Wednesday, September 10, 2014

~Kenangan Syawal..~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum wbt...

Syawal sudahpun lama berlalu..
Tapi masih ada lagi yang sibuk buat rumah terbuka..
Ada yang bagi alasan MerdekaRaya la pulak.. Macam-macam..
Hehe.. Biar la.. Janji diorang bahagia..

Tahun ni Syawal masih lagi aku sambut di Kuala Lumpur..
Macam tahun-tahun yang sudah..
Cuma bezanya tahun ni aku ada hero kecik.. Hehe..
Hidangan di pagi raya seperti biasa ketupat dan rendang daging..
Aku lebih gemar menganyam ketupat sendiri dari nasi impit segera..
Rasa dan bau dia pun memang lain..
Raya pertama di rumah, lepas tu pergi rumah mak..
Nasib baik askar-askar aku boleh duduk diam dalam kereta..
Kalau tidak, payah juga nak drive..
Sedang elok beraya rumah mak, Imad pulak buat hal..
Lemah je Imad kesan dari demam beberapa hari..
Aku suspek Imad menahan sakit gigi yang nak tercabut..
Ada 4 batang gigi depan atas dan bawah..
Adik ipar suruh aku pi Hospital Ampang untuk cabut..
Maka aku pun berlari la kejap dengan mak..
Sampai hospital lebih kurang pukul 7 malam..
Kami menunggu lebih dari 2 jam, apa yang kami dapat ??
Tunggu punya la lama, doktor tu boleh bagi jawapan macam ni..

"...Oh, kami kat sini memang tak cabut gigi.. Hari Rabu nanti you pergi dekat klinik gigi untuk cabut gigi.."

Arggghhhh !! Memang aku dah hampir-hampir bertukar jadi girlfriend Shrek..
Geram sungguh.. Apa la tak dibagitau awal-awal macam tu..
Kita dah tunggu macam hape je kat situ..
Baik la duduk rumah tengok cerita Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.. ekekeke..
Balik dari rumah mak..
Sempat juga rembat rendang daging dan kuah kacang yang mak masak..
Itupun pun memang aktiviti setiap tahun bila hari raya.. Hahahaha..
Opppss !! Bukan aku yang rembat pun, mak yang kasi..
Mak tau, aku takkan boleh beraya tanpa makan masakan mak
Raya kedua baru la beraya rumah jiran dan kawan-kawan..
Incik Hubby balik dari kampung, raya ke lima..
Raya ketujuh kami dah ke Kelantan..
Singgah dulu di Kg. Dusun, Lipis..
Beraya dengan Ijah sekeluarga..
Walaupun kami sampai raya ketujuh..
Tapi masih ada lagi hidangan lemang, nasi impit, rendang dan kuah kacang..
Seronok sungguh aku menaikkan berat badan.. Hahaha..
Tidur satu malam kat rumah Ijah..
Petang tu aku ikut Incik Hubby bersiar-siar sekitar Kg. dusun naik motor..
Wooooo.. Best tau.. Lama dah tak naik motor berdua cenggini..
Aku cakap kat Incik Hubby, macam orang bercinta pulak..
Dia jawab, memang la kita tengah berrcinta ni,. Hehehe.. Macam-macam..

*Gambar motor je boleh tunjuk.. Gambar naik motor, tak bleh.. Nanti korang jeles.. Kehkeh..

*Kucing pelik kat Kg. Dusun.. Semua benda pun dia makan.. Durian, roti, ais krim, manggis.. Apa je yang kita hulur, semua pun dia sapu..

Lepas tu singgah pula di Slow Temiang, Kelantan..
Beraya pulak dengan keluarga angkat kami..
Walaupun singgah tak lama..
Sempat jugak aku melantak durian, dokong, duku, langsat, rambutan..
Memang makan tak ingat dunia la.. Hahaha..
Then, baru terus ke Bukit Abal, Kelantan.. Rumah Abah dan Ummi..
Memang sebenarnya balik Kelantan ni sebab Incik Hubby ada kerja..
Tapi sempat lagi Incik Hubby bawa kami beraya rumah saudara mara..

*Iyad dengan Pakcik Nabil.. Nabil ni kategori OKU jugak, tapi OKU yang boleh berdikari..

Rumah kawan-kawan dia pun ada..
Ada satu hari tu Incik Hubby ikut kawan dia masuk kawasan lombong emas..
Dia pun bawak balik beberapa ketul emas mentah..
Banyak ni pun rasanya dah berapa belas ribu..

*Dapat yang kecik tu pun, dekat RM500 jugak.. Huuuu.. kaya.. kaya..

Minggu yang kedua patutnya kami dah balik ke Kuala Lumpur..
Maka mengangkut la segala buah-buahan yang ada..
Kononnya nak diagih-agihkan pada saudara-mara dan jiran-jiran..
Tapi elok je sampai Kuala Lipis, Incik Hubby "dikerah" untuk masuk bekerja semula..
Maka berpatah balik la kami..
Seminggu jugak la Incik Hubby sibuk, lepas tu baru la boleh balik Kuala Lumpur..
Sebelum balik Kuala Lumpur semula, sempat la jugak kami bawa balik durian hujung musim, duku langsat, petai, rambutan, lepuk durian, tempoyak, buah tampoi..
Kali ni mak angkat aku tanya, mengidam apa pulak kali ni, Mak De boleh carikan..
Aku dengan tersipu-sipunya jawab.. nak cempedak lagi la Mak De.. Kehkeh..
Tak habis-habis dengan cempedak dari tahun lepas..
Dapat jugak aku cempedak 2 biji kali ni.. Alhamdulillah..

*Ni la durian dan petai yang dapat kami bawak balik..

*Duku, dokong, langsat, rambutan, manggis dan tampoi..

*Tu la cempedak idaman hati.. Sebiji tu aku sorang je perabissss.. Hehe.. Yang bawah tu gambar buah tampoi bagi yang tak tau.. Isi dia macam buah rambai, biji je lebih.. tak syok mana pun makan buah ni..

*Gagah Incik Hubby petikkan rambutan untuk isteri tercinta.. Hahaha..

*Ni aktiviti kat Kg.Dusun.. Mandi sungai dengan anak-anak.. Kat bawah tu gambar sawah padi yang baru naik.. Dah dua kali aku rembat segenggam batang padi masak untuk buat hiasan kat rumah.. ada lagi sampai sekarang..

Tiga minggu oustation, baru dapat pulang ke rumah..
Tapi raya tahun ni memang best..
Macam-macam kenangan suka dan duka yang kami lalui sepanjang 3 minggu tu..
Itu yang tak sempat nak update langsung blog ni..
Cuma gambar raya tak dapat nak upload kat sini..
Duduk dalam phone satu lagi, ada dengan Incik Hubby..
Malas nak tunggu dia balik.. Buh gambar apa yang ada je la..

*Incik Hubby memang nak beraya di Kuala Lumpur tahun ni.. Cuma aku nampak muka dia 50-50 je buat keputusan macam tu.. Aku cakap kat dia.. Raya ni patutnya menjadi hari yang gembira dan bahagia untuk kita.. Kalau rasa tak gembira nak raya kat KL, balik la beraya di Kelantan.. Aku pun tak kisah sebenarnya, sebab dah terbiasa.. Sebab tu Incik Hubby beraya di Kelantan.. Cuma yang agak terharunya aku, masa raya pertama tu Incik Hubby cakap.. "Abang akan lebih bahagia dan gembira kalau berhari raya dengan Sayang dan anak-anak di sini (di Kelantan).." Alooooo.. SO sweet.. Tak apa la, lain tahun je la.. Aku sebenarnya dah bosan mengadap "cerekarama" banyak kali.. Cukup la sekali aku menonton "telemovie raya" tahun 2007 dulu.. Tak kuasa dah.. Mujur Incik Hubby faham.. Aku pun gembira dan bahagia dengan anak-anak di Kuala Lumpur.. Di Syurga Addin.. InsyaAllah, panjang usia nanti kita akan sambut raya bersama sebagai satu keluarga.. Mudah-mudahan Allah mengizinkan..*

**Terima kasih banyak-banyak, Ijah dan keluarga serta Makde dan Pakde sekeluarga sebab sudi terima kami sekeluarga datang berhari raya.. Terharu sungguh dengan layanan yang diterima.. Ijah pernah cakap anggap kami ni macam adik beradik je.. Makde dengan Pakde pun pernah cakap anggap kami ni macam anak.. Seronok betul ada banyak kampung ni.. Hehe.. Tahun depan, InsyaAllah, kami akan balik beraya di kedua-dua kampung.. Tungguuuuuuuuuuu..**

-AkU-
Syurga Addin..
11:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment