Wednesday, June 9, 2010

~Filem Legenda Budak Setan~

Assalamualaikum wbt...

Minggu lalu 3 June 2010..
Filem Legenda Budak Setan mula ditayangkan di pawagam..





Seingat aku la..
Aku mula membaca karya Ahadiat Akashah masa umur aku 13 tahun..
masa tu tingkatan 1..
itupun aku curi2 baca kakak aku punya novel..
heheheh..




waktu2 remaja macam tu..
bagi aku novel tu sangat best!!
dan aku mula kumpul duit waktu tu untuk membeli novel2 yang seterusnya..
(banyak lagi novel lama dalam simpanan aku)
Cuma bila umur semakin meningkat dewasa..
novel seperti itu tak sesuai lagi untuk aku..
aku mula beralih mencari novel yang lebih matang..
macam karya Abdul Rahim Awang, Abd Talib hassan, Samsiah Mohd Nor, Ma Lee Chuswan, Norhayati Berahim.. Sekadar menyebut beberapa nama..
dan satu novel yang menjadi kesayangan aku..
Dan memberi banyak pengajaran pada aku..
Ialah novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza Abdul Hamid..
aku tak tau kenapa..
tapi kalau kamu boleh membaca novel itu..
pasti kamu akan merasa apa yang aku rasa..
jika kamu berperasaan seperti aku la..
Hmm...
Berbalik kepada kisah Filem Legenda Budak Setan..
Apa yang aku baca dan apa yang aku lihat..
(aku belum lagi ke panggung untuk menonton)
Tapi jalan cerita filem berbeza dari novel..
mungkin untuk menyesuaikan masa dan watak..
permulaannya aku terasa juga untuk menonton..
tapi setelah seminggu berlalu..
kaki aku tak juga menjejak ke panggung..
rasanya aku lebih teruja bila menonton..
Drama yang diadaptasi dari novel Hartini karya Aziz Afkar (kalau tak silap)..
Biarpun sekadar drama hasil olahan Erma Fatimah..
dan seingat aku drama itu menjadi kontroversi!!
kerana tak mendapat persetujuan dari penulis karya itu sendiri..
tapi hasilnya sangat memuaskan..
Urmm.. rasanya pelakonnya Ummi Aida dan Nasir Bilal Khan (kalau aku tak salah la..)
jalan perceritaan yang sangat menarik..
itu hakikat kehidupan kita..
dan aku juga ternanti2 novel seperti Jibam karya Ujang..
untuk direalisasikan di layar perak!!
dan banyak lagi kisah2 kemasyarakatan yang sangat bagus untuk diketengahkan..
cerita2 yang bermutu ini banyak memberi mesej yang berguna..
kisah2 kehidupan yang banyak kesedaran dan pengajaran..
cukuplah penonton disogok dengan tema cinta dan seram yang makin membanjiri pawagam!!
cuma mungkin penerbit hanya fikirkan keuntungan..
ya.. itulah sudah semestinya!!
siapa yang berniaga untuk rugi atau sekadar cukup makan??
hmm.. pendapat masing2..


~AkU~
Kampung Permai..
00:01 pagi..

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment