Thursday, December 22, 2016

~Fikir la Positif Wahai Isteri-Isteri..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Pagi-pagi lagi saya dah di Klinik Kesihatan..
Nak pastikan kesihatan saya cukup kuat untuk anak-anak yang tak berapa nak sihat..
InsyaAllah, Allah bantu saya jadi kuat dan sihat demi Syurga Addin saya..

Teringat masa saya di Hospital Selayang minggu lalu..
Ada seorang teman datang melawat..
Lama juga dia bertapa di katil wad saya.. Hehehe..
Dia tanya kenapa saya bawa anak-anak yang lain sekali check in di wad..
Saya jawab sebab suami outstation, maka tiada yang dapat jaga anak-anak..
Jika suami ada, tak ada masalah untuk anak-anak tinggal bersama suami sekiranya saya perlu tinggal di hospital..
Dia tanya lagi..
Kalau anak-anak sakit, siapa yang bawa anak-anak pergi ke klinik..
Saya ketawa dulu.. Apa la punya soalan..
Saya kata, tak kisah la siapa pun yang bawa..
Janji anak-anak sihat dan mendapat perubatan yang sepatutnya..
Tengok muka dia mendung macam nak hujan..
Lantas saya tanya kenapa..

Lama dia berjeda, lalu menjawab..
Suaminya susah betul kalau nak diajak ke klinik..
Nak bawa anak yang sakit ataupun sewaktu nak check up pregnancy..
Almaklum la, dia lakukan semua itu di klinik kerajaan..
Saya tanya pula, apa masalahnya kalau macam tu..
Katanya, kalau untuk madunya, rajin saja suami menjadi peneman..
Mungkin sebab madu yang mendapatkan khidmat perubatan swasta..
Mudah, cepat dan selesa..

Satu lagi kisah orang poligami..
Saya senyum je sambil pandang muka dia..
Nak ketawa, tapi tak sampai hati..
Tengok saya senyum, lagi panjang muncung dia dah macam cencurut yang terperangkap di dapur rumah saya minggu lalu.. Hahaha..

Saya cuba tenangkan dia..
Saya kata, cuba pandang sesuatu situasi itu pada sudut positif..
Jika kekurangan yang kita cari, maka kekurangan la yang akan kita jumpa..
Begitu juga sebaliknya..
Tak ada ruginya berdikari..
Jika mampu buat sesuatu itu sendiri..
Mengapa perlu harapkan orang lain ?
Dia jawab, suaminya tak adil..
Bila "abaikan" dia tapi lebihkan madu..
Dan tawa saya terburai walaupun tidak kuat..

Saya pujuk dia semula bila dia merajuk dan mahu pulang..
Saya buka cerita tentang saya sebagai contoh..
Saya jarang nak susahkan suami atau minta tolong sekiranya saya mampu lakukan sendiri..
Sebagai contoh, waktu Imad sakit baru ni..
Saya cari jalan penyelesaian dahulu, baru la hubungi suami untuk beritahu keadaan, kerana waktu itu suami outstation..
Dan sepanjang saya mengandung 3 kali sebelum ni..
Kebanyakan check up, saya pergi sendiri..
Walaupun waktu itu kena kendong anak kecik sewaktu hari temujanji..
Saya tak terlalu harapkan suami..
Pernah juga satu masa, kereta yang saya bawa, rosak..
Waktu itu saya ke klinik untuk check up sewaktu mengandungkan Iyad..
Dengan keadaan panas terik  dan perut yang besar, saya dukung Dhiya yang kepenatan, sambil menunggu teman datang untuk membantu..
Banyak kali juga saya ke klinik sendirian..
Pernah juga saya ke HKL dengan Imad di dalam stroller dan Dhiya di atas dukungan..
Dan semuanya saya lakukan SENDIRI..


Sebagai tambahan..
Sewaktu Dhiya admitted di HKL dua hari lalu..
Suami ada di rumah..
Saya ada mengajak suami ke klinik bila tengok Dhiya agak lemah..
Jawapan suami, biar dia ke office dulu, nanti petang baru bawa Dhiya ke klinik..
Saya tak tanya untuk kali kedua..
Saya terus bawa Dhiya ke klinik sendiri..
Waktu itu saya hanya fikirkan kesihatan anak-anak..


Ini sebenarnya bukan isu besar..
Nak cerita pasal keadilan suami yang berpoligami..
Takkan pernah habis..
Ada je pihak yang tak berpuas hati..
Sebab tu saya kata, fikir positif..
Jangan izinkan fikiran negatif menguasai minda kita..
Lakukan tanggungjawab kita sebaiknya sebagai isteri dan ibu..
Biaq pi la benda-benda lain tu..
Semak kepala saja..
Banyak lagi benda yang serius perlu kita fikirkan..
Fikir benda-benda mengarut ni akan buat kita tambah stress..
Enjoy la jalankan tanggungjawab kita..
Bab suami nak lebihkan isteri mana-mana tu, kita tak boleh nak buat apa dah..
Hati suami bukan kita yang pegang..
Percaya la cakap saya..
Lelaki yang berpoligami, takkan pernah mampu berlaku adil !

Sudah la..
Saya tengah menikmati waktu pagi saya di klinik..
Kesian tengok orang-orang yang sakit kronik..
Haishhh.. moga Allah beri kesihatan yang sebaiknya kepada kita..
InsyaAllah, ameen..

*Ini "harta" saya yang tak ternilai..

*Pagi ni saya ke klinik sendiri.. Tak minta suami temankan atau hantarkan pun.. Saya suruh dia jaga anak-anak kat rumah.. Pergi sendiri lebih mudah, tak banyak kerenah.. Hehehe..*

-AkU-
Klinik Kesihatan..
08:37 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment