Tuesday, September 15, 2015

~Status kehidupan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lama dah tak bersiaran disini..
Sibuk juga dengan tugas seharian..
Dengan perniagaan online..
Dengan usaha menghabiskan manuskrip..
Tak menang tangan..
Ruangan ini pun dah dipenuhi sawang..
InsyaAllah, aku try juga post entry baru..
Sekurang-kurangnya sekali sebulan..
Blog ini juga sebagai latihan menulis..
Cuma lebih banyak draft dari entry penuh..
Hehehehe.. Orang perasan sibuk, gini laa..

Oke la..
Mari kita bermula..



Status ni aku muat naik di post fesbuk semalam..
Kata-kata ini aku tuliskan setelah selesai membaca sebuah novel "terlarang"..
Kenapa terlarang ???
Sebab novel ini lebih banyak memuatkan kisah yang tak sepatutnya dibaca oleh anak-anak di bawah umur..
Watak dan jalan cerita di dalam novel itu lebih kurang 60% bersamaan dengan kisah kehidupan aku..
Maka setelah aku huraikan keseluruhan kejadian hingga ke hari ini..
Itu la kata-kata yang paling tepat merumuskan siapakah aku..
Hanya yang betul-betul kenal aku, maka akan tahu makna sebenarnya..
Kalau selalunya orang menulis sesuatu akan kata, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang meninggal dunia..
Tapi apa yang aku tuliskan itu ada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..
Benar, itu hakikat sebuah kehidupan..
Dan aku belajar dari pengalaman yang bukannya sedikit..
Selangkah demi selangkah aku hayun kaki..
Mencari sebuah makna kehidupan..
Di usia 34 tahun ini..
Masih belum puas aku terokai susur galur dugaan mahupun persimpangan ujian..
Tetap belum lelah aku harungi arus deras masalah dan gelombang kesusahan..
Kalau la ini semua yang bakal menjadikan aku seorang insan, maka aku rela dan redha..
Moga rahmat dan kasih sayang Allah swt akan sentiasa bersama-sama aku dalam perjuangan ini..
InsyaAllah, ameen..



Malam ini, sementara menunggu Incik Hubby pulang dari mencari rezeki..
Aku berteman sebakul rambutan gading yang dikirimkan melalui Incik Hubby oleh sahabat tercinta dari Kg. Dusun..
Alhamdulillah, rezeki..
Terima kasih kerana ingatan tulus ikhlas keluarga di Kg. Dusun buat saya di kota Metropolitan ini..
Moga dipermudahkan rezeki dan dikurniakan kehidupan yang penuh dengan kasih, sayang dan cinta buat kamu sekeluarga..
InsyaAllah, ameen..

Moga bertemu lagi kita di lain entry..
InsyaAllah, sebaik-baik janji..

-AkU-
Syurga Addin..
00:07 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment