Tuesday, December 29, 2015

~Suatu Kisah Di Musim Yang Lalu..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum...

"...Andai sudah tiba masa,
Dan tiada jodoh kita,
Biar kita berpisah,
Dari merana..."

Bait-bait lirik puitis lagu Dato' Siti..
Bicara Manis Menghiris Kalbu..
Ini kata-kata yang tepat untuk bicara kita kali ini..

Penghujung Syawal yang lalu..
Saya mendapat panggilan dari sahabat saya "N"..
Minta saya berjumpa dengannya..
Jangan tidak-tidak, kata dia..
Disebabkan lama dah tak bersua, dan masih lagi mood Syawal..
Maka, saya bawa anak-anak ke rumah N....
Berbicara tentang kehidupan masa silam adakala mengundang tawa dan air mata..
Kalau la punya peluang kembali menyusuri kenangan yang lalu..
Alangkah seronoknya..
Bukan untuk mengubah sejarah, sekadar melewati hari-hari suka duka masa lalu..
Tiba ke topik yang sepatutnya, saya hanya diam mendengar luahan bicara N..

Cerita duka N bermula 2 minggu sesudah kita bergembira menyambut Syawal..
Kisahnya berkenaan suami yang telah menemui cinta baru..
Kata N, dia tidak kisah bermadu.. Tiada larangan untuk suaminya berkawin satu lagi..
Akan tetapi, tunaikan dulu janji-janji yang dilafazkan sebelum ini..
Janji suami untuk melengkapkan kehidupan mereka seandainya dia ingin menambah "cawangan"..
Kata suami, dia tidak akan sesekali mencari yang lain andaikata kehidupan mereka belum cukup sempurna..
Namun janji hanya tinggal janji..
Hanya 2 minggu setelah melafazkan janji itu, dia memungkirinya..
Kisah sebenarnya, suaminya sudahpun mempunyai calon madu buat N..
Yang bagusnya N tidak melatah.. Masih cuba berbincang untuk satu kata sepakat..
Cuma di pihak ketiga "D" yang seringkali membuat rumahtangga N berantakan..
Dan terjadi pertelagahan antara N dan suami..
Pengakhirannya N mencari saya untuk mengadu nasib dan memohon sedikit pengertian dan nasihat..
Benar, saya bukan la arif dalam situasi ini..
Tetapi tak salah sekadar memberikan pandangan dan kata-kata semangat..
Alhamdulillah, kata N dia masih boleh bersabar dan menerima ujian Allah ini dengan penuh redha..
Saya pulang dengan janji untuk terus berhubung dari semasa ke semasa..

2 minggu saya terus bertanya khabar N..
Dan setelah itu saya diamkan diri untuk memberi ruang N terajui kehidupannya tanpa "suara" saya..
Setelah sebulan berlalu.. Hati saya merasakan sesuatu..
Saya tahankan diri dari menghubungi N..
Hingga la suatu hari.. N menghantar sms di ketika jam telah pun mencecah ke satu pagi..
Saya yang ketika itu belum terlena, terus menghubungi N..
Mula-mula sekadar cerita biasa..
Setelah itu, N mula membuka kisah baru yang terjadi dalam hidupnya..
Katanya pergaduhan antara dia dan suami bermula setelah pihak ketiga "D" ingin memutuskan perhubungan..
N menghubungi D untuk memujuk agar kembali kepada suaminya..
Tak cukup melalui telefon, N pergi pula ke rumah D dengan niat yang sama..
Tak sangka bertemu suaminya di sana..
Pertemuan yang tak disangka itu menerbitkan amarah di pihak suami..
N dimaki dan dikasari di hadapan umum..
Suaminya menyeret N untuk pergi dari tempat itu..
Di atas motor yang bergerak laju, N cuba memujuk suaminya..
Tak disangka, suaminya yang masih dalam amarah, membelok masuk ke perkarangan balai polis..
Dipanggil seorang pegawai polis ke luar balai..
Mengadu tentang N mengganggunya..
Dan yang paling N tidak sangka, kata-kata dari suaminya waktu itu..

"AKU CERAIKAN KAU !"

Pegawai polis yang menjadi saksi, terpinga-pinga ketika melihat suami N berlalu pergi..
Namun sempat dia menjerit.. "Kenapa ni Encik ?"
Suami N kembali semula menyambung lafaz..

"AKU CERAIKAN KAU TALAK TIGA !"

Suaminya terus berlalu..
Dan N bagai patung, terus kaku di situ..

Saya hanya terdiam saat N mengakhiri ceritanya dengan esak tangis yang berpanjangan..
N tanya, mengapa saya diam tanpa ada riak terkejut..
Saya katakan pada N, hati saya sudah terasa perkara ini bakal berlaku..
Tetapi saya takut untuk menyatakan pada N..
Saya sudah bersedia untuk perkhabaran yang sebegini, maka tiada rasa terkejut bila mendengar cerita N..
Kata N..

"Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal.. Sekurangnya aku boleh bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang macam ni.. Patut la kau senyap je dari tadi, tak ada rasa terkejut pun.."

Nasihat saya kepada N.. Sudah la.. Benda dah berlaku pun..
Buat la apa yang sepatutnya..
Apa pun yang terjadi, hidup mesti diteruskan..
N perlu kuat, tabah dan sabar.. Sementelah N punya 2 cahaya mata yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang..
Tentang kisah N dan suaminya..
Itu semua satu pengajaran buat saya demi menempuhi kehidupan berumahtangga..

Kisah N ini, seperti tayangan drama yang seringkali kita tonton di kaca tv..
Konflik kehidupan yang diolah penulis skrip dan pengarah..
Dilakonkan oleh mereka-mereka yang berbakat dengan arahan dan tunjuk ajar yang berterusan..
Namun kehidupan N ada la realiti..
Skrip dan arahan dari Yang Maha Esa..
Lakonan yang tiada "cut" mahupun "action"..
Tiada edit, pemotongan atau tayangan semula..
Ini antara secebis kisah kehidupan masyarakat yang berlaku di sekeliling kita..
Dan terpulang pada kita untuk mengambil iktibar atas segala kisah yang terjadi..
Yang baik, kita ambil sebagai teladan..
Yang buruk kita jadikan sempadan..
Buat meniti hari-hari kita di muka bumi ini, selagi nafas masih belum terhenti..



*Ada sambungan kisah N ini.. Akan saya kongsikan di entry yang baru nanti.. InsyaAllah..*

-AkU-
Syurga Addin..
10:57 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment