Monday, September 8, 2014

~Iyad Penguat Cinta..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Muhammad Iyad Addin..

Nama ini kupilih sedari awal kandungan berusia 8 bulan..
Nama yang dipersetujui bersama Incik Hubby..
Bagaikan terasa-rasa Iyad masih lagi di dalam tubuh ini..
Merasa sentuhan dan berkongsi segalanya..

Iyad si baby kecil..



Lahirnya Iyad seberat 1.315kg saja..
Besar sedikit dari Abang Imad..
Dan agak sukar daripada Abang Imad..
Ini pengalaman pertama melahirkan anak secara pembedahan..
Agak mencemaskan di permulaan..
Namun bila terdengar suara dan terpandangkan sikecil ini..
Terus hati bersyukur tak terhingga..
Allah telah memberi satu lagi kebahagiaan buat kami sekeluarga..
Alhamdulillah, syukur..

Iyad penawar duka..



Dari mengandung Iyad hingga la melahirkan..
Tak sedikit dugaan perasaan yang terpaksa aku tanggung..
Mulut manusia dan hati yang busuk adakala membuatkan hati ingin sekali menangis hiba..
Namun aku pinjam kekuatan dari sikecil ini untuk menghadapi segalanya..
Kalau Iyad boleh berjuang untuk terus bernafas di dunia ini..
Maka mengapa aku harus putus asa untuk menempuh segala ujian dan dugaan..
Aku juga perlu berjuang untuk meneruskan kelansungan hidup..
Peduli apa kata dan pandangan orang lain..
Tak mati aku dek keji, tak hidup aku dek puji..

Iyad si pemikat hati..



Masa Iyad di wad NICU dan wad SCN nurse suka dengan Iyad..
Kata nurse, tak susah jaga Iyad..
Tak banyak meragam..
Iyad jarang sangat menangis..
Lepas bagi susu, Iyad akan tidur saja..
Bila dah bawa balik rumah..
Kawan-kawan yang datang melawat..
Suka dengan Iyad..
Yang hanya kenal Iyad melalui whatsapp pun dah admire Iyad.. Hehe..
Sekarang ni Iyad ada ramai mak angkat..
Ada Mak Kg. Dusun, Mama Aine, Ibu Anna, Ummi Ummu, Ummi Etty, Mama Lia, Ibu Lynn..
Tapi yang paling utama tentu la Ibu Iyad yang vogue ni kan.. Hahaha.. sila jeles dari jauh..
Bila Opah depan rumah ni ambik Iyad bawak balik rumah..
Cucu-cucu Opah semua kerumun Iyad..
Suka tengok Iyad yang kecik dan comel ni..
Diorang duduk je keliling Iyad, dan Iyad sangat baik..
Tak nangis langsung.. Duk senyum je depan diorang..
Atuk depan rumah ni pulak, sibuk nak ambik gambar Iyad..
Katanya nak buat kenang-kenangan..
Hari tu pergi suntik imunisasi Iyad..
Mujur la Iyad tak menangis.. Hanya jerit terkejut je masa nurse cucuk jarum..
Lepas tu terus senyap..
Nurse pun puji.. Bagus la Iyad ni, tak nangis pun..
Anak-anak Ibu semua kuat-kuat belaka.. Hehe..

Iyad Penguat Cinta..



Bersalin Iyad tak semudah Imad dan Dhiya..
5 hari aku harus duduk di wad..
2 hari yang pertama untuk monitor jantung Iyad..
Bersalin secara pembedahan sebab "pintu" tak buka lepas induce..
3 hari lepas pembedahan baru dibenarkan balik..
Sakitnya memang tak sama dengan bersalin normal..
Penjagaan pun melebih lagi..
Sepanjang di hospital, Incik Hubby yang uruskan rumah dan anak-anak yang lain..
Hari pertama Incik Hubby risau sebab takut Dhiya menangis tak nampak Ibu..
Iya la, 24 jam selalu dengan Ibu..
Tiba-tiba pulak Ibu takde, harus la menangis..
Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..
Cuma Incik Hubby tak dapat datang ke hospital menjenguk aku..
Sebab tak ada orang nak tengokkan anak-anak..
Wad bersalin bukan boleh budak-budak masuk..
Hari aku operation pun Incik Hubby tak dapat datang..
Cuma Incik Hubby datang malam tu untuk ambik uri anak.. Itu pun sekejap..
Tak mengapa, aku faham..
Incik Hubby minta maaf banyak-banyak sebab tak boleh temankan aku dalam keadaan macam ni..
Katanya, ini ujian Allah untuk kita..
Mungkin ini sebagai asbab untuk menguatkan lagi kasih sayang antara kita..
InsyaAllah, aku terima segalanya dengan hati yang redha..
Kami masing-masing ada tanggungjawab tersendiri..
Bila balik je rumah..
Seronok sangat tengok rumah yang cantik dan bersih..
Incik Hubby ubah keadaan rumah sesuai untuk keselesaan aku lepas bersalin..
Dan selama hampir sebulan setengah, aku tak buat kerja langsung..
Semua Incik Hubby yang ambik alih..
Dan satu malam tu dia cakap kat aku..
"Baru Abang faham.. Penat sungguh sebenarnya kerja surirumah ni.. Macam mana la Sayang boleh ada tenaga lagi lepas bekerja seharian dari pagi sampai malam ? Abang yang tak buat semua kerja ni pun dah pengsan pukul 9 malam.." Hahaha.. Baru tau rupanya..
Aku jawab..
"Kalau nak kira penat, memang la sangat penat.. Tapi bila fikir tanggungjawab, semua tu jadi mudah.. Allah bagi tenaga lagi untuk sempurnakan semua kerja.."
Kata Incik Hubby lagi..
"Terima kasih sebab buat semua ni untuk Abang dari waktu kita kawin sampai la ke hari ini.."
Kerana bersalinkan Iyad secara pembedahan, maka aku dapat la cuti selama lebih kurang sebulan setengah..
Hahaha.. Kira macam cuti sakit la..
Kehadiran Iyad menguatkan lagi kasih sayang antara kami..
Kerana masing-masing makin tau tanggungjawab sendiri dan faham akan hati pasangan..
Biarpun dugaan yang maha berat datang ketika awal waktu aku nak bersalin..
Tetapi semua itu sebagai semangat untuk kami lebih menjaga kerukunan rumahtangga..
InsyaAllah, moga kebahagiaan ini akan berterusan hingga ke akhirnya.. Ameen..



**Iyad yang Ibu sayang.. Setiap hari yang berlalu memberikan pengalaman yang baru.. Betul, Ibu dah punya 3 orang anak.. Tetapi semua pengalaman tak akan sama.. Setiap anak-anak Ibu punya kelebihan masing-masing.. Ibu bersyukur kerana Ibu diberi peluang setiap hari untuk melihat pembesaran anak-anak depan mata.. Moga Ibu lebih kuat dan tabah untuk menghadapi ujian dari Allah.. Dan Moga Iyad membesar menjadi anak yang soleh dan mampu menjaga keluarga, agama dan bangsa.. Tetap la fisabilillah.. Tak sabar nak tunggu Iyad besar lagi.. Hehe..**


**Iyad dah nak masuk 7 bulan.. Dah boleh makan.. Iyad pun dah pandai meniarap.. Seronok tengok pembesaran Iyad sama macam anak-anak yang lain.. Tak sabar tunggu langkah Iyad yang seterusnya..**


-AkU-
Syurga Addin..
16:07 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment