Saturday, April 17, 2010

~suara hati buat Q~

Assalamualaikum wbt...
sukar rasanya untuk aku lena..
ada sesuatu yang mengganggu minda kala ini..
aku terkenangkan seseorang yang jauh di mata..
sunyi malam membuatkan aku mengimbau semula..
pertemuan itu..
ya! pertemuan antara kawan lama yang sekian lama terpisah..
kawan diusia belasan tahun..
aku sendiri hampir lupa kewujudan dia..
jarak dan masa yang memisahkan tak mampu mengembalikan ingatan aku..
maafkan aku..
bukan sengaja aku lupa..
tapi detik itu tak pernah singgah dalam ingatan..

ikatan persahabatan kita terjalin kembali..
bila sahaja dia "datang" mencari aku..
terharu rasanya hati..
ada juga orang yang masih mengingati aku..
biarpun berbelas tahun sudah berlalu..
terima kasih aku ucapkan dari sudut hati aku yang paling dalam..
bila dikenang kembali.. rasa macam tak percaya pulak..
kalau dihitung.. rasanya dah lebih 16 tahun kita tidak bersua..
macam2 yg dah berlaku..
zaman dah berubah..
kita juga berubah..
semakin berusia dan punya kehidupan tersendiri..
ya.. ternyata aku sendiri kurang pasti..
inikah teman kecil aku dahulu??
hahahaha... sudah besar sekarang..
bermacam cerita yang kita kongsi bersama sepanjang "perpisahan" itu..
cuma cerita dia tak banyak yg aku ketahui..
hanya mendengar melalui teman lain..
ye la.. takkan aku nak paksa kalau yang empunya diri sendiri ingin berahsia..
dua bulan pertama persahabatan kita berjalan lancar..
seketika ada taufan kecil melanda..
hampir sahaja kita mengakhiri ikatan yang terjalin kembali..
namun masing2 masih cuba berfikir secara waras..
kita bersahabat kembali..
kita berkongsi satu rasa yang sama..
(mungkin aku je yang rasa begitu)
hampir setiap hari kita bercerita..
dan aku ingatkan...
mimpi kita serupa..
hmm.. entahlah..
mungkin @ ternyata aku sendirian meniti perjalanan ini..
hidup ini sukar dijangka..
semakin hari semakin banyak salah faham yang terjadi..
hinggakan aku sendiri merasa lelah untuk terus berkata2..
akukah yang tersilap menghitung bicara?
atau terkhilaf menyusun adab?
mungkin.. mungkin.. mungkin benar..
ikatan persahabatan kita hanya mampu bertahan 7 bulan..
aku sudah tidak terdaya lagi menyambungnya..
bila sahaja aku "lihat" dia semakin menjauh..
cukupkah usia ikatan kita?
kalau itu soalan yang ditanya kepada aku..
aku tiada jawapan..
kerana sangkaanku ianya akan berlanjutan..
dan saat ini..
aku sendiri tidak betah untuk terus menulis..
kerana itu hanya akan membuatkan aku menyulam kenangan..
banyak memori yang kita ukirkan biarpun dalam masa yang seketika..
doaku semoga dia akan terus berbahagia dengan kehidupannya..
ya! aku akan menghilang terus dari hidup dia..
bukan merajuk hati..
tapi cuba mencari ketulusan diri..
aku pasti dia tidak akan membaca tulisan ini..
kerana aku tak mengharapkan..

buat dirinya..
terima kasih kerana cuba menyambungkan kembali ikatan persahabatan kita dahulu..
benar.. ada ketika aku dihambat rindu..
tapi aku sedar diri..
takkan semua yang kita inginkan akan kita perolehi..
di pengakhiran ini..
aku pohonkan sejuta kemaafan di atas segala kekurangan dan kesilapan aku..
disepanjang ikatan persahabatan kita terjalin..
moga masih ada "ruang kecil" di sudut hatimu..
untuk aku menumpang..
sebelum jasadku dijemput...

salam pengakhiran..
dari aku untuk dia..

2 comments:

  1. salam oli,
    sihat ker?anak sihat?
    aku baru dapat baby girl.Nur Maisarah namenye.
    aku ade hal nak cakap ni.
    nak tumpangkan widget aku dalam blog ko boleh tak?

    ReplyDelete
  2. w'salam Fadzil..
    aku dah tau...
    sorry tak sempat nak ucap congrats!!
    best dapat baby girl!!
    tumpang la...
    aku ok je..

    ReplyDelete