Tuesday, July 27, 2010

~Luahan Aku~

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku bersiaran dari katil Institut Pediatrik HKL..
Aku menemani Imad yang sedang terlena di katil kanak2..
Mata aku belum mampu lelap lagi..
Hmmm..
Petang semalam Imad diserang sawan lagi..
4 kali di rumah.. sekali dalam teksi.. dan sekali lagi di atas katil Emergency Room HKL..
Allahuakbar!!! Bertimpa2 dugaan datang melanda..
Baru sahaja pagi Jumaat lepas Imad sawan..
selang 2 hari kena lagi..
Beratnya dugaan Allah untuk Imad..
Aku yang berada disisi Imad setiap ketika..
Tak terluah lagi kata2 untuk menyatakan betapa luluhnya hati seorang Ibu..
bila setiap kali berhadapan dengan keadaan kesihatan anak yang tak menentu..
Andai ditadah airmata yang mengalir..
Nescaya kalah syarat permintaan Puteri Gunung Ledang pada Sultan Melaka...
Adakala aku cuba menggembirakan diri di kalangan teman2..
Sekadar untuk tidak menunjukkan betapa lemahnya aku..
Biarpun dalam hati aku..
Sudah banjir menelan air mata..
Bukan aku tak sudi berkongsi cerita..
Tapi.. entahlah...
Aku tak mengharap lagi seseorang yang sudi menjadi teman..
Setia mendengar keluhan hati..
Sedia menangis bila aku sedih..
Sudi ketawa bila aku gembira..
Sentiasa ada bila aku memerlukan..
Sukar mencari seorang yang setia menjadi peneman diri..
Biarlah segala cerita ini aku pendam sendiri..


~AkU~
Wad KK2 Institut Pediatrik HKL..
02:26 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment