Thursday, November 5, 2015

~Gurau Senda Suami Isteri..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt..

Hidup antara suami dan isteri ini..
Adakala tenang adakala gelombang..
Itu lumrah kehidupan berumahtangga..
Yang penting cara kita tangani apa saja keadaan..
Hubungan suami isteri ini perlu wujud dalam pelbagai situasi..
Maka hari-hari yang dilalui akan penuh dengan bermacam pengalaman..
Tak perlu terlalu serius..
Sesekali perlu ada gurau senda untuk mengeratkan lagi hubungan..

Minggu lalu sewaktu Incik Hubby nak pergi outstation..
Saya saja la tanya..

"Abang pi sorang ja ka ?"

Dia jawab sambil tersengih..

"Pi dengan gelpren baru."

"Oooo.. Ya ka ? Ambik kat mana gelpren ?"

Saya tanya lagi..

"Ambik kat rumah dia la.. Nak bawak pi jenjalan makan angin."

Sengih dia tak hilang..

"Kirim salam la kat gelpren baru ya.. Cakap kat dia, jaga boipren kita ni baik-baik.. Takut hilang tengah jalan.. Dua-dua nanti melepas.."

Hahahahaha.. Incik Hubby gelak besar..
Saya sengih-sengih je la..

"Apahal gelak ?" Saya tanya dia..

"Sayang tak marah ke Abang jawab gitu ?"

Kita tanya dia, dia tanya kita balik..

"Laaa.. Nak marah buat apa.. Bukan benda serius pun." 

Saya sambung main Candy Crush..

Incik Hubby kata, tak semua isteri boleh terima gurau macam tu..
Ada yang marah, menyampah, buat muka..
Kalau suami keluar joke macam gitu..
Saya kata, hanya isteri yang tak kenal suami dia je akan marah kalau suami buat joke macam gitu..
Alhamdulillah, dah 11 tahun terikat dengan Incik Hubby..
Saya sudah faham bicara tersurat tersirat dia..
Boleh agak bahasa tubuh dia..
Agak pasti tindakan dia terhadap sesuatu perkara..
Sebab tu saya cakap dengan Incik Hubby, jangan sesekali bohong saya..
Saya boleh baca raut wajah dia dalam apa situasi pun..
Itu keistimewaan kurniaan Allah swt pada saya..
Alhamdulillah..


**Bergurau senda la suami isteri.. Sesekali itu perlu.. Untuk mengeratkan lagi hubungan dan kasih sayang.. Bukan semua perkara kita perlu ambil serius.. Ada perkara yang harus kita tangani dalam keadaan santai.. Untuk isteri, sesekali perlu buka minda untuk gurauan sebegitu.. Kerana lelaki ini, lagi kita berkeras.. Lagi la dia suka buat perangai.. Lagipun gurau senda suami isteri kan dapat pahala.. Sekadar pandangan dari pengalaman saya..**

-AkU~
Syurga Addin..
22:37 malam..



0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment