Assalamu'alaikum wbt...
Wahhh..
Dah dekat setengah tahun tak peduli blog ni..
Saya banyak menulis di Facebook personnel dan page..
Bila buka blog, jari jadi kaku..
Tajuk ada, isi ada..
Tapi tak tau nak kembangkan ayat..
Makanya, entry pun hanya tinggal tajuk je la..
Ehehehe..
Nak share sikit..
Baru-baru ni saya menonton drama Nur & Nur 2 secara marathon..
Lebih suka macam tu sebab saya jenis tak sabar nak tunggu episode berikutnya..
Makanya, saya lebih relaks sewaktu drama itu trending di media sosial..
Pada saya, bagus juga isu yang diketengahkan..
Cuma ada la sikit sana sini yang macam tak kena dengan perjalanan drama tu..
Tapi.. Iya la, kita bukan boleh puaskan hati semua pihak..
Overall, saya bagi 3 1/2 bintang dari 5..
Meletakkan diri saya di tempat Nur..
Benar, terdapat golongan seperti keluarga Datuk Ayah Haji Mukhsin..
Mereka yang merasakan diri lebih baik dari orang lain..
Mereka yang semudah itu melabelkan orang lain sebagai ahli neraka..
Mereka yang bangga diri kononnya sudah confirm syurga..
Mereka yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri..
Mereka yang punya ilmu namun tidak diamalkan..
Mereka yang sanggup menghindar silaturrahim demi menjaga status dan ketinggian taraf keturunan..
Benar, mereka-mereka ini la sebenarnya perosak agama..
Dalam tidak sedar, mereka menjadi racun pada hati insan-insan yang ingin mendekati agama..
Golongan ini juga la yang membuatkan seolah-olah Islam itu hanya eksklusif untuk orang-orang yang 'alim..
Dan tak dapat dinafikan..
Terdapat insan-insan seperti Nur..
Yang ingin mencari "jalan pulang"..
Cuba menjadi insan yang lebih baik dari kehidupan lalu..
Berusaha mencari ilmu walau dalam kepayahan..
Ramai yang berjaya keluar dari kejahilan..
Namun, ramai juga yang terkandas..
Dek kerana wujudnya manusia-manusia seperti Aisyah, Ustaz Madi, Ibu Hajjah..
Mereka ini antara manusia "pencuri impian" golongan yang ingin berhijrah..
Iya, mereka ada di sekeliling kita..
Akan sentiasa ada..
Setiap dari kita diberikan ujian..
Baik yang 'alim ataupun tidak..
Maka, sentiasa muhasabah diri..
Jangan terlalu meninggi diri..
Kerana kita takkan pernah tahu pengakhiran kita kelak..
Barangkali kita lebih hina dari mereka yang kita gelar ahli neraka..
Hidayah Allah tak pernah membezakan mereka yang berjubah, serban, tudung labuh, free hair, pakai skirt atau yang lainnya..
Kerana segalanya sentiasa dalam perhatian DIA..
Dan kita..
Berdoa la moga pengakhiran kita akan diiringi redha Ilahi..
InsyaAllah, ameen yarabbal'alameen..
*Menonton drama Nur, buatkan saya teringat drama Nur Kasih.. Melihat keperibadian watak Ustaz Adam.. Saya lebih suka keperibadian watak Ustaz Aidil.. Walaupun Fizz Fairuz tidak la setampan Syafique Kyle.. Hehehe..
-AkU-
Syurga Addin..
08:07 pagi..
0 Kata-kata kamu..:
Post a Comment