Sunday, November 1, 2015

~Draft entry..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"Saat senyum mekar terukir..
Hariku bagai pelangi menghiasi..
Tika tawa itu bergema..
Mimpi pun bertaut menghias lena..
Kau hadir sementara cuma..
Bak semilir menyapa dedaunan..
Berlalu tanpa pamitan..
Kini aku sendiri merenung bulan..
Menghitung bintang..
Lantas membuka lembaran duka..
Bila airmata itu jatuh..
Tanpa kusedari hatiku turut hancur..
Lalu impian itu terus terkubur.."


Ini adalah komen yang aku tulis untuk entry dalam blog adik aku..
Puisi itu hanya separuh saja..
Ianya berusia lebih kurang empat tahun lebih..
Puisi itu lahir ketika Imad masih lagi berkongsi nafas dengan aku..
Ia bukan untuk siapa-siapa..
Hanya untuk aku..
Luahan hati seorang wanita, isteri dan bakal ibu..
Sebahagian lagi puisi itu adalah..

"Sepi itu hadir lagi..
Bertaut bagai lembayung senja dikaki langit..
Biarpun damai namun warnanya menghibakan hati..
Tubuh itu masih teguh di tepi jendela..
Walau tempias gerimis menyapu wajah..
Masih kejap mata itu merenung alam..
Memohon semangat.. 
Merayu kekuatan..
Saat maruah menjadi taruhan..
Tika harga diri dipersendakan..
Mereka tahu apa ???
Lidah yang melakar kata..
Bahasa tanpa jiwa..
Maka terserlah sebuah percaturan hina..
Menyentap nurani..
Menggegar sanubari..
Menyingkap tabir rahsia..
Sebuah "syurga agama"..
Yang dihuni insan-insan jahil..
Tentang perihal kemanusiaan..

Malam tadi, duk belek-belek draft entry..
Ternampak pulak entry yang ini..
Duduk dalam kotak draft dari tahun 2011..
Huhhh !!! Lama sungguh..
Since malas nak up topic baru..
So, saya publish je la topic lama ni ya..
Next entry kita cari topic baru..
Hehehehe..

Malaikat-malaikat kecil saya dah lena..
Saya je yang terkebil-kebil melayan keras mata..
Duk belek fesbuk, takde isu best..
Blogwalking pun tak berapa happening..
Nak sambung manuskrip, charger laptop tak jumpa..
Nak menulis hard copy, lampu dah terpadam..
Serba tak kena..
So, layan baca entry lama-lama..
Dan komen-komen yang pernah singgah..

Hehehe..
Kelakar pulak baca tulisan sendiri..
Ada yang mengundang senyum, ketawa dan air mata..
Perasan bercampur baur..
Oke laa.. Asam garam kehidupan..
Tak semuanya manis dan tak semuanya pahit..
Segalanya telah diadun sempurna oleh Yang Maha Esa..
Liku-liku hidup yang perlu dilalui..
Bersyukur Allah masih anugerahkan nyawa kepada kita..

Alhamdulillah, syukur..

**Setiap kali saya baca puisi ini.. Segala-galanya pasti terbayang semula.. Dan kesedihan bertamu.. Sedih kerana wujud manusia-manusia yang bertopengkan agama untuk mendabik dada.. Mengaku keimanan yang tinggi, namun dalam hati penuh hasad dengki dan iri hati.. Dan takdir telah meletakkan saya hadir dikalangan mereka.. Hmmm..**

-AkU-
Syurga Addin..
01:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment