Sunday, September 5, 2010

~Syawal Yang Hening~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

Tinggal lagi beberapa hari saja Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba..
Menyebut perkataan tu saja..
Pasti terbayang suasana malam raya kat kampung..
Sedara mara ramai-ramai memasak bermacam juadah..
Ada lemang, ketupat, rendang, kuah kacang, kuih muih..
Budak-budak sibuk memasang pelita keliling rumah..
Ada yang bermain bunga api..
Atau suasana pagi raya..
Dengan baju baru dan kasut baru..
Saling bermaaf-maafan..
Berkunjung ke pusara dan menziarah saudara mara..
Ya !! Itulah suasana yang sangat aku rindukan..
Kemeriahan hari raya yang sukar untuk aku ulangi lagi..
Tika ini hari raya umpama hari-hari biasa yang aku lalui..
Tiada lagi keindahan dan kemeriahan 1 Syawal..
Entahlah.. Setiap tahun yang berlalu terus aku berhadapan dengan keadaan yang sama..
Semakin tahun, kita makin lupakan adat dan kebiasaan itu..
Hmmmmmm.... Setiap kali raya.. Setiap kali itulah keluhan itu aku luahkan..
Pastinya kenangan bertahun dulu mengasak minda..
Aku seringkali teringat insan-insan yang aku sayangi yang telah dulu "pergi" meninggalkan aku..
Setiap kali itu juga doa dan ingatan aku kirimkan lewat solat dan zikir..
Arwah atuk meninggal sewaktu aku berusia lebih kurang empat tahun..
Tak banyak kenangan yang aku ingat bersama atuk..
Tapi aku tahu kasih sayang aku sentiasa bersama atuk..
Arwah Kak Ngah juga..
Aku sempat merasai raya bersama Kak Ngah hingga aku darjah lima..
Dan aku masih lagi mengingati Kak Ngah dalam situasi apa pun..
Biarpun aku tak la rapat sangat dengan Kak Ngah sewaktu hayatnya..
Tapi ada kenangan yang sangat menyentuh hati yang takkan aku lupakan sampai bila-bila..
Itulah satu-satunya kenangan terakhir aku bersama Kak Ngah..
Setiap kali mengingatinya, setiap kali itu juga air mata aku mengalir..
Untuk arwah Nenek..
Aku takkan pernah lupa..
Aku menjaga nenek sehingga aku di tingkatan tiga..
Bersama nenek aku menyusuri kisah-kisah zaman muda nenek..
Ada tawa dan airmata disitu..
Sesungguhnya aku terlalu merindui wanita itu..
Dan nenek menghembuskan nafas terakhirnya dihadapan mata aku..
Sememangnya tika itu tiada airmata yang mampu aku tangiskan..
Bukan aku tak sedih..
Kerana terlalu sedihlah maka tiada airmata yang keluar..
Dan tiada siapa yang mampu mendengar keluhan aku saat itu..
Arwah Mama pula..
Benar.. Dia bukanlah wanita yang melahirkan aku.. Mama hanyalah ibu tiri..
Mama hadir dalam hidup aku ketika usia aku menganjak ke tujuh tahun..
Benar.. Takkan ada seorang pun wanita yang punya niat setiap hari dalam hati untuk berkongsi kasih seorang lelaki atau pun meruntuhkan rumahtangga orang lain..
Biarpun hanya berstatus ibu tiri..
Tapi mama menjalankan tanggungjawab yang sama ertinya dengan seorang ibu..
Kenyataannya.. Kasih sayang yang aku peruntukkan untuk mama sangat sedikit bilangannya..
Fitrah seorang anak yang merasakan kitaran kehidupannya terganggu..
Namun masa yang berlalu banyak merubah hati dan perasaan aku..
Sehingga aku dengan ikhlas menerima Mama sebahagian dalam hidup aku serta redha dengan Qada' dan Qadar Allah swt..
Syawal yang tiba setiap tahun sentiasa mengingatkan aku kepada mama..
Biarpun sebagai anak tiri..
Mama tetap menyediakan segala persiapan untuk kami adik beradik..
Dari hujung rambut hingga hujung kaki..
Dan tentunya menjadikan hari raya sangat bermakna untuk aku sebagai kanak-kanak..
Itu cerita dulu..
Kali terakhir aku menyambut Syawal dengan mama 10 tahun yang lepas..
Mama pergi menemui Pencipta ketika umur aku belum mencecah 20 tahun..
Alhamdulillah.. aku sangat rapat dengan mama di akhir hayatnya..
Aku sangat gembira bila aku juga antara orang yang berada disisi mama ketika mama menghembuskan nafas terakhirnya..
Di saat itu juga tiada airmata yang mengalir..
Aku redha dengan janji Allah..
Aku berpeluang menguruskan jenazah mama biarpun tidak sepenuhnya..
Itu adalah penghormatan terakhir buat mama di atas segala jasa-jasa semasa hayatnya..
Aku takkan lupa kata-kata terakhir mama di HKL..
Mama mohon maaf diatas segala kesalahan mama pada aku sekeluarga..
Di saat itu juga terlerai segala rasa marah, dendam dan segala macam rasa..
Aku menerima mama seikhlas hati..
Ketika itu juga tempat mama antara yang teratas dalam hati aku..
Kalaulah mama masih ada..
Pastinya segala rahsia hidup ini aku bentangkan dihadapan mama..
Setiap kali mengingati mama, airmata aku akan gugur..
Dan tika ini juga mutiara itu gugur seiring dengan rindu dan doa yang aku titipkan buat mama..

Entah la...
Dah sedekad raya aku tiada makna..
Aku rindukan suasana yang dulu...
Aku rindukan kemeriahan yang dulu..
Aku rindukan segala-galanya yang dulu..
Pastinya takkan aku perolehi sekarang..
Ya!! Zaman berubah.. manusia juga begitu..
Dan aku tak terkecuali mengikut arus perubahan..
Mencuba untuk membiasakan diri dengan segala macam rencah kehidupan yang baru..
Sehingga saat ini..
Aku cuba mencari kembali makna 1 Syawal dalam kehidupan aku..
Entah bila akan aku temui..
Seperti tahun yang sebelumnya..
Terbitnya fajar 1 Syawal..
Aku sentiasa setia menanti disini..
Menanti sebuah kisah yang tak pernah aku tahu di mana penghujungnya..


1 Syawal yang hening ini..
Insan-insan ini sentiasa dalam kenangan, doa, rindu dan hati aku...

Mahmod Bin Zamzam..
Shahdattul Nur Azillawattee Aqmar..
Rahmah Binti Kassim..
Normadiah Binti Ahmad..

Kenangan kalian sentiasa hadir dalam ingatan aku...
Kasih sayang aku juga takkan pernah putus untuk kalian..


~Salam Aidil Fitri~


-AkU-
Syurga Addin...
07:00 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment