Sunday, October 30, 2016

~Isteri Separuh Masa..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Sudah 3 hari bersama anak-anak bercuti di Bandaraya Bersejarah..
Seronok anak-anak dapat berjalan..
Awalnya saya tak rasa nak pergi mana-mana..
Tapi bila fikir anak-anak..
Cuba minta izin dengan Incik Hubby..
Alhamdulillah, Incik Hubby izinkan..
Katanya, bila lagi nak berjalan rehatkan minda..
Nak tunggu dia entah bila..
Janjinya bulan Disember..
InsyaAllah kalau ada rezeki bercuti jauh kali ini..

Entry kali ini saya terpaksa sentuh tentang poligami..
Ada kawan yang minta saya buat ulasan..
Ada seorang dari grup poligami yang katanya alasan dia berpoligami adalah kerana penat jadi isteri sepenuh masa..
Beberapa kali juga diulang kata-kata yang serupa..
Bila ditanya apa beza isteri sepenuh masa dan isteri separuh masa..
Tak pernah dijawabnya..
Dan juga bila ditanya apa yang memenatkan dia..
Tetap tiada jawapan..

Bagi saya, bila sah saja lafaz ijab dan qabul..
Maka, sepenuhnya diri kita menjadi seorang isteri..
Tidak kira isteri nombor berapa sekalipun..
Saya tak pernah terfikir pun tentang isteri separuh masa ni..
Bagi saya, status "isteri separuh masa" ni bukan untuk wanita yang telah sah dinikahkan..
Maaf kata, ianya lebih sesuai untuk wanita simpanan..
Dalam perkahwinan, tiada istilah isteri separuh masa..
Kerana sebagai isteri, sepenuhnya kita terikat dengan suami..
Saya kurang setuju dengan pendapat sebegini..
Ramai juga teman-teman yang kurang setuju..
Cuma tidak pernah dapat penerangan yang selanjutnya bila ditanya..
Ideologi ini pada saya tidak sesuai untuk dikaitkan dengan institusi poligami..
Saya tak fikir mereka yang berpoligami adalah kerana tidak mahu jadi isteri sepenuh masa..

Mungkin saya orang yang kurang layak untuk memberi pandangan tentang poligami..
Sementelah saya tak punya ilmu yang cukup..
Agaknya kalau Incik Hubby bagi saya "adik baru"..
Mungkin kala itu baru saya boleh faham lebih dalam lagi maksud poligami.. Hahaha..
Ada lagi cerita tentang poligami..
InsyaAllah entry yang akan datang..
Ada cerita yang ingin saya kongsikan..
Pengalaman teman-teman sekeliling..


*Malam ini kami bertolak dari Melaka ke Kuala Lumpur.. Macam tak rasa nak balik je.. Hehehe..*

-AkU-
Bandaraya Bersejarah..
22:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment