Tuesday, August 10, 2010

~Indahnya permata itu~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Malam ni aku seorang diri kat rumah..
Imad bercuti dengan Tuk Wan..
Rindu sangat kat Imad..
Rindu nak peluk Imad..
Rindu nak main2 dengan Imad..
Rindu nak gaduh dengan Imad..
Rasa lama sangat Imad pergi..
Aku tidur peluk baju dan bantal busuk Imad..
Anyway, aku bukan nak citer pasal Imad..
Beberapa kali aku cuba menulis pasal citer ni..
Tapi tak pernah kesampaian..
Setiap kali aku cuba.. Setiap kali itu juga hati aku sedih yang teramat..
Jemari aku kaku.. Air mata akan terus gugur..
Betapa sayu rasa hati bila setiap kali aku cuba membuka lembaran kisah ini..
Bukanlah kerana ianya terjadi kepada aku..
Tetapi bila bayangkan aku seorang ibu kepada seorang anak..
Lantas perasaan itu semakin menyesakkan jiwa..
Beberapa kali aku membaca kisah ini di dada akhbar..
Dan setiap kali itu juga segala rasa hadir dalam hati..
Marah, sedih, geram, sakit hati dan segala perasaan negative..
Kisah betapa tega seorang ibu dan ayah menidakkan hak anaknya melihat dunia..
Kisah betapa sanggupnya seorang ibu dan ayah menafikan hak anaknya mengenal keluarga..
Kisah betapa sampainya hati seorang ibu dan ayah membuang anaknya!!!
Arggghhhh!!!! Kenapa sanggupnya hati mereka???????
Tidakkah mereka tahu anak itu kurniaan Allah yang sangat berharga??
Tidakkah mereka sedar anak itu pelengkap keluarga??
Tidakkah mereka punya hati dan kasih sayang??
Kenapa?? Kenapa?? Kenapa??
huhhh... Hanya keluhan demi keluhan yang mampu aku luahkan..
Kalaulah mereka tahu betapa bahagianya hati bila melihat wajah anak itu..
Kalaulah mereka sedar betapa sejuknya jiwa memandang senyuman anak itu..
Kalaulah mereka.......
Entahlah..
Apalah yang mereka fikirkan di kala itu..
Apalah yang mereka bayangkan ketika itu..
Apalah yang mereka rasakan saat itu..
Hmm.. Sedarlah semua..
Hidup kita hanya sementara..
Hiasilah ia dengan kebahagiaan..
Penuhilah ia dengan kasih sayang..
Rasailah ia dengan cinta..
Hadapilah ia dengan kemanusiaan..
Kalian juga pasti akan rasa segalanya..
Wahai anda semua..
Sedarlah, fikirlah, renunglah, fahamilah...
Dunia ini bukan milik kita sahaja..
Mereka juga punya hak yang sama..
Berilah rasa itu..
Rasa dikasihi, disayangi, dicintai dan dihargai..
Sekiranya anda juga mahu perasaan yang sama..
Ukirkanlah dalam hati, jiwa dan fikiran anda..
Betapa indahnya permata itu..
Permata hati yang pastinya mengisi hari2 anda..
Dengan tangis, senyum, ketawa dan segala-galanya tentang si kecil ini..
Pastinya anda juga akan merasakan apa yang aku rasa ketika ini..

"...Dan mutiara itu gugur lagi buat kesekian kalinya..."

Salam penuh kasih sayang,

-AkU-

Syurga Addin...
00:30 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment