Wednesday, December 21, 2016

~Sakit Penghapus Dosa..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

"Andai benar sakit itu penghapus dosa..
Maka aku rela kesakitan itu menghuni seluruh saraf tubuhku.."


Sudah sebulan lebih saya diduga dengan pelbagai kesakitan..
Hingga pada suatu saat saya fikirkan..
Inikah akhirnya kehidupan ?
Benar, itu pertanyaan saya saban waktu..
Bila kesakitan itu umpama menarik seluruh kudrat dari sekujur tubuh yang terus lemah..
Lantas ketika saya hanya mampu membuka mata memandang segenap ruang Syurga Addin..
Saya bersyukur, Allah swt beri satu ruang untuk saya belajar mengenaliNYA..

Minggu pertama saya diserang demam panas..
Katil menjadi tempat wajib untuk saya..
Hampir seluruh hari saya habiskan di situ..
Saat itu juga anak-anak turut sama demam..
Luruh hati saat menyuap makanan ke mulut anak-anak..
Masing-masing hampir hilang selera..
Hanya dua atau tiga suap yang sempat ditelan..
Setiap malam saya peluk setiap anak buat memberi semangat kepada mereka..
Seakan memindahkan segala sakit ke tubuh saya..
Walau saya sendiri semakin lemah..

Minggu kedua saya diserang sakit urat..
Urat di bahagian belakang leher secara tiba-tiba macam tertarik..
Waktu itu, saya hanya mampu berbaring..
Nak bergerak sedikit pun, rasa macam nak terputus leher..
Berjurai-jurai air mata turun tika itu..
Rasa macam orang lumpuh pun iya juga..
Kaki dah macam tak boleh nak angkat..
Saya call Incik Hubby, balik sekejap dari office..
Minta diurut perlahan-lahan di bahagian belakang hingga ke atas kepala..
Walau tidak menghilangkan sakit, sekurang-kurangnya lega sedikit..

Minggu ketiga saya diserang migraine kombo dengan gastric..
Memang terseksa sungguh..
Berguling-guling bila sakit mencucuk-cucuk..
Stress, tak jaga makan, kurang tidur, banyak fikir segala macam..
Punca penyakit pun seronok menyinggah..
Susah nak jaga diri sendiri bila kita lebih pentingkan orang lain..

Minggu keempat saya diserang low blood pressure pula..
Tak boleh nak berdiri lama atau berjalan kaki jauh waima ke kedai pun saya akan rasa nak pitam..
Minggu ini pun saya lebih banyak berbaring sepanjang hari..
Dugaan betul..
Lepas satu, satu dugaan yang Allah berikan..

Sepanjang sebulan itu selera makan saya hampir terputus..
Berat saya turun 6 kg tanpa perlu dipaksa berlapar..
Kasihan anak-anak..
Tidak mendapat perhatian yang secukupnya..
Sayu hati bila Dhiya atau Iyad merenung ke luar jendela..
Memerhati sekalian kanak-kanak bermain di taman permainan di sebelah rumah kami..
Ibu tak mampu bawa anak-anak bersuka ria walau hanya taman di sebelah rumah..
Seringkali juga Kakak Dhiya minta Ibu buatkan chocolate cup cake..
Apakandaya masih tak mampu untuk ditunaikan..

Allah memberi, maka DIA juga la akan menarik kembali segala pemberian..
DIA beri sakit..
Dan setelah cukup tempoh, ditarik kembali setiap sakit dan diberi kesihatan yang sempurna..
Alhamdulillah syukur ya Allah..
Baru 2 minggu saya kembali sihat..
Pengalaman menempuh segala kesakitan sangat perlu saya jadikan pedoman..
Barangkali Allah menduga iman saya..
Bersyukur la sekalian kita yang diberi kesihatan yang sempurna sepanjang usia..
Tanpa perlu menjalani kesakitan yang kronik seperti mereka-mereka yang terpilih itu..
Sepanjang waktu sakit itu, tidak sekali pun saya ke klinik atau ke hospital..
Alhamdulillah, Allah membantu saya setiap masa..
Bersyukur la nikmat yang sedikit..
Sekiranya kita inginkan nikmat yang lebih besar..


*Masa saya sakit, Incik Hubby cakap.. Bagusnya kalau Sayang ada "madu" yang boleh tolong jaga, tolong masakkan, tolong tengokkan anak bila Sayang sakit.. Saya suruh Incik Hubby carikan madu begitu.. Dia tanya saya balik.. "Ada ke perempuan yang nak buat macam tu pada "madu" dia ?".. Apa pulak tak ada.. Ramai lagi perempuan yang hatinya tulus dan suci kat luar sana.. Tak jumpa je lagi.. Hehehe.. Macam hint nak bagi "adik madu" je..*

-AkU-
Hospital Kuala Lumpur..
00:07 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment