Thursday, February 5, 2015

~Sudah Sampai Masanya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Innalillahiwainnailaihiroji'un..

Daripada NYA kita datang dan kepada NYA kita kembali..

Malam ini menerima satu lagi berita sedih..
Bekas rakan sekerja sewaktu di AmInvestment dulu..
Mohd Hairizan atau Abang Joe telah kembali mengadap Pencipta..
Khabarnya serangan jantung..
Ianya disahkan oleh isterinya yang sempat menyampaikan khabar duka ini kepada rakan yang lain..
Sudah sampai masanya untuk Abang Joe menepati perjanjian dengan Yang Maha ESA..

Perkenalan Kali Pertama..

Aku kenal dengan Abang Joe sewaktu aku mula-mula bekerja di AmInvestment..
Waktu itu masih lagi menggunakan nama Arab Malaysian Unit Trust..
Tahun 2001..
Abang Joe orang yang bertanggungjawab menguruskan pendaftaran aku untuk menduduki FMUTM exam..
Bermula dari situ kami mula berhubung sebagai rakan sekerja..
Abang Joe yang aku kenal sangat penyabar orangnya..
Sangat jarang untuk tengok Abang Joe marah walaupun kerjanya banyak tekanan..
Kalau tengok dari gaya, nampak Abang Joe macam pemalu..
Abang Joe jugak agak pendiam dan sedikit kalut..
Suaranya pun perlahan saja..
Orangnya jugak tak lokek ilmu dan sangat senang memberi bantuan pada yang memerlukan..
Abang Joe jarang membazir masa dengan benda tak berfaedah..
Rasanya ramai yang senang bekerja dengan Abang Joe..
Ini ada la pandangan aku selaku orang yang pernah bekerja dalam satu jabatan dengan Abang Joe..
6 tahun aku disitu..
Selepas meletakkan jawatan..
Sesekali aku ke sana melawat teman-teman, berjumpa juga dengan Abang Joe..
Masih berperwatakkan yang sama..
Hingga la aku sudah tak punya kesempatan ke sana..
Maka silaturrahim itu berkesinambungan di MukaBuku..
Dan kemudian ditambah dalam group Whatsapp ex-staff AIS..
Kali terakhir aku dengar khabar Abang Joe..
Tahun lepas, penghujung December dia sangat gembira setelah dikurniakan satu-satunya puteri setelah mendapat 4 putera..
Abang Joe baru saja menyambut hari Ulang Tahun Yang Ke-40 pada 1 January yang lalu..
Biarpun ramai yang mendoakan moga Abang Joe dipanjangkan usia..
Namun perjanjian dengan Allah mengatasi segalanya..
Maka "pergi" la Abang Joe menemui Penciptanya..
Abang Joe meninggalkan cerita yang baik-baik saja pada aku..
Agak terkesan juga dengan berita ini..
Aku sampaikan khabar duka ini pada Incik Hubby..
Abang Joe juga tidak asing pada Incik Hubby..
Mengucap panjang Incik Hubby..

Pergi la Abang Joe..
Doa saya InsyaAllah mengiringi "perjalanan" Abang Joe..
Moga Allah kurniakan Abang Joe anak-anak yang soleh dan solehah..
Buat menjadi "bekalan" di alam sana..
Kepada isteri Abang Joe..
Bersabar dan tabah la kak menerima takdir Yang Maha ESA..
Mata yang memandang tentu takkan sama hati yang merasa..
Saya doakan kak dikurniakan kekuatan dan semangat untuk menghadapi hari-hari seterusnya tanpa insan tercinta..

Buat teman-teman yang mengenali Abang Joe..
Kenang la dia dalam doa dan zikir yang berterusan..
Dia pernah hadir dalam hari-hari kita..
Suaranya pernah bergema dalam pendengaran kita..
Kelibat dia pernah bermain di depan mata kita..
Tawa kita pernah tercipta bersamanya..
Simpan la kenangan itu..
Moga di suatu masa, lipatan memori itu bakal kita undang kembali kehadirannya..


*Tenang la kau disana.. Disisi NYA..*

-AkU-
Syurga Addin..
00:27 tengah malam..


1 comment: