Friday, December 28, 2018

~Masalah Media Sosial Dan Poligami..~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wbt...

Lama sangat dah tak menulis disini..
Saya lebih banyak menulis di Facebook, IG dan blog satu lagi..
Cuma kali ni terasa nak meriahkan balik dinding blog ini dengan penulisan semula..

Minggu lalu, kami ada meeting grup poligami..
Walau saya tak berapa nak ada pengalaman dalam poligami..
Namun mereka minta saya join sekali..
Katanya barangkali ada pendapat saya yang boleh dijadikan panduan..
Ilmu tak semestinya kita dapat dari pengalaman kita..
Boleh juga kita belajar dari mereka yang berada di sekeliling kita..
Ya, sebetulnya ilmu poligami saya perolehi dari rakan-rakan dan saudara mara yang mengamalkan poligami..
Maka, dari situ saya kongsikan segala ilmu yang saya perolehi..

Selesai perbincangan, kami duduk berbual santai..
Salah seorang teman bertanya kepada saya..

"Apa pendapat awak, jika isteri-isteri yang bermadu ni post gambar masing-masing dengan suami di media sosial ? Saya ni tak boleh langsung post gambar dengan suami, nanti madu marah dan kata macam-macam.. Suami pun ikut je cakap madu.."

Pendapat saya..

Tak salah pun nak post gambar dengan suami masing-masing..
Ini ruang privacy kita kan..
Masing-masing ada hak sendiri..
Kita tak boleh nak sekat hak orang sebagaimana orang juga tak boleh nak sekat hak kita..
Lagipun kita yang post, bukan suami..
Maka tak sepatutnya ada arguement pun..
Cumanya elakkan la dari post gambar yang bermesraan melampau..
Kalau setakat post gambar duduk sebelah suami, bersentuh pun tidak, atau gambar dengan anak-anak dan suami, apa la masalahnya..
Kalau gambar macam ni pun madu nak bising-bising, maknanya mereka ini ada penyakit hati..
Kena belajar bersihkan hati tu..
Belajar la menghormati hak masing-masing..

Bab suami ikut cakap madu tu..
Saya rasa bukan suami takutkan madu..
Tapi malas nak bergaduh dan bising-bising..
Suami pun jemu juga bila semua benda asyik tak puas hati..
Maka diikutkan saja cakap madu tu..
Case closed.. Senang cerita..

Teringat saya satu post perbincangan di dalam grup poligami di Facebook berkenaan perkara ini..
Banyak pendapat yang saya baca..
Antaranya..

"Isteri kedua dan seterusnya elakkan post gambar dengan suami di media sosial, demi menjaga hati isteri pertama..
Isteri seterusnya tiada hak untuk bercerita tentang kebahagian dengan suami di media sosial, demi tidak menyakitkan hati isteri pertama..
Isteri pertama post gambar dengan suami tak apa, sebab mereka dah banyak berkorban..
Isteri kedua perlu izin isteri pertama jika ingin post gambar dengan suami di media sosial..
Kalau nak post gambar, pastikan set privacy, hanya kita je boleh tengok..
Bla.. bla.. bla.."

Itu pendapat masing-masing..
Bagi saya, ini hak masing-masing..
Tengok madu post gambar dengan suami di media sosial ?
So, kita pun pergi la post gambar dengan suami juga..
Apa masalahnya ?
Dah kalau kita boleh sebar gambar dengan suami di grup whatsapp family, sekolah, saudara mara sedang madu hanya terhad di media sosial..
Fair and square la tu..

Sekali lagi saya ulang..
Belajar bersihkan hati tu..
Jangan selalu pandang buruk pada orang..
Muhasabah diri sendiri..
Kita nak orang jaga hati kita..
Tapi kita sendiri tak peduli nak jaga hati orang..
Kita nak orang adil pada kita..
Tapi kita sendiri tak pernah nak adil pada orang..

*Ini pesanan saya pada "orang ketiga" atau boleh juga dikenali sebagai penasihat rumahtangga (kononnya).. Sudah-sudah la menjadi manusia yang suka mengadu domba.. Nasihat yang cuba memecahbelahkan rumahtangga.. Cari cerita di media sosial, screenshot dan send pada mereka yang berkenaan.. Apa motif pun tak tau.. Hati tu berpenyakit sangat agaknya.. Kena ingat, dosa kepada manusia ni, hanya diampunkan jika kita meminta maaf pada yang empunya diri.. Jangan sampai satu masa, kita "pergi" dengan membawa dosa yang tidak tertebus dengan keampunan.. Nauzubillahiminzalik..

**Oke, boleh baca entry ini, screenshot dan pergi mengadu domba.. Hahahha..

-AkU-
Syurga Addin..
09:07 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment