Tuesday, July 13, 2010

~Hidup kita~

Assalamualaikum wbt...

Setiap hari yang bertukar.. umpama musim yang berganti..
Setiap darinya ada keistimewaan..
Begitulah dengan kehidupan yang kita lalui..
Takkan mungkin setiap jalan yang kita lalui penuh dengan kemanisan sahaja..
Pahit manis kehidupan itu adalah asam garam hidup yang lebih mewarnakan kehidupan..
Kita takkan pernah berjumpa dengan kebahagiaan dan kejayaan sepanjang jalan..
Adakala kepahitan dan kegagalan mengisi ruang-ruang hari kita..
Namun begitu.. bersyukurlah..
Kita diduga..
Pengalaman adalah guru yang paling berguna untuk kita terus bangkit dan teruskan perjalanan yang tak kita duga destinasi dan arah tuju..
Kita berhak merasa marah, kecewa, sedih, gembira, suka... dan apa saja..
tapi jangan sesekali berputus asa jika ingin terus menetap di muka bumi Allah swt ini..
Kita diberi kuasa untuk memilih..
Benar.. ada ketika kita tersalah pilihan..
Tapi tak bermakna kesilapan itu tak dapat kita betulkan..
Selagi kita masih bernafas..
Selagi itulah kita masih mampu membuat perubahan..
Berfikir gunakan akal yang waras..
Usaha untuk memperbaiki keadaan..
Setelah itu..
Berdoalah semoga segala yang kita perlakukan mengikut landasan yang benar..
Redha dan tawakkal dengan Qada' dan Qadar Allah swt...
InsyaAllah ketenangan dan kedamaian itu milik kita...




-AkU-
Syurga Addin...
20:45 malam...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment