Tuesday, February 23, 2016

~Bestday Si Budak Kerinting..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Petang-petang gini teman anak-anak mandi kolam..
Seronok pulak diaorang main air..
Ibu ni tahan hati je nak berendam sama.. hahaha..
Sambil-sambil jadi mak guard ni..
Update la satu entry..
Jenuh nak curi masa menulis.. aduhaiii..

11 February yang lalu..
Hari ulang tahun kelahiran anak teruna bongsu saya yang ke 2 tahun..
Dah besar Iyad ni..
Teringat lagi saat-saat kelahiran dia..
Bila tengok Iyad hari ini..
Rasa macam cepat sangat Iyad membesar..


Time besday Kak Dhiya, Ibu dah buat pavlova..
Untuk besday Iyad ni Ibu buat kek pisang topping chocolate..
Saja try kelainan.. hehehe..
Alhamdulillah, anak-anak makan..

Petang hari tu Iyad ada routine check up dengan Klinik Ibu dan Anak Gombak..
Ibu bawa Iyad dan Kakak Dhiya teman..
Sementara nak tunggu no dipanggil..
Iyad dan Kakak Dhiya duk main-main kat perkarangan klinik..
Tiba-tiba ada seorang budak perempuan ni duk rapat-rapat kat Iyad..
Iyad ni pemalu budaknya..
Jenuh tersengih dan melarikan diri bila girl tu datang mendekat..
Sempat la Ibu snap telatah anak-anak kecik ni..
Menonton gelagat mereka, tak sedar masa berlalu..
Alih-alih no dipanggil..
Girl tu siap melambai Iyad masuk bilik doktor.. hahaha..
Aduhaiiii anak.. Ramai betul peminat Iyad..
Hari tu ada sorang anak Cina duk ngendeng Iyad..
Agaknya diaorang geram dengan rambut kerinting dan senyum senget Iyad agaknya.. hehehe..






*Ibu sayang semua anak-anak Ibu.. Tak ada beza kasih sayang ini.. Dan doa Ibu juga tetap ada untuk setiap anak.. Kadang-kadang bila ada masa terluang.. Selalu Ibu terfikir.. Apa akan jadi pada anak-anak sekiranya Allah jemput Ibu lebih awal, sebelum anak-anak sempat membesar.. Dan persoalan ini membuat air mata Ibu bagaikan hujan lebat..*

-AkU-
Syurga Addin..
18:07 petang..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment