Ujian perkahwinan ini, bukan saja dalam poligami, malah monogami juga tak terlepas dari ujian.
Cuma barangkali poligami itu lebih banyak lagi ujiannya.
Selalunya saya dengar, kata orang bila sebut poligami, maka ujian yang terbesar adalah untuk isteri yang terdahulu.
Bagi saya, tak ada istilah ujian siapa lebih besar dari siapa.
Masing-masing tetap diuji mengikut kemampuan sendiri.
Apa ujian poligami ?
********************
Ada sahabat ajukan persoalan sebegini.
Bagi saya, ujian poligami ini ada beberapa kategori.
Ujian dengan pasangan.
***********************
Pasangan yang sudah terbiasa dengan cara hidup dengan isteri yang terdahulu.
Pasti cara hidup masing-masing berbeza.
Tak mustahil isteri yang kemudian, sedikit sebanyak terpaksa belajar mengikut cara hidup pasangan dengan isteri yang terdahulu.
Bagi mencari kesesuaian.
Ujian dengan mertua.
*********************
Ini kebiasaannya pada setiap pasangan yang berkahwin poligami atau monogami.
Cuma mungkin dalam poligami, ujian dia agak besar juga.
Sementelah mertua sudah punya menantu yang terdahulu.
Dan isteri yang kemudian, perlu mencari cara untuk menambat hati mertua sekaligus mencari keserasian hidup bersama.
Alhamdulillah, arwah kedua mertua saya sangat baik.
Bersyukur sangat dikurniakan mertua yang sebegini.
Ujian dengan ipar duai.
**********************
Ini juga antara ujian biasa bagi rumahtangga.
Kadang kala campur tangan ipar duai dalam kehidupan kita.
Ada yang mendamaikan, tak kurang juga yang menjadikan masalah makin merebak besar.
Dalam poligami, penerimaan ipar duai selalunya bias pada isteri yang kemudian.
Tapi ada juga ipar duai yang sangat mengalu-alukan kehadiran ahli baru dalam rumahtangga adik beradik mereka.
Ujian anak tiri.
**************
Bagi pasangan yang sudah punya anak-anak.
Isteri yang kemudian harus cuba menyesuaikan diri dengan anak-anak sedia ada.
Bukan mudah mengambil hati anak-anak, apatah lagi kalau mereka ini sudah lama disogokkan dengan cerita ibu tiri yang kejam dan jahat.
Saya juga pernah punya pengalaman memiliki ibu tiri.
Benar la, anak kecil ini terlalu mudah dipengaruhi.
Cuma apabila sudah meningkat dewasa dan boleh berfikir sendiri, maka pemikiran saya turut berubah.
Ujian dengan madu.
*******************
Ini perkara biasa dalam poligami.
Sukar untuk melihat poligami yang cukup harmoni.
Penerimaan isteri terdahulu terhadap isteri kemudian.
Bukan la tidak ada, namun nisbahnya terlalu kecil untuk dibandingkan dengan yang menolak kehadiran orang baru.
Ada juga sahabat-sahabat saya terpaksa buat keputusan untuk bercerai akibat tekanan dari madu.
Ujian masyarakat.
******************
Walaupun poligami tika ini sudah boleh dibicarakan secara terbuka, namun masih ramai yang memandang perkara ini sebagai taboo pada masyarakat Melayu.
Masih ramai lagi yang memandang serong pada keluarga poligami.
Masih ramai lagi yang tega menghina dari memberi sokongan terhadap poligami.
Tanpa kita sedar, pemikiran negative ini yang sebenarnya menjadikan sesebuah keluarga itu pincang.
Saya selalu memegang kata-kata..
"Andai tiada perkara baik untuk diperkatakan, maka diam adalah tindakan yang paling bijak"
*Ramai yang menggunakan alasan "sunnah Nabi" untuk melayakkan diri berpoligami. Saya kira itu satu alasan yang kurang bernas. Banyak lagi sunnah Nabi yang sangat bagus untuk diikuti berbanding yang satu ini. Beri la alasan yang lebih munasabah untuk menyokong perbuatan anda. Sukat la kemampuan diri dan minta petunjuk Allah swt. Andai tetap jodoh kita, maka apa pun halangan, pasti akan dipermudahkan olehNYA.
Syurga Addin..
0 Kata-kata kamu..:
Post a Comment