yang Arif !!
Hehehehe.. Itu pendapat mata aku..
Pendapat mata orang lain, aku tak tau..
But seriously, memang seksi lelaki yang sedang melipat lengan kemejanya..
Dia kena tengok jugak, cara melipat yang macam mana..
Melipat dalam keadaan slow and steady..
Bukan lipat dengan tergesa-gesa..
Entah la.. Mata aku nampak macam ada satu jalinan seni kat situ..
Cewahhhhh.. Ayat manis betul.. Hahahaha..
Bukan semua lelaki boleh kelihatan seksi bila melipat lengan kemeja..
Actually.. pergerakan jemari dan tangan serta gaya bahasa tubuh itu memainkan peranan yang penting..
Kalau setakat tarik naik ke atas bergulung-gulung lengan tu..
Mana nak datang seksinya..
Hahahaha.. Nampak tak ??? Mata kaum Hawa ni lebih berseni dari kaum Adam..
Kaum Adam ni kalau bab seksi, bila tengok kaum Hawa pakai baju tak cukup kain..
Haaaaa.. Itu la seksi bagi majoriti dari mereka..
Tapi seksi dari kacamata wanita ni lebih universal..

FAKTA LELAKI SEKSI

1) Lelaki botak..
2) Lelaki memakai kacamata (selain dari kacamata rabun atau yang merepek)..
3) Lelaki bermisai atau berjambang (yang dah trim ya)..
4) Lelaki yang memiliki one pack.. (yang ada 6 pack tu tak seksi langsung)..

Oke.. Fakta ni mengikut pandangan mata aku ya..
Kalau ada yang tak setuju..
Aku peduli hape.. Mata aku bukan mata korang.. ekekekke..
Yang lain tu memang ada ciri-ciri pada Incik Hubby..
Tapi bab no 4 tu, memang dia tentang habis-habisan..
Katanya seksi hape kalau perut buncit ???!!
Hahahaha.. Tapi aku suka kalau perut dia buncit..
Jenuh suruh, tak mau jugak..
Takpe la, yang tu boleh skip.. Hehehe..
Mana yang kata fakta aku ni merapu..
Korang boleh duduk dendiam sambil main Candy Crush.. Heh !!

**Satu lagi fakta aku.. Lelaki yang pakai baju Melayu siap bersamping dan bersongkok pun kelihatan seksi dan hensem.. Muahahahhaa..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

1 comment: