Saturday, April 16, 2016

~Suatu Kisah Di Musim Yang Lalu 2..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Masih ingat cerita tentang teman saya, N ?
Kisah duka dia dicerai talak tiga oleh suaminya..
Ini sambungannya..

Setelah hampir sebulan peristiwa itu..
Saya paksa N pergi ke Pejabat Agama untuk memfailkan penceraian mereka..
Suaminya sudah pun mengikut cinta hatinya ke Borneo..
Bertungkus lumus la N cuba menyelesaikan apa yang patut..
Saya hanya mampu beri semangat dan kata-kata dorongan sahaja..
Ditetapkan perbicaraan pada 31 December 2015..
Permulaannya N minta saya hadir sekali sekadar menemani dia di sana nanti..
Tetapi lagi 2 hari sebelum perbicaraan, kata N saya tak perlu hadir..
Bila tanya kenapa..
Jawabnya sekadar menghormati permintaan terakhir suaminya..
Saya kata pada N, bukan saya nak serang dia pun..
Hanya sekadar pemerhati..
Balas N..

"A tak nak kau ada sekali.. Biarpun kau tak akan marah atau serang dia.. Tapi kata-kata lembut kau tu menusuk sampai ke dalam jiwa.. Dia tak sanggup.. Hanya dengan kau dia kalah dalam berkata-kata.. Biarpun kau tak maki dia, tapi ayat kau macam mata pedang.."

Saya hanya terdiam..
Tak sangka begitu sekali yang dia rasa..
Sebelum ni memang pernah saya menasihati A..
Mungkin kerana sudah lama tak bersua..
Maka A lupa segala kata-katanya dulu..

Saya ambil keputusan tidak hadir ke mahkamah..
Biar la mereka selesaikan segalanya sendiri..

Sebulan selepas N sah bercerai..
Kami bertemu lagi..
Masih berkisar tentang kehidupannya..
N juga beritahu bahawa ibu mertuanya sudah lama ingin mereka bercerai..
Bukan sekali dua disuruh anaknya menceraikan N..
Macam-macam alasan direkacipta supaya mereka berpisah..
Nauzubillahiminzalik..
Saya tak pernah sangka sesulit itu kehidupan N.. Katanya bekas suaminya nak kawin dengan cinta hati dia..
Cuma yang dia terkilan sangat..
Belum sempat berjabat tangan dengan tok kadi..
Mereka sudah tinggal serumah..
Di rumah keluarga mertua N..
Ini disahkan oleh dua orang anak N yang kadang kala tinggal bersama bapa mereka..
Dan mertua N hanya diam tanpa membantah perilaku sumbang anak mereka..
Kata saya.. Allah sudah selamatkan kau dari fitnah dunia..
Bersyukur la kau sudah tiada huhungan dengan A..
Bersangka baik.. Allah nak beri yang lebih baik dari A..
Saya lihat ada mutiara jernih gugur satu persatu di wajah N..
Menangis la N..
Jika itu boleh membasuh luka dalam hatimu..
Andai itu mampu merawat duka sendumu..
Kira itu akan membuat kau lebih kuat menghadapi dugaan hidup..
Menangis la..


*Kuat dan tabahnya teman saya ini..
Hebat lagi ujian yang diterima berbanding saya..
Membuatkan saya bersyukur dengan kehidupan saya kini..*

-AkU-
Syurga Addin..
02:17 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment