Friday, April 15, 2016

~Kembali Bersiaran..~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum wbt...

Saya kembali bersiaran..
Alhamdulillah..
Allah panjangkan usia saya dan jodoh saya bersama blog Syurga Addin.. hehehe..
Dah lama rasanya "bercuti"..
InsyaAllah, boleh mula mengarang semula..

Minggu lalu sebelum Incik Hubby pi outstation..
Sempat kami berbincang secara aman..
Kata sepakat dah dipersetujui..
Kata Incik Hubby, dia beri keizinan saya untuk terus menulis..
ASALKAN.. Saya menjaga maruah suami, tidak berlebih-lebih dalam penulisan dan tulisan yang baik-baik sahaja..
Hehehehe.. Takde hal la semua tu..
Incik Hubby faham..
Saya tanpa penulisan ibarat jasad tanpa nyawa..
Kebaboom sungguh metafora dia.. hahahaha..

Sepanjang tempoh "berpantang blog" ni..
Saya rajin update status di fesbuk..
Bukan la hari-hari..
Tapi sekurang-kurangnya seminggu dua kali saya bertukar status..
Banyak kisah-kisah yang ingin saya kongsikan..
InsyaAllah saya cuba update beberapa entry yang sempat ditaip oleh tangan..

Mohon doakan moga hati saya kuat menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa.. InsyaAllah, Ameen..

*Kalau ada yang sudi menanti entry terbaru dari saya, Alhamdulillah.. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga.. Dan maaf juga buat yang sempat tinggalkan komen, lambat pula saya reply sebab dah lama tak menjengah ke Syurga Addin ini..*

-AkU-
Syurga Addin..
03:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment