Saturday, December 31, 2016

~Dugaan Dan Rezeki Di Penghujung 2016..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Kita merancang..
Allah swt juga merancang..
Namun DIA la sebaik-baik perancang..
Perancangan kita akan terlaksana dengan keizinanNYA jua..

Semalam sepatutnya saya dan Incik Hubby bertolak ke Melaka untuk meraikan majlis pernikahan adik lelaki bongsu saya pada pagi ini..
Incik Hubby outstation..
Malam Jumaat Incik Hubby call bagitau tak berapa sihat..
Saya tidak fikirkan sakit yang teruk sebab katanya badan terasa nak demam..
Pagi Jumaat sewaktu call, kata Incik Hubby dia dimasukkan ke hospital kerana disyaki keracunan makanan..
Muntah dan cirit birit yang berterusan..
Aduhaiii, risau saya tak terkata..

Disebabkan Incik Hubby yang sakit dan berada di hospital..
Maka perancangan kami untuk ke Melaka terpaksa dibatalkan..
Jujurnya ada rasa terkilan sedikit di hati saya..
Mana kan tidak, niat di hati ingin bersama-sama meraikan hari bersejarah adik..
Namun tidak kesampaian..
Akan tetapi saya cuba yakinkan hati..
Bersangka baik dengan setiap dugaan Allah..
InsyaAllah pasti ada hikmah yang menanti..
Maka saya tinggalkan pesan pada ahli keluarga yang lain akan ketidakhadiran saya..
Dan doa saya moga segalanya berjalan lancar dan pernikahan itu nanti diberkati dan dirahmati Allah swt..
InsyaAllah, ameen..

Benar, tidak rugi bersangka baik dengan dugaan Allah..
Tengah hari semalam, ada whatsapp dari seorang teman..
Berhajat untuk membeli tudung yang saya jual..
Setelah habis memilih dan dikira..
Ada 21 helai yang terjual..
Alhamdulillah, bersyukur saya dengan rezeki yang tak terjangka ini..
Setelah itu, rezeki telekung kanak-kanak 2 pasang, dipesan teman di Ampang..
Dan waktu petang pula, seorang teman yang tinggal berdekatan pula minta dibuatkan Blueberry Cake sebiji..
Rezeki yang tidak putus..
Dan saat malam menjengah..
Kami didatangi rezeki yang berterusan..
Ada teman baik hati yang sudi belanja saya dan anak-anak 2 kotak Dominos Pizza..
Allahuakbar.. Alhamdulillah syukur..
Nikmat Allah beri setelah diturunkan dugaan buat saya..





Baru sekejap tadi, saya dan anak-anak melawat Incik Hubby di hospital..
Masih lagi tidak berapa sihat..
Alhamdulillah, tidak seteruk hari yang pertama..
Moga Allah memberi kesembuhan seperti sediakala.. InsyaAllah, ameen..

*Bergambar dengan Kakak Batrisyia.. Tak mau kacau Ayah..

*Tahun 2016 yang bakal menutup tirai hanya beberapa minit lagi, meninggalkan momen pahit manis yang menjadi lipatan sejarah.. Dugaan yang bersilih ganti namun digantikan Allah dengan rezeki yang tidak terjangka oleh kami.. Alhamdulillah syukur ya Allah..*

-AkU-
Syurga Addin..
23:07 malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment