Thursday, October 14, 2010

Seniman Itu ~ Jamal Abdillah ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt...

"...Azura..
Kau lah sinar hidupku..
Yang melahirkan cinta..
Di dalam jiwaku..."
~Azura~

"...Setelah madu musnah sang kumbang pergi..
Tinggalkan bunga layu begitu saja..
Bunga pujaan hamba tiada berseri..
Lemah gemulai tak lagi berdaya..."
~Bunga Pujaan~

"...Angin senja yang membelai..
Keheningan desa permai..
Kuterkenang kemesraanmu..
Di dalam oh rinduku..."
~Keluhan Perantau~

Ini antara bait-bait lirik lagu Seniman Jamal Abdillah yang masih segar dalam ingatan aku..
Entah kenapa untuk kali ini aku cuba mendalami kehidupan seorang Jamal..

Mukaddimah..

"...Jamal Abdillah atau pun Jamal Ubaidillah bin Haji Ali dilahirkan 07 Mei 1959 di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Anak sulung daripada 7 orang adik beradik ini mendapat pendidikan awal di Brunei Darussalam. Semenjak remaja lagi beliau telah menyertai pertandingan nyanyian.. Antaranya Pertandingan Bintang Kecil di Brunei pada tahun 1973 dan 9 pertandingan yang lain dimana beliau menjadi JOHAN bagi semua pertandingan itu. Penyanyi yang bersuara JANTAN ini juga adalah pemenang bagi Pertandingan Bintang RTM pada tahun 1979. Kehebatan beliau adalah anugerah semulajadi dan tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik.. Antara komposer yang seringkali bekerjasama dengan Jamal Abdillah adalah Dato' Ahmad Nawab, S. Atan, Manan Ngah, Adnan Abu Hassan,S.Shahlan,Fauzi Marzuki, Azmi Hamzah, M. Nasir dan beberapa komposer terkenal tanah air. Jamal Abdillah juga buat pertama kali telah mencipta sekaligus menulis lirik untuk lagu Mati Hidup Semula yang mana dikatakan terlahir dari kisah hidupnya sendiri. Lirik lagu yang puitis seolah-olah menceritakan jerih perit kehidupan insan yang bernama Jamal Abdillah..."

Layar Perak..

"...Pastinya kita takkan lupakan Filem Azura lakonan pertama Jamal bergandingan dengan Ogy Ahmad Daud pada tahun 1984 keluaran Sabah Filem. Ternyata percubaan pertama ini berjaya mendapat tempat dihati peminat, malah satu-satunya filem Melayu yang berjaya mendapat kutipan tiket sehingga RM1 juta pada waktu itu !! Tentunya sokongan peminat Jamal bukan setakat itu sahaja. Sokongan dan permintaan peminat agar Jamal muncul lagi di layar perak terbukti apabila Jamal muncul sekali lagi dalam filem Tuah keluaran RJ Film Production milik Seniwati Hajjah Rosnani Jamil. Patinya mendapat sambutan yang menggalakkan !! Lakonan Jamal dalam filem yang lain, di antaranya Sejati (1991), Kekasih Awal Dan Akhir(1993), Suratan Kasih(1996) & Ghazal Untuk Rabiah(1997). Sudah tentu setiap filem lakonan Jamal memberikan impak yang sangat bagus !! Terutamanya filem Kekasih Awal dan Akhir yang berjaya mendapat kutipan tiket 2.1 juta setelah hampir sebulan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air serta Brunei dan Singapura. Tahniah untuk Jamal Abdillah !!..."

Tersilap Langkah..

"...Walaupun bergelar artis, tetapi Jamal Abdillah tetap seorang manusia. Maka pasti ada ketikanya tersilap langkah, tersalah pilihan, terkhilaf tindakan. Berkali-kali cerita yang sama kita baca dan dengar dari media tentang salah laku Jamal Abdillah. Pastinya tertanya-tanya dalam diri sendiri.. Mengapa Jamal sebegitu ?? Aku percaya, jauh di sudut hati kecil yang terpendam.. Tak pernah dia inginkan semua ini terjadi dalam lipatan sejarah hidupnya.. Akan tetapi sejarah tak mampu kita ulang dan betulkan.. Namun titik hitam dalam hidup Jamal tak pernah memadamkan rasa hati seluruh peminatnya. Jamal masih lagi disanjung dan dipuja tanpa mengira batasan usia. Peminatnya lahir dari pelbagai lapisan umur dan bangsa. Lihat saja setiap konsert yang membariskan nama Jamal Abdillah sebagai artis jemputan. Dimana ada Jamal di situ la peminatnya setia menanti..."

Jamal Abdillah Kini..


"...Beberapa kali Jamal Abdillah gagal dalam mempertahankan mahligai cintanya.. Namun biarpun begitu, pastinya cinta dan kasih buat 2 orang putera hati takkan pernah hilang.. Itulah harta yang tak ternilai milik Jamal Abdillah.. Demi cinta hati itu Jamal perlu berubah.. Bukan sekadar untuk sementara.. Tapi untuk selama-lamanya.. Pelbagai usaha telah dilaluinya untuk kembali ke pangkal jalan dan kini Jamal yang "baru" meneruskan tekad memberi motivasi untuk kempen anti-dadah dalam usaha membantu semua penagih dadah dan 'kawan-kawan' yang senasib dengannya. Jamal berjuang bersama Pengasih demi menaikkan kembali semangat dan harga dirinya. Ya !! Bukan mudah sebenarnya untuk dia melupakan titik hitam itu. Tetapi sekurang-kurangnya dia mencuba dan terus mencuba. Semoga usahanya itu akan berterusan.. Sama-sama kita doakan.. InsyaAllah..."


Aku Dan Jamal..

"...Aku membesar dengan lagu-lagu Jamal Abdillah.. Lenggok suaranya yang menusuk kalbu.. Penyatuan lagu dan lirik yang senada.. Hingga kini aku masih senang mendengar lagu-lagu dendangan Jamal Abdillah.. Aku juga punya koleksi "Jamal Abdillah".. Lagu-lagu balada seperti Di Sudut Kamar Hatiku, Kekasih Awal Dan Akhir, Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan, Syukur, Seroja, Penghujung Rindu, Segala Cinta.. Atau pun lagu-lagu rancak seperti Kau Lupa Janji, Kereta Baru, KeMana Ku Bawa Hati Yang Rindu, Perjalananku.. Tak kurang juga lagu berentak tradisional seperti, Ghazal Untuk Rabiah, Samrah Mentari, KuTahu Hatimu Terluka... Banyak lagi lagu yang tak mampu aku senaraikan.. Namun sinonimnya Jamal dengan lagu-lagu berentak slow rock / balada.. Sudah berapa banyak gaya Jamal Abdillah yang aku tonton.. Tapi apa yang sangat terkesan di hati aku apabila Jamal mendendangkan lagu Kasihnya Ibu dan Mati Hidup Semula.. Setiap kali mendengar, setiap kali itu jugalah mata aku bergenang.. (sewaktu nota ini ditulis, aku sedang menonton nyanyian Kasihnya Ibu) Pernah sekali aku menonton persembahan Jamal Abdillah secara live.. back stage memang Jamal sangat friendly.. Senang berbicara dengan insan bernama Jamal Abdillah..."


Album..

"...Antara album Jamal Abdillah..

1. Perpisahan Tanpa Relamu 1980
2. Derita Cinta 1981
3. Hatiku Luka Kembali 1982
4. Layang-Layang 1983
5. Mati Hidup Semula 1986
6. Untukmu 1988
7. Sepi Seorang Perindu 1989
8. Seniman Menangis 1990
9. Sendiri 1990
10. Jamal 1991
11. Penghujung Rindu 1994
12. Suratan Kasih 1996
13. Penawar Kasih 1997
14. Samrah Mentari 1998
15. Segala Cinta 2002
16. Raja Pop (compilation) 2003
17. Aku Penghibur 2005
18. Raja Cinta (compilation) 2006
19. Live @ Istana Budaya 2007
20. Tak Hilang Cinta 2009

Ini hanyalah pandangan peribadi aku buat Seniman bernama Jamal Abdillah.. Aku juga sama seperti peminat-peminat Jamal yang lain.. Aku memandang pada bakat dan keistimewaan yang ada pada Jamal. Bukan menghitung kisah-kisah dukanya.. Sejarah luka itu hanya sebahagian daripada rencah kehidupan.. Akan sampai ketikanya kita mahukan perubahan.. Dan kita berharap, masyarakat akan terus menerima kita dan "wajah baru" itu dengan penuh keselesaan.. Aku masih lagi setia dengan Jamal Abdillah (bukan memuja tapi sekadar senang dengan suara itu).. Bagi aku Jamal Abdillah itu hanya satu.. Sukar dicari gantinya ~ Jamal Abdillah...

P/S : Aku sedang menonton Konsert Satu Malam Jamal Abdillah di Astro BONUS Channel 134..




-AkU-
Syurga Addin...
02:45 pagi...

0 Kata-kata kamu..:

Post a Comment