Tuesday, August 31, 2010

~Merdekakah Kita ???~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Bertukarnya waktu maka genap sudahlah usia 53 tahun kemerdekaan Negara Kita Malaysia..
Syukur Alhamdulillah..
Negara kita masih lagi bertahan dengan pemerintahan sendiri hingga ke hari ini..
Tahun demi tahun yang bertukar ganti..
Masa demi masa yang berlalu..
Banyak merubah keadaan dan kehidupan kita..
Kalau diimbas kembali dari sejarah mahupun pengalaman sendiri..
Banyak yang telah bertukar rupa..
Segala kesusahan hidup di zaman penjajahan negara kita..
Berganti dengan kesenangan setelah Tunku "memerdekakan" negara kita..
Apa yang telah kita pelajari dari sejarah??
Masihkah kita hidup dalam dunia penjajahan??
Jawapan aku.. YA!!!
Lihat sendiri kehidupan kita hari ini..
Lebih banyak berkiblatkan dunia penjajah..
Dari bersifatkan adat dan budaya kita sendiri..
Justeru, tanya diri kita sendiri..
Inikah budi yang kita balas pada jerih perih para "pahlawan" dulu mempertahankan bumi tercinta kita???
Gugurnya mereka di medan perang dengan harapan kedaulatan dan martabat negara dipertahankan..
Bukan semua orang tahu apa erti merdeka..
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Yang kita laungkan saban tahun..
Apakah itu gambaran sebenar diri kita??
Atau sekadar ikutan sambutan setiap tahun..
Merdekakah kita???
Pendapat peribadi aku..
Merdeka bukanlah sahaja bebasnya kita dari penjajah..
Atau lebih sinonimnya bangsa Inggeris, Jepun, Komunis atau segala macam bangsa..
Tapi kebebasan kita dari segala macam sifat negatif yang sekian waktu membelenggu diri kita..
Mungkin.. Kita cuba untuk berubah..
Tapi bila sekian lama sifat dan sikap itu menghuni diri kita..
Umpama barang kasayangan yang sukar untuk dibuang..
Aku sendiri akui..
Diri aku juga belum merdeka..
YA!! Sukar untuk merdeka bila kita belum mampu muhasabah diri kita dengan segala kekurangan dan kelemahan..
Biarpun belum sepenuhnya..
Sekurang-kurangnya kita mencuba..
Jangan hanya tahu bercakap tentang kemerdekaan..
Tapi diri kita sendiri masih lagi diselaputi sikap penjajah!!
Aku bercakap untuk diri sendiri juga..
Banyak yang belum mampu aku pelajari dan fahami..
Dan.. tika dan waktu ini aku masih lagi mencuba..
Moga apa sahaja yang kita lakukan dan fikirkan..
Bukanlah untuk diri kita sahaja..
Tapi untuk orang-orang yang berada disekeliling kita juga..
InsyaAllah..

Salam 1 Malaysia dan salam Kemerdekaan Yang Ke-53 Tahun
~1Malaysia Menjana Transformasi~




-AkU-
Syurga Addin...
00:00 Pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment