Monday, August 15, 2016

~Syawal Yang Meriah..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah seminggu lebih Syawal melambai pergi..
Dari sehari ke sehari saya mencuba untuk publish entry tentang Syawal..
Namun setiap kali itu ada perkara yang lebih mustahak muncul..
Alhamdulillah, kali ini terlaksana juga..

Syawal saya setiap tahun tak banyak beza..
Seperti tahun-tahun yang lalu, saya masih lagi menyambutnya di Kuala Lumpur bersama anak-anak dan keluarga saya..
Cuma tahun ini agak istimewa juga..
Nanti saya ceritakan..

Pagi Syawal yang pertama, saya di rumah sendiri..
Menyiapkan apa yang patut sebelum berhari raya bersama Mak dan Papa serta adik-adik..
Juadah wajib hari raya sama setiap tahun..
Cuma tahun ini saya agak rajin sikit menyiapkan kuih-muih raya..
Pertama kali rumah saya dihiasi kuih raya.. Hahaha..
Memang teruja sangat, bila kuih yang saya buat menjadi..
Sebelum ni saya risau jika membazir saja kiranya kuih tak menjadi seperti yang diharapkan..
Alhamdulillah, Allah permudahkan..


Raya Berkeluarga..

Setelah 5 tahun tidak menyambut raya bersama..
Tahun ini sempat saya jumpa kakak yang kelima ini di petang Syawal yang pertama..
Tokey Santan ni memang sibuk walau hari raya..
Ini pun sekejap saja di Kuala Lumpur..
Sempat berjumpa Mak dan Papa sebelum bergegas pulang semula ke Ipoh..



Syawal kedua pula, kakak sulung dan ketiga berhari raya di Kuala Lumpur..
Cekgu Pekan dan Kerani Langat.. Hehehe..
Saya menjamu mereka dengan laksa Penang..
Seronok bila adik-beradik datang berhari raya di rumah..
Cuma tahun ini tak sempat jumpa kakak ke 4 dan keenam, Doktor Kuantan dan Kerani Restaurant..
Hahahaha.. Semua memang ada nama glemer..
Ini la yang kami gunakan bila berchating di wassap..


Hari raya ke 4 Incik Hubby pulang ke Kuala Lumpur..
Sampai waktu malam di rumah kami, Incik Hubby request nak makan rendang dan ketupat..
Katanya tak lengkap hari raya tanpa juadah masakan saya.. Hehehe..
Pagi keesokan harinya saya hanya dapat sediakan nasi impit dan rendang ayam tua..
Daun kelapa sudah habis, maka hanya nasi impit saja la..
Dari pagi sampai ke malam, hanya itu juadah santapan Incik Hubby..
Alhamdulillah, air tangan saya menepati seleranya..

Raya Bersama Teman-Teman..

Tahun ini juga rumah saya meriah dengan kunjungan rakan-rakan..
Selain saya sendiri berkunjung ke rumah teman-teman..
Dan yang istimewanya, pertama kali berjumpa dengan rakan-rakan dari grup wassap..
Hampir setahun kami hanya bercerita di wassap..
Alhamdulillah, Syawal ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami..



Grup Wassap..

Ini antara grup wassap yang saya sertai..
Dan rakan-rakan ini sebahagian dari Grup Cari Cinta Allah..
Mereka berkunjung ke rumah saya waktu malam hari Jumaat..
Seronok bercerita sambil makan, hingga lewat malam..
Dari rumah saya, kami kemudian ke rumah rakan yang lain..
Mujur rumahnya tak jauh dari rumah saya..
Maka Incik Hubby izinkan saya pergi..
Lagi pula semuanya muslimat sahaja..
Sibuk bercerita lagi, hingga jam menginjak ke pukul 4 pagi..
Kami pun bersurai.. Hehehe..


Anak Asuhan..

Setelah 4 tahun tidak bersua muka..
Alhamdulillah, dapat juga meluangkan masa untuk berjumpa mereka..
2 anak teruna ini adalah anak asuhan saya dulu..
Walaupun hanya sempat beberapa bulan bersama..
Namun sudah saya anggap macam anak sendiri..
Pertama kali melihat saya hari tu, mereka menjerit "Cik De !"..
Terharu sungguh saya.. Hehehe..


Tahun ini juga pertama kali saya mengikut Incik Hubby ke HQ bersempena rumah terbuka HQ..
Seronok dah meriah sambutan Hari Raya di HQ..
Dalam pada tak mengenali sesiapa, dapat juga kawan-kawan baru di sana..



Tahun ni saya tak belikan bunga api untuk anak-anak..
Sebab anak-anak memang tak teruja dengan bunga api.. Hehehe..
Cuma nyalakan pelita di pagar rumah saja..
Yang ini mereka seronok..
Dan lagi excited, dapat tolong Ibu buat kuih raya..
Walaupun lebih banyak menyibuk dari membantu..
Tak apa la, janji mereka bahagia..


InsyaAllah tahun depan ada perancangan yang lain pula kami sekeluarga..
Jika diizinkan Allah, umur kami panjang dan dapat bertemu..
Moga Allah permudahkan segalanya..


*Incik Hubby ada hutang cuti 7 hari lagi dengan saya.. Hajat hati nak balik kampung Melaka.. Planning untuk Raya Haji nanti.. Harap-harap tak ada yang buat-buat lupa la cuti ganti tu.. Hahaha..*

-AkU-
Syurga Addin..
03:27 pagi..

2 comments:

  1. Bestnya kalau ada raya macamni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh la join family kami..
      Boleh la raya sesama.. Hehehe..

      Delete