Tuesday, October 11, 2016

~Gaya, Mutu, Keunggulan..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Petang semalam cuaca redup sangat..
Hujan gerimis muncul seketika..
Saat saya sedang melayan tetamu-tetamu istimewa..
Sedang berdiskusi, Incik Hubby call menitip pesan..

Packing Bag..

Incik Hubby outstation ke Kota Kinabalu..
Malam tadi pulang ke Kuala Lumpur, outstation di Semenanjung pula..
Setiap kali Incik Hubby outstation, saya yang akan siapkan segala persiapan..
Kata Incik Hubby, kerja saya "PERFECT 10"..
Hahaha.. Tak ada la perfect mana pun..
Ada ketika lupa juga apa yang patut..
Kata Incik Hubby, dia sangat percaya dan selesa jika saya yang packing beg dia..
Sebab saya tau apa keperluan dia dan dia tak perlu check beg tu semula untuk pastikan kandungan yang menepati jadual kerja dia..
So far Alhamdulillah, tak pernah mencacatkan kerja-kerja Incik Hubby sewaktu outstation..
Saya punya cara tersendiri untuk packing barang..
Disiplin yang diajar oleh Papa saya sewaktu kecil dahulu..
Dulu, setiap kali kami sekeluarga ingin pulang ke kampung atau bercuti kemana-mana..
Setiap orang akan punya kerja sendiri yang diamanahkan..
Saya biasanya dapat bahagian toiletries sebab itu antara kerja yang paling mudah buat anak kecil seperti saya waktu itu..
Tapi jika terlupa satu barang, impaknya sangat besar sebab melibatkan seluruh ahli keluarga..
Waktu ini, kami diajar tentang amanah dan tanggungjawab..
Cukup sekali kesalahan, selepas itu kami akan pastikan amanah dan tanggungjawab yang diberi akan dilaksanakan dengan sebaiknya..
Disiplin ini la yang saya bawa hingga ke hari ini..
Jadi tak ada masalah jika saya perlu packing barang untuk Incik Hubby saja, atau untuk sekeluarga sekiranya kami perlu ke mana-mana..
Dan pastinya tiada sebarang bantuan sebab anak-anak masih kecil dan Incik Hubby serah segalanya kepada saya.. Hehehe..





Gosok Baju..

Saya akui, saya antara yang sangat cerewet sewaktu iron baju..
Ini juga disiplin yang diajar oleh arwah Mama sewaktu saya masih kecil..
Saya sudah mula menggosok baju sendiri seawal darjah 3..
Sewaktu bersekolah menengah, saya diberi amanah untuk settlekan baju-baju sekolah adik-adik yang lain..
Dan biasanya saya juga yang dipertanggungjawabkan untuk menggosok baju kerja Papa dan arwah Mama..
Baju arwah Mama kebanyakannya kurung sutera asli..
Memang waktu itu, setiap minggu saya akan marathon iron baju..
Entah berapa puluh helai saya perlu iron..
Dan arwah Mama pentingkan kesempurnaan..
Saat itu saya belajar cara menggosok baju dengan sempurna..
Pastikan garis di baju tidak ada double line, kain kurung dilipat sama dan digosok luar dalam, garis di bahu mesti sama dengan garis di lengan, cara gosok seluar, dan bermacam lagi..
Maka kerja-kerja menggosok saya akan sedikit mengambil masa sebab saya sangat teliti..
Saya sukakan kekemasan, jadi tak hairan la jika saya mengambil masa yang lama untuk sehelai baju kemeja.. Hehehe..
Kata Incik Hubby, tak ada orang boleh lawan cara saya iron baju..
Melampau betul bodeknya.. hahaha..
Dan hasilnya, Incik Hubby rasa sangat berkeyakinan bila memakai baju yang saya iron..
Penampilan itu penting bila kerja kita berjumpa dengan orang..


Pemilihan Baju..

Incik Hubby memang tak pandai pilih baju..
Boleh kata, 95% baju-baju dia saya yang pilih dan belikan..
Saya tak pernah tanya dia suka atau tidak sebelum beli..
Saya hanya perlu beli dan siapkan..
Dan setiap kali itu, dia akan suka dan pakai dengan gembira..
Pernah sekali saya beli sehelai kemeja putih berbelang biru..
Sampai dah agak pudar warnanya, dia masih nak pakai sebab katanya selesa dan suka pakai..
Hingga la kolar baju itu ada sedikit koyak, baru la Incik Hubby sudah tidak lagi memakainya..

Penjagaan Baju..

Baju-baju kerja Incik Hubby memang saya basuh tangan..
Dari awal kawin lagi, saya tak pernah guna washing machine untuk segala pakaian kerja dia..
Alhamdulillah, dengan penjagaan yang betul pakaian kerja Incik Hubby dapat bertahan lama..
Saya pernah belikan 2 suit untuk Incik Hubby, rasanya dah 10 tahun usia suit itu, tapi masih nampak cantik dan baru lagi..
Kerap juga Incik Hubby pakai suit itu..

Seronok sangat sebenarnya bila tengok suami kita bergaya dan berketrampilan hasil dari "kerja" isteri..
Dan lagi best bila suami suka puji isteri kerana menghargai setiap "kerja-kerja" itu..
Alhamdulillah, Incik Hubby tak lokek dengan pujian..
Dan saya juga pasti, kerana penampilan yang terjaga begitu, ramai juga yang tertarik hati dengan Incik Hubby saya.. hehehe..
Tak kisah la, maknanya kerja-kerja saya berhasil..
Gaya, Mutu, Keunggulan seorang lelaki..
Di sebaliknya, pasti ada seorang wanita.. isteri..

-AkU-
Syurga Addin...
07:57 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment