Thursday, February 2, 2017

~Membenci La Selayaknya..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Musim anak-anak sakit lagi..
Minggu lepas Dhiya batuk dan demam..
Berjangkit pula dengan Iyad..
Masuk hari ke 5 Iyad demam dan batuk..
Waktu malam panas badan naik sampai cecah 39'c..
Batuk dua kali muntah banyak..
Ubat demam dah bagi, tapi tak kebah lagi..
Pagi tadi bawa ke klinik pula..
Doktor kata tekak Iyad luka dan merah sangat..
Check dada, banyak kahak katanya..
Imad kena habiskan antibiotik seminggu..
Kalau tak baik jugak, ke hospital la jawabnya..

Dugaan anak-anak..
Allah beri ujian bukan saja-saja..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Al-Ankabut: 2-3)

Ini baru sedikit ujian..
Memang la rasa penat sikit..
Tak cukup tidur, tak cukup rehat..
Mana nak uruskan Imad, Dhiya dan Iyad..
Nak uruskan rumah lagi, memasak, membasuh dan sebagainya..
Namun itu semua dugaan yang mengajar kita erti kehidupan..
Nak membenci ujian yang diberikan ?
Sekali-kali tidak..
Ujian didatangkan untuk kita muhasabah diri..
Cari balik apa yang kurang dalam kehidupan kita..



Sebenarnya saya ingin sentuh satu perkara..
MEMBENCI..
Membenci itu juga satu ujian hati..
Sekuat mana kita membenci sesuatu perkara..
Barangkali yang kita benci itu la yang terbaik untuk kita..
Dan apa yang kita suka itu pula sebaliknya..
Ramai orang meletakkan tahap kebencian itu pada skala yang tidak betul..
Membenci sesuatu perkara yang tidak terang itu dengan sesungguh hati..
Hinggakan mereka menutup mata hati untuk menggali apa hikmah disebalik perkara yang mereka benci itu..

Membenci la seadanya..
Selayaknya kita sebagai manusia yang Allah pegang hati setiap dari kita..
Kata orang, benci la pada perlakuan, bukan kepada orangnya..
Namun berpada-pada..
Barangkali perkara yang kita benci dengan sesungguh hati itu berbalik kepada kita..
Saat itu bimbang kelu lidah menyatakan kekesalan..

Waktu awal pernikahan saya dulu..
Ada keluarga "menghina" dan "mencerca" ikatan halal antara saya dan suami..
Depan muka saya bermacam kata-kata yang menghiris jiwa..
Sedih memang tak terkata..
Bangganya mereka dengan setiap tingkah laku..
Boleh jadi keluarga mereka insan-insan terpuji..
Maka layak la mereka menghina saya..
Saya diamkan saja..
Tak mampu melawan saat itu..
Cuma saya terdetik dalam hati..
Andai perkara ini terjadi kepada keluarga mereka..
Adakah kata hinaan dan cercaan yang sama akan mereka lemparkan ?
Mungkin juga mereka akan sekadar berdiam diri dan mengatakan segalanya adalah takdir..

Benar..
Kadangkala bila terjadi pada kalangan keluarga kita..
Baru la hati menyedari..
Segala yang berlaku adalah takdir dari Allah swt..
Kita merancang, Allah juga merancang..
Ternyata perancangan Allah sebaik-baiknya untuk kita..
Maka mengapa tidak berlapang dada dan menerima segala ketentuan sebagai takdir hidup kita..

Saya juga pernah membenci sesuatu perkara itu sesungguh hati..
Namun Allah menguji hati saya bilamana ianya terjadi pada diri sendiri..
Lantas saya muhasabah diri..
Ini ujian Allah saat perjalanan saya demi mencari secebis nur dariNYA..
Dan saya terima dengan redha..
Moga mampu saya didik hati untuk terus akur dengan segala ketentuan dariNYA..




*Tentang keluarga .. Benar.. Mereka juga terima ujian yang sama Allah beri pada saya.. Harapnya mereka terima dengan redha dan muhasabah diri.. Ujian Allah ini tidak mengira siapa pun kita.. Moga ini menjadi satu pengajaran buat mereka dalam menghormati insan-insan lain.. Kita sama saja, manusia.. Yang membezakan kita di sisi Allah adalah tahap keimanan masing-masing.. Darah raja sekalipun, takkan menjadikan kita mulia andai hati penuh dendam, ego, sombong dan bongkak sesama manusia.. Wallahu'alam..*

-AkU-
Syurga Addin..
00:27 tengah malam..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment