Setiap manusia dalam dunia ini pasti inginkan bahagia.
Bahagia yang bagaimana ?
Ikut la definasi masing-masing tentang bahagia itu sendiri.
Yang nyata, tiada siapa yang ingin derita dalam setiap perkahwinan.
Memenuhi salah satu tuntutan agama ini, nyatanya asbab mencari kebahagiaan juga.
Bahagia dimiliki dan memiliki.
Bahagia berkongsi segala luahan dan cetusan rasa.
Bahagia menyimpul anganan hari depan.
Segalanya tentang bahagia.
Berdua, bersama berkongsi rasa.
Maka, dimana bahagianya dalam soal poligami ?
Ramai bertanya mengapa saya memilih poligami.
Jawapan saya ialah.
Saya tidak memilih poligami, namun sebaliknya poligami memilih saya.
Tak pernah terfikir dalam benak saya untuk mengharungi kehidupan poligami.
Andai ada antara teman-teman yang sememangnya mencari ruang untuk berpoligami, nyatanya saya tidak begitu.
Tak pernah sedetik pun saya berfikir tentang poligami.
Namun, takdir menentukan sebegitu.
Mengimbas kembali saat masih bujang dulu.
Sebagaimana yang lain, saya juga tidak lepas dari hasrat hati ingin berpasangan.
Berkawan, mengenali hati budi, berkasih sayang dan seterusnya ke fasa yang lebih tinggi.
Segala-galanya saya aturkan bersama lelaki bujang.
Kami sudah hampir ke fasa bertunang.
Malangnya, manusia hanya merancang.
Dan DIA menetapkan segalanya.
Kali pertama gagal dalam mengharungi fasa bertunang.
Saya fahamkan hati tentang ujian dari Allah ini.
Maka hidup diteruskan mencari kebahagiaan berpasangan.
Kali kedua juga perancangan saya dengan lelaki bujang.
Seminggu sebelum saat kami mengikat pertunangan, Allah telah menguji sekali lagi.
Maka, segalanya hanya tinggal kenangan.
Dan saya.....
Teruskan hidup seperti biasa walau dalam hati penuh kelukaan.
Saya seorang gadis yang jauh dari kesempurnaan beragama.
Jahilnya saya di waktu dulu.
Maka bila diuji sebegini, saya bagai orang buta tercari-cati tongkat dan arah untuk berjalan.
Malangnya, tiada yang sudi membantu tanpa niat yang lain.
Maka kemana harus saya mengadu nasib ?
Benar, pada DIA.
Maka di satu saat yang cukup sempurna, saya mohon sesungguhnya pada Yang Maha Kuasa agar diberikan jalan untuk saya berjuang mencari keredhaanNYA.
Tanpa diduga, inilah jalan yang ditunjukkan olehNYA.
POLIGAMI.
Andai ada yang kata saya berpoligami kerana harta, nyatanya dahulu saya mampu mencari seorang lelaki yang lebih berharta dari suami sekarang.
Maka mengapa saya menerima poligami ?
Kerana AGAMA.
Boleh jadi suami saya tidak juga sempurna agamanya, namun mereka yang berada di sekitar suami ini mampu mendekatkan saya lebih lagi dengan Islam.
Tidak saya nafikan, kehidupan saya lebih terisi dengan Islam setelah berumahtangga.
Jujur saya akui, poligami ini barangkali jawapan pada setiap doa saya pada Allah sewaktu saya bermohon untuk ditunjukkan jalan kepadaNYA.
Namun saat terasa manisnya mengenal agama, Allah menguji lagi.
Poligami itu ujian yang getir.
Hanya mereka yang hidup di dalamnya faham dan mengerti segala ujian ini.
Dalam rahmat, ada ujianNYA.
Dalam dugaan, ada hikmahNYA.
Dan hanya mereka yang benar-nenar sabar akan berjumpa dengan manisnya hidup hingga ke akhirnya.
Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang benar-benar bersyukur dengan segala nikmat Allah swt.
InsyaAllah, ameen.
~Syurga Addin~
0 Kata-kata kamu..:
Post a Comment