Monday, January 16, 2017

~Permulaan 2017..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pagi yang sangat sejuk dan sunyi..
Hanya bunyi titisan hujan yang kedengaran..
Entry pertama di tahun yang baru.. Hehehe..
Lama ambik masa sebab banyak benda nak buat..
Pukul 8 tadi hantar Kakak Dhiya pergi sekolah..
Alhamdulillah, tak banyak kerenah..
Masa minggu pertama je muka tak rela..
Hari pertama Ibu kena tunggu lebih kurang sejam dalam kelas..
Hari kedua dan ketiga terpaksa create alasan untuk balik lepas hantar dia..
Hari ke empat, cuti mogok.. Hahaha..
Minggu kedua dah oke..

*Hari pertama sekolah.. Muka ecxited sangat masa kat rumah.. Sampai sekolah, muka dah cuak.. Hahaha..

Bila berbincang dengan Incik Hubby pasal Dhiya..
Kami rumuskan..
Perkara yang pertama ialah..
Dhiya jarang sangat bergaul dengan kanak-kanak sebaya dia..
Dalam erti kata lain, tak berkawan..
Kalau ada pun, jumpa la kazen-kazen sebelah saya waktu raya atau cuti sekolah..
Itupun semua dah besar panjang..
Kazen-kazen sebelah Ayahnya memang langsung tak berjumpa..
Baik waktu raya atau cuti sekolah..

Perkara yang kedua, masalah pertuturan..
Kanak-kanak lain yang tak paham nak berbual dengan Dhiya..
Kebanyakan mereka bertutur Bahasa Melayu..
Dhiya pula speaking Jerman.. Hahaha..
Dah macam ayam dengan itik..
Tapi masih ramai nak berkawan dengan dia..
Dia je tak masih belum dapat keselesaan berkawan dengan orang lain selain Adik Iyad..

Tak apa la.. Ambik masa semua benda macam gini..

Tahun ni Aisy Dhiya Sufia dah pun berusia 5 tahun..
Memang waktu sangat cepat berlalu..
Walaupun setiap masa bersama Dhiya..
Rasa sekejap sangat dia membesar..
Alhamdulillah, banyak benda dah boleh harapkan Dhiya..
Dia cepat belajar..

Masa bestday Dhiya hari tu..
Sehari sebelum tiba, saya buatkan pulut kuning, rendang ayam tua dan blueberry kek untuk makan ramai-ramai dengan staff Incik Hubby di office..
Dhiya pun seronok sambut bestday dengan mereka..
Petang tu bawa anak-anak ke rumah atuknya pula..
Sampai ke malam kami di sana..
Keesokan harinya, atas permintaan Dhiya..
Saya buatkan strawberry cupcake pula..
Dah lama dia minta, baru ni dapat sediakan..
Seronok tengok dia makan..
Tak sempat sambut dengan Ayah, sebab masa tu Ayah di hospital..
Warded sebab food poisoning..
Tapi bila Ayah keluar dari hospital tu, sempat juga jamah pulut kuning, rendang dan juga cake..
Setelah beberapa hari tak ada selera makan..

*Ini hadiah untuk Dhiya tahun ni.. Dia yang pilih kaler sendiri.. Dia minta beli sepasang untuk Damia, pun dia yang pilih kalernya..

Tahun baru yang bermula dengan rezeki yang pelbagai..
Salah satunya, syarikat Incik Hubby berjaya mengeluarkan produk sendiri..
Alhamdulillah, satu kejayaan buatnya setelah agak lama berkecimpung dalam bidang ini..
Kata Incik Hubby, saya kena sama-sama bantu team marketing..
Sebab ini produk Dhiya..
Bila saya buat muka blur..
Incik Hubby kata sebab nama produk tu sama dengan nama anak kita, Dea Della..
Sebutan yang sama dengan Dhiya cuma ejaan yang berbeza..
Hehehe.. Kebetulan yang sangat manis..
InsyaAllah, saya akan sentiasa di belakang Incik Hubby dalam apa jua keadaan..
Moga Allah permudahkan segala urusan kami..
Ameen, yarobbal'alameen..

Ada lagi berita gembira..
Nanti saya sharekan lagi di entry-entry yang lain..
Sekarang ni nak buat green ice cream untuk Kakak Dhiya..
Sebab dah janji, balik sekolah nanti boleh makan aiskrim.. Hehehe..

*Sebagaimana ibu-ibu yang lain.. Saya juga mahu yang terbaik untuk anak-anak.. InsyaAllah, mencuba semampu yang mungkin untuk beri segala yang anak-anak perlu.. Moga kesempatan dan peluang itu sentiasa menyebelahi saya.. InsyaAllah, ameen..*

-AkU-
Syurga Addin..
08:17 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment