Friday, April 3, 2015

~34 Sudah, Tahun Ini..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Malam ni semua anak-anak tidur awal..
Dah seminggu diaorang pakat tidur atas pukul 1 pagi..
Adoiiiii.. Memang mamai la Ibu bila bangun pagi tak cukup tidur..
Sambil tengok movie Fast Five sambil tulis entry..
Ini la baru dapat tengok TV, pasal queen of TV dah lena.. Ekekekekee...


Sekejap sungguh la masa berlalu..
Sedar-sedar dah masuk 34 umur aku..
Rasa macam baru semalam usia 23 tahun.. Muahhaahaa.. Melampauuuuu..

Tahun ni macam best sikit je sambut hari ulang tahun..
Pasal banyak juga perancangan yang menjadi nyata..
Biarpun tak sempurna seperti dirancang..
Tapi sekurang-kurangnya separuh sempurna..
Itu dah lebih dari cukup berbanding tak ada langsung..

Alhamdulillah, syukur..
Segala puji bagi Allah swt yang mengizinkan untuk aku terus bernafas di bumiNYA ini..
Memberi kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan..
Serta rezeki yang berterusan..
Mengurniakan suami yang hampir perfect 10.. Hehehe..
Anak-anak yang menyejukkan mata dan hati..
Keluarga yang bahagia aku miliki..

Aku jarang sangat-sangat nak sambut hari ulang tahun..
Seingat aku, last sekali aku menyambut..
Kalau boleh dikira menyambut la..
2 tahun lepas kalau tak silap..
Itupun keluarga di Kampung Dusun yang meraikan aku..
Seronok sangat time tu..
Dah tua-tua pun dapat hadiah jugak.. Kehkehkeh..
Tahun ni sambut dengan suami dan anak-anak saja..
Sambut sekali dengan Iyad..
Hari tu punya entry dah tunjuk kek agar-agar Iyad..
Yang ni, kek agar-agar aku pulak.. Heehehe..

*Ini la kejadian kek agar-agar tu.. Bila dah jadi, macam cantik sangat.. Hehehe..

Seronok bila first time buat menjadi..
Incik Hubby pun suka..
Anak-anak tak usah cerita laa..
Lagi la suka..
Tapi tak sambut hari yang sama..
Pasal Incik Hubby outstation..
Tapi sempat dia hantar ucap selamat..
Incik Hubby tidak la romantic mana..
Tapi sesekali ayat dia, buat hati aku kembang setaman.. Ekekekekee..
Cair habis la baca ayat dia..
Terharu la, pasal selalunya dia mana nak ingat benda-benda remeh macam ni..
Tapi untuk tahun ni dia boleh ingat..
Hadiah Incik Hubby ??
Ada laa.. Mana boleh bagitau.. Nanti yang baca jeles.. Ekekeekeke..

Bulan lepas, Incik Hubby bawak kami jalan-jalan di Central Market..
Dah lama tak berjalan santai-santai dengan anak-anak..
Kami jarang sangat dapat keluar suka-suka macam ni..
Iya la, Incik Hubby sibuk..
Seminggu, empat hari dia outstation..
Jadi bila ada masa terluang, dapat la kami manfaatkan sepenuhnya..
Incik Hubby belanja makan..
Katanya sambutan tertangguh besday girl.. Girl ya.. Jangan jeles.. Muahahahaaha..
Sehari suntuk kami berjalan..
Malam, baru sampai rumah..
Anak-anak pun seronok sangat dapat keluar..
Incik Hubby cakap, lain kali kalau ada masa kita keluar lagi macam ni ya..
Wooooo, mengangguk je la aku.. Hahahaaha..

*Masa lalu kat Jalan Silang, rasa macam kita pulak pelancong.. Penuh dengan orang-orang ni saja..

*Waktu dalam perjalanan pergi, diaorang ni boleh bantai tidur..

*Muka masing-masing duk pandang keliling.. Maklum la, jarang sangat pergi mall..

*Ini la yang Incik Hubby belanja makan.. Sedappp..

*Suasana kat dalam ni banyak yang tak berubah..

*Babai CM, lain kali kami mai lagi..

*Ini kek red velvet dan sweater hadiah dari Adik kami, Amir Zahari..

Terima kasih Amir..
Kek tu memang sedap..
Tukang makannya Dhiya dan Iyad..
Cantik sweater tu..
Sama kaler dengan beg laptop aku.. 
Bertambah dah koleksi sweater aku..

*Terima kasih buat teman-teman dan keluarga yang sudi mengucapkan selamat ulang tahun melalui fesbuk, whatsapp, sms.. Terima kasih juga buat doa kalian untuk aku.. Moga Allah swt saja yang dapat membalasnya.. Moga aku terus tabah, sabar dan matang untuk terus berjalan menyusuri ranjau-ranjau kehidupan sepanjang usia.. InsyaAllah.. Ameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
00:27 pagi..

4 comments:

  1. nak balik sweater tu boleh? hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii.. Oiii.. Apa ni ?? Buruk siku ya ?? Dhiya pi karate nanti.. Jangan memain.. Ekekeekeke..

      Delete
    2. Dhyia kelemahan dia bg coki2 je.. boleh dikawal..

      Delete
    3. Shokeyet - sebutan Dhiya untuk cokelat.. hahaha..sebungkus tu sekali hadap je..

      Delete