Friday, April 16, 2010

~Cinta antara kita~

"...ini adalah kerana kami tidak lagi serasi bersama..
bukan kerana kewujudan orang ketiga..."
Itu la jawapan yg diberikan bila hakim bertanya..
suami hanya tertunduk diam..
tak tau la rasa bersalah atau apa..
tapi ada seorang wanita lagi yg duduk di hujung..
memandang sinis dengan senyuman yang cukup meluatkan..

Assalamualaikum wbt..
ini bukan cerita aku..
Insyaallah.. ikatan antara aku dan suami akan terpelihara dengan izin Allah..
doa2 kan lah..
tapi cerita seorang teman yang sangat baik..
bersusah untuk keluarga..
tapi tak pernah dihargai..
biarpun begitu..
dia tetap menutup keburukan suami hingga saat lafaz talak digugurkan..
memang beginikah sifat seorang wanita?
jangan salah faham..
bukan niat aku untuk menceritakan keaiban orang lain..
tetapi sekadar memaparkan sebuah kisah kehidupan untuk panduan kita..
sementelah aku tidak menyatakan siapa yang empunya diri..

kisahnya begini..

temanku ini..
aku namakan N..
aku kenal ketika sekolah rendah lagi..
kami memang sangat rapat..
kami punya rahsia yang tersendiri..
yang tak pernah kami share dengan orang lain..
(mengikut apa yang aku tahu la)
dah lebih enam tahun aku tak jumpa dia..
last sekali aku jumpa masa wedding ceremony dia..
seronok sangat bila dia nak kawin..
tak sangka pun ada jugak..
bila tau dia kawin dengan musuh ketat kitorang..
hahahhah!!!
tu la orang kata..
cinta tak mengenal siapa pun..
lepas dua bulan nikah..
N dan suami berangkat ke oversea..
untuk melanjutkan pengajian..
maka tak sempat la N menghadiri majlis penikahan aku pulak..
2 tahun yang pertama sangat membahagiakan hidup mereka..
sehinggalah masuk tahun ketiga N disahkan pregnant..
seharusnya perkara itu menambahkan kebahagiaan dalam kehidupan setiap pasangan..
begitu juga N dan suami..
anak N dilahirkan selang dua jam anak aku keluar..
macam dah janji pulak!!
hehehhe..
N berehat dari pengajian setahun then sambung balik..
disebabkan sibuk belajar..
maka anak itu diberi kepada pengasuh..
atas kepercayaan N dan suami..
akan tetapi pada suatu hari..
Qada dan Qadar Allah..
anak N dibawa ke hospital oleh pengasuh..
selang 5 jam baru la diberitakan kepada N dan suami..
berkejar la diorang ke hospital..
tapi kasih sayang Allah lebih pada anak kecil itu..
dia pergi mengadap Penciptanya setelah usianya hampir genap 2 tahun..
Doktor sahkan anak kecil itu mengalami pendarahan dalam otak..
kemungkinan akibat penderaan..
hancur luluh hati mereka..
aku hanya diberitahu melalui e-mail yang saban hari N hantar..
setahu aku kes itu masih lagi dibicarakan..
entah la..
mungkin sebab penderaan itu dilakukan oleh warganegara mereka..
N dan suami pulak orang M'sia..
susah betul nak dapatkan pengadilan!!
tahun kelima, N masih lagi di sana meneruskan pengajian yang tertunda..
suami N sudah pun kembali ke tanahair..
email2 tahun akhir N disana menceritakan kedukaan yang teramat sangat..
setahun berjauhan dengan suami..
membuatkan hati suami beralih kepada wanita lain..
sekali N call aku dari sana dengan tangisan yang sangat memilukan..
"Kenapa malang sangat nasib N, Fie? anak pun dah "pergi".. suami pulak buat N macam ni.."
apa yang boleh aku katakan?hanya sekadar mampu meminjamkan telinga ini..
untuk N meluahkan rasa yang menyakitkan..
email terakhir dari N aku terima hampir setahun yang lepas..
katanya.. dia dah buat keputusan..
dia sedia bermadu..
kerana katanya sayang dan cinta pada suami..
"apa ada dengan sayang dan cinta?" aku tanya N..
dia cakap..
dia pernah membahagiakan N..
takkan la kerana hal ni, N nak lupakan segalanya..
kami pernah share something yg bukan semua orang pernah rasa.. kebahagiaan..
sekurang2 nya dia tak pernah mengasari N..
jangan terlalu tamak untuk memiliki segala2 nya dalam hidup kita..
semua yang kita ada pun hanya pinjaman..
kalaulah Allah boleh pinjamkan kepada kita sedikit nikmatNYA..
kenapa tidak kita pinjamkan sedikit kebahagian buat orang lain?
aku terdiam dengan jawapan N..
betul kata N..
selang setengah tahun lepas tu..
suami N datang berjumpa aku..
dia tanya betul ke apa yang dia buat?
aku suruh dia tanya diri sendiri..
dia tanya..
kalau la aku di tempat N..
apakah aku akan buat keputusan yang sama..
aku terdiam seketika..
aku cakap..
kenapa tidak?
aku pinjam kata2 N hari tu..
aku tambah lagi..
aku bukan mengharapkan payung emas di syurga..
tapi sekadar mengharapkan sedikit keredhaan Allah buat aku di atas muka bumi ni..
dia diam je..
dekat 3 jam aku berkongsi pendapat dengan dia..
aku hanya harap..
langkah perginya suami N itu..
akan membawa satu jawapan yang akan membahagiakan semua pihak..
hmm.. ternyata aku silap..
yea!! cinta adakalanya membutakan mata dan hati manusia..
kepulangan N ke Malaysia di sambut dengan surat dari peguam untuk kes lafaz cerai..
bukan 1 talak yang digugurkan..
tapi TIGA!!!
gila lelaki tu!!
tu pendapat aku..
aku jumpa N hari Isnin yang lepas..
dia tetap dengan senyuman biarpun aku tau hati dia sangat parah!!
katanya dia tak mampu salahkan bekas suami dan orang ketiga itu bila sahaja hakim tanya sebab untuk berpisah..
dan N tak minta satu sen pun dari bekas suami dia..
aku tanya N..
kenapa tak mempertahankan hak dia?
dia cakap..untuk apa lagi?
tak perlu semua tu..
aku tanya N lagi..
kenapa tak cerita kat hakim perkara sebenar?
N jawab..
kenapa nak ceritakan keaiban orang?
biarlah kalau itu yang lebih membahagiakan mereka..
sangat luhur hati budi N..
tapi yang bagusnya suami N..
dia tak lupakan tanggungjawab..
dia tukar nama rumah mereka atas nama N..
supaya N tak susah nanti..
berbanggakah aku bersahabat dengan N?
ya!! aku sangat berbangga!!
N contoh seorang wanita dan isteri yang sukar untuk aku temui..
dan kata N lagi..
selesai saja kes dia..
dia masih sempat bersalam dengan bekas suami dan juga wanita itu..
dia peluk wanita tu dan bisik kat telinganya..
"Allah itu Maha pengasih dan Penyayang.. Insyaallah.. berbahagialah"
aku takkan boleh bayangkan muka wanita tu..
lepas dia musnahkan ikatan seorang wanita lain..
tapi wanita itu masih lagi sudi berbaik dengannya..
N terus melangkah tanpa menoleh lagi..
disaat itu tangisan N dan tangisan aku bersatu..
ye.. aku seolah2 turut merasa keperitan yang N rasakan..
kenapa begitu kejam seorang wanita dan seorang suami..
bukankah beruntung bila seorang isteri yang sangat merelakan dirinya untuk berkongsi?
entahlah... dimana perkiraan mereka..
aku sendiri tiada jawapan..
justeru minda aku masih lagi berputar2 dengan segala macam masalah..
pada aku..
Allah dah cukup adil menganugerahkan kehidupan kepada setiap manusia..
cuma adakala manusia sahaja yang tak tahu bersyukur...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment