Friday, January 16, 2015

~Segalanya Tentang Dhiya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Dari hari ke hari nak update blog ni..
Tapi tak pernah sempat..
Memang perasan sibuk sungguh la..
Masa time banjir hari tu..
Sibuk jawab call, email, whatsapp dan sms..
Lepas banjir pulak, sibuk melayan anak yang tak sihat pulak..
Haihhh dugaan betul la..

Oke la..
Mari kita bercerita..
Ekekekeke.. macam rancangan kanak-kanak la pulak..

Entry ni nak cerita tentang anak dara saya.. Hehehehe..
Aisy Dhiya Sufia..
02 January yang lalu, Dhiya sudah melangkah ke usia 3 tahun..
Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kami sekeluarga..
Dhiya satu-satunya putik bunga dalam Syurga Addin..
Moga suatu hari nanti berkembang mekar menjadi bunga yang indah dan berwarna warni..
InsyaAllah, mudah-mudahan..

*Kek ni Uncle Amir yang belikan untuk Dhiya.. Seronok sungguh Dhiya dapat kek..

*Kek ni Mama dari Raub yang belikan untuk Dhiya.. Kakak Raub pulak hadiahkan Dhiya pilow dolphine.. 

Nak cerita tentang Dhiya di usia 3 tahun..

Kalau anak orang lain dah petah bercakap..
Tapi Dhiya, agak lewat sikit bertutur..
Tapi tak mengapa, itu tak menjadi masalah..
Cumanya, bila Dhiya dah boleh bercakap..
Dia hanya boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris..
Pergghhhh !! Memang masa mula-mula dengar Dhiya speaking..
Aku duk terfikir, tersampuk hantu omputih ke Dhiya ni.. Ekekekekeke..
Serius weiihhhhh..
Aku dengan Incik Hubby tak pernah la pulak speaking bagai kat rumah..
Dhiya faham bila kita bercakap Bahasa Melayu dengan dia..
Tapi dia tak pandai nak reply..
Jenuh la aku, berabuk speaking london la pulak.. muahahahaha..

Antara ayat omputih yang Dhiya cakap :

1) Where Yayah ? (ni bila dia tanya bab ayah dia)
2) Don't touch it ! (ni bila ada orang usik barang dia)
3) Mine ! (pun sama reason no 2)
4) I can't reach it ! (ni bila dia nak on lampu atau nak buka pintu)
5) Adik crying.. (ni bila setiap kali adik menangis bila bangun tidur)
6) So sad.. (pun sama reason no 5 siap package muka sedih bagai)
7) Wake up ! (ni bila dia nak kejut aku atau ayah dia bangun tidur)
8) Come, let's go (ni bila aku ajak dia pi jenjalan kat taman)
9) Toys (ni merujuk pada mainan dia, tapi dia punya slanga yang tak tahan, omputih habis)
10) Becareful.. (ni dia nasihat time aku panjat tangga atau kerusi)
11) Kira 1sampai entah berapa tak ingat.. Dah belas-belas laa..
12) Sebut colour yang dia nampak : Red, blue, green, purple, orange, yellow..
13) Pillow (Tapi sebutan dia 'piyo')
14) Ibu please, sorry (ini bila dia nak minta susu - sebutan dia "Ibu pis, shoghi")
15) Helitater (ini sebenarnya nak cakap helikopter)
16)Mooocycle (ini pulak nak cakap motorcycle)

Ahhhh.. Banyak lagi..

Dan banyak jugak yang aku tak faham..
Tapi memang bunyi ada sikit-sikit dia speaking..
Bukan tak faham maksud yang dia cakap..
Tapi pelat dia tu yang buat aku tak faham..

Sejujurnya, semua tu Dhiya belajar dari kartun..
Rumah aku dah lama takde Astro..
Yang ada Hypptv (package Unifi)..
Alhamdulillah, kartun channel 552 tu memang semuanya bab pembelajaran..
So, dari situ Dhiya belajar..

Dengan Bubble Guppies Dhiya belajar menyanyi dan menari..
Dengan Umizoomi Dhiya belajar mengira..
Dengan Go Diego Go Dhiya belajar bahasa Sepanyol..
Dengan Dora The Explorer Dhiya belajar warna..
Dengan Max And Ruby Dhiya belajar tentang kasih kakak pada adik..
Banyak lagi yang Dhiya belajar dengan kartun-kartun yang saban waktu dia tonton di tv..

Kalau budak-budak lain sibuk dengan Frozen..
Dhiya tak ada masalah..
Jalan-jalan pasar malam tak pulak Dhiya sibuk minta baju, seluar, beg, anak patung atau belon yang ada gambar Frozen..
Memang selamat la duit aku.. Kehkehkeh..
Paling-paling tidak pun Dhiya minta "kopok" merujuk kepada keropok lekor..
Dan yang bagusnya Dhiya tak sibuk suruh aku download lagu atau cerita Frozen.. Huhu..
Jenuh la nak melayan kalau duk sibuk ke Frozen je..

Dhiya suka pakai gaun atau jubah..
Banyak dapat gaun dari Doktor Kuantan..
Anak dia beza setahun je dari Dhiya..
So, banyak baju yang kakak Demi Damia tak muat..
Dapat la kat Dhiya..
Dhiya akan perasan cantik bila dapat pakai baju gaun atau jubah.. Huhuhu..

Bab makan Dhiya tak cerewet..
Nasi, telur dadar dengan kicap Dhiya boleh makan..
Nasi, sup ayam dengan telur dadar pun boleh..
Tapi Dhiya paling suka kalau aku buat gulai ayam resepi sendiri ataupun bubur..
Yang ni memang Dhiya akan makan banyak..
Satu lagi, Dhiya tak suka sangat makan isi ayam..
Dhiya akan pilih bahagian kaki, kepak, leher ataupun kulit ayam..
Sebijik la macam ayah dia..

Dhiya seorang adik dan kakak yang penyayang dan prihatin..
Kalau adik bangun tidur, sebolehnya dia akan cuba bagitau aku..
Kalau adik menangis, Dhiya akan peluk dan tepuk belakang adik untuk pujuk..
Kalau adik jatuh atau terhantuk kepala, Dhiya akan usap tempat sakit tu..
Dhiya suka lompat-lompat untuk buat adik ketawa..
Dhiya selalu pimpin tangan abang bawa jalan-jalan keliling bilik..
Dhiya selalu duduk atas abang dan peluk kuat-kuat..
Dhiya selalu cium pipi abang bila abang menangis..
Dhiya selalu tarik tangan abang bila nak makan..
Dhiya akan siapkan bantal abang bila nak minum susu..
Ahhhhhh.. Macam-macam lagi yang Dhiya buat untuk menunjukkan kasih sayang pada abang dan adik..
Aku yang menjadi penonton setiap perlakuan Dhiya..
Kadang-kala menitis airmata gembira..
Terharu sebab Allah kurniakan Dhiya hati yang penyayang pada keluarga..
Alhamdulillah, syukur..

Ada orang kata Dhiya anak yang cantik..
Ya, cantik.. Bukan comel..
Incik Hubby cerita kawan-kawan kata Dhiya ni cantik..
Kalau dah besar nanti, mesti jadi rebutan..
Dan aku yang mendengar, mula rasa bimbang..
Takut Dhiya terpedaya dengan tipudaya dunia..
InsyaAllah aku cuba bagi didikan yang sempurna dunia dan akhirat buat Dhiya..
Moga Dhiya membesar menjadi anak yang solehah..
Mudah-mudahan.. Ameen..

Terlalu banyak sebenarnya kalau aku nak cerita tentang Dhiya..

Dhiya anak yang baik..
Dhiya anak yang manis..
Dhiya anak yang manja..
Dhiya anak yang sopan..
Dhiya anak yang solehah..
Segalanya tentang Dhiya..



*Selamat Ulang Tahun Yang Ke-3 sayang Ibu.. Tak sedar, sekejap je masa berlalu.. Teringat saat Ibu mengandungkan Dhiya dalam keadaan kita diuji dengan pelbagai dugaan.. Alhamdulillah, kita berjaya tempuhi segalanya.. Dhiya umpama sinar yang menerangi lagi Syurga Addin kita.. Sebanyak mana kasih sayang yang Ibu miliki, sebanyak itu la yang Ibu hamparkan buat anak-anak.. Dhiya permata hati Ibu, doa Ibu akan selalu bersama-sama Dhiya walau di mana pun Dhiya berada.. Moga kasih sayang dan restu Ilahi akan sentiasa hadir buat Aisy Dhiya Sufia*

**Teringat waktu usia Dhiya setahun setengah.. Dhiya nampak aku menangis.. Dhiya pergi cari kain untuk lap air mata aku.. Ahhhh, perlakuan Dhiya lagi buat airmata aku laju menitik.. Dan titik-titik jernih itu masih lagi mengalir saat kata-kata ini ditulis.. Bersama sebuah senyuman..**

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 petang..

2 comments:

  1. Dhiya sayang adik dia sampai jeling sy bawa keluar adik dia..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.. sayang-sayang pun, kalau adik berdiri depan tv, dia pulak pi berdiri depan adik.. tak bagi adik usik tv dia..

      Delete