Wednesday, August 11, 2010

~Ramadhan Al-Mubarak~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Hari ni hari pertama aku dan umat Islam seluruh Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya menunaikan ibadat rukun Islam yang ke-4..
Biarpun tak cukup tidur (aku tidur pukul 2 pagi, bangun pukul 4 pagi)..
Tapi aku tetap excited nak masak untuk sahur..
Maklumlah hari pertama... heheheh...
Tak tahu lah bila nak akhir2 Ramadhan nanti..
Semalam aku dan Sara (staff kat office ARG)..
Sempat menunaikan solat Tarawikh yang pertama..
Kami solat di Masjid As-Sobirin..
Merdu je dengar ustaz yang mengimamkan solat tu baca..
Kat sini buat 20 Raka'at..
Kitorang sampai pukul 8.40 malam..
Habis pukul 11.30 malam..
Tapi alhamdulillah..
Tak ada rasa penat, letih atau mengantuk..
Cuma masjid yang awalnya penuh sampai melimpah kat kaki lima..
Jadi separuh penuh ruang masjid tu lepas 8 Raka'at..
Lepas balik dari masjid..
Aku dan Sara pi umah mak aku kat Ampang..
Nak jenguk Imad dan hantar pampers dan susu..
Imad tak tidur lagi..
Masa aku duduk kat tepi Imad..
Dia boleh melompat2 dan tepuk tangan..
sambil mulutnya cakap "jom"!!!
Sedih je rasa bila Imad cakap macam tu..
Mesti Imad ingatkan aku nak bawa dia balik..
Aku peluk Imad pastu cakap..
"Ibu ambik Imad hari Jumaat ye.."..
Imad pun terus cium pipi aku, then minum susu dan tidur...
Aku pun dengan berat hati, terus balik dengan Sara..
Apa nak makan time buke nanti?????
Huhhh!!! tak terfikir lagi....




-AkU-
Syurga Addin...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment